27 April 2018

Tips Jimat : Bagaimana Tempah Penginapan Airbnb Secara Percuma Dengan Program Referral Airbnb


Pernahkah anda terfikir untuk pergi bercuti tanpa perlu bayar kos penginapan? Ianya tak mustahil, kerana saya sedang menikmatinya sekarang. Setiap kali bercuti saya tak perlu membayar kos penginapan. Bagaimana caranya? Saya akan kongsikanya pada post kali ini. Ada 2 cara yang saya lakukan tetapi pada post kali ini saya akan kongsikan salah satu daripada cara tersebut. Ianya dengan menggunakan referal program dari Airbnb.

Apa itu Airbnb? Baca pengenalan Airbnb di sini.

Saya mula aktif menggunakan Airbnb sejak tahun 2015. kali pertama menggunakannya ketika trip saya ke Osaka. saya menetap selama 8 hari di sebuah perkampungan kecil di Ikoma yang terletak diantara Osaka dan Nara. waktu itu saya terus jatuh hati dengan Airbnb.

Menggunakan kredit percuma Airbnb

Kenapa Airbnb cepat popular? sebelum ini kita tak pernah dengar tentang Airbnb tetapi lately Airbnb sudah menjadi pilihan dihati pelancong. Salah satu sebabnya adalah Airbnb menawarkan harga penginapan yang 'below market price'.


Bukan itu sahaja, Airbnb menawan hati sesiapa sahaja dengan menawarkan diskaun kredit sebanyak RM 120 bagi yang pertama kali mendaftar dan juga memberi RM 60 kepada sesiapa yang memperkenalkan Airbnb kepada pengguna baru, melalui program referralnya. Ini merupakan tawaran win-win kepada 4 pihak sekaligus iaitu orang yg pertama kali mendaftar, orang yang memperkenalkan pendaftar baru, tuan rumah dan Airbnb sendiri. Sebagai contoh,
  1. Saya memperkenalkan Airbnb kepada encik Ahmad melalui link referral saya.
  2. Encik ahmad mendaftar akaun baru dengan Airbnb dan dapat kredit sebanyak RM 120. Kemudian digunakannya untuk trip pertamanya. Encik Ahmad telah jimat sebanyak RM 120.
  3. Setelah encik Ahmad selesai bercuti, saya dapat RM 60 komisen dalam bentuk kredit kerana memperkenalkan En Ahmad kepada Airbnb.
  4. Pengguna baru Airbnb bertambah iaitu Encik Ahmad melalui link referral saya
  5. Tuan rumah atau host Airbnb mendapat bayaran sewaan rumah mereka.
Jadi keempat-empat pihak mendapat bahagian yang adil. Tiada sesiapa yang rugi dalam sistem seperti ini. Jika sebulan saya berjaya memperkenalkan 10 orang pendaftar baru, senang-senang dapat RM 600! betul tak? Berikut adalah beberapa rakan kita yang telah mendaftar dibawah link referral saya. (Komisen berubah-berubah kerana saya bermula dari tahun 2015 hingga sekarang)


Tetapi bagaimana cara saya memperkenalkan kepada orang ramai? Masih ingat post saya mengenai Backpack ke Osaka Jepun? Dari post ini saya kongsikan mengenai penginapan saya menggunakan link referal Airbnb saya.  Dari post ini Alhamdulillah saya berjaya memperkenalkan lebih dari 100 orang pengguna baru. Dari komisen inilah saya bercuti tanpa perlu bayar apa-apa mengunakan hanya kredit dari Airbnb. Anda yang sedang baca ini pun boleh kerana saya akan kongsikan cara-caranya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:-
  1. Register akaun dengan Airbnb. Klik sini.
  2. Anda secara Automatik akan dapat RM 120. Terpulang pada anda untuk gunakanya pada bila-bila masa. Apa yang penting ialah promosi link referal anda
  3. Klik gambar profile, kemudian klik pada 'invite friends'.
  4. Share Link referral anda samaada menggunakan email, facebook, instagram dan sebagainya.
Cara yang mudah untuk promosi adalah melalui rakan dan ahli keluarga yang terdekat. Bagi saya, penting untuk anda cuba dan gunakan airbnb terlebih dahulu supaya lebih 'feel' untuk promo kepada orang lain. Apabila anda dah cuba, barulah boleh buat satu review ringkas tentang trip anda dan sambil itu sharekan sekali link referral Airbnb anda. Review anda yang ikhlas akan membuatkan mereka tertarik untuk mencuba dan sekaligus mereka akan register dibawah link referral Airbnb anda.


Oh ya pastikan anda baca dahulu 'Term and Condition' untuk mengelakkan kredit anda dibatalkan pada masa akan datang kerana melanggar syarat-syarat Airbnb. Tunggu apa lagi, mulakan sekarang dan tunggu komisen kredit anda dimasukkn setiap bulan dan gunakannya untuk bercuti. Semoga anda dapat jimat budget melancong anda nanti ya!

Itu satu cara yang saya dah kongsikan. Jika cara ini kurang berjaya boleh cuba cara kedua iaitu Klik di sini.

Semoga berjaya!

Nota kaki: Segala bukti diatas bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, cuma mahu membuktikan bahawa ia benar-benar berlaku dan bukan sekadar tips kosong. 

1 comments:

titan said...

okeh.

boleh cuba jugak ni nanti walaupun pernah dengaq sebelum ni.

Post a Comment