6 January 2017

Jeongja Beach Pantai Cantik di Bandar Baru Gangdong Ulsan dan Pantai-Pantai Cantik di Sekitar Bandar Ulsan


Pantai Jeongja, 정자해수욕장 merupakan salah satu kawasan pantai yang saya gemar untuk ke sini pada waktu lapang atau hujung minggu. Terletak di bandar kecil yang sedang dibina di Gangdong, utara Ulsan (sempadan Gyeongju) pantai ini merupakan kawasan yang sangat sesuai untuk aktiviti berkelah dan memancing pada musim panas. Di sepanjang pantai ini terdapat beberapa coffee house, restoran dan juga Hotel. Kebanyakan bangunan di sini masih kosong dan masih dalam pembinaan.






1. Jeongja Beach 정자해수욕장
Address: 울산광역시 북구 연암동. Yeonam-dong, Buk-gu, Ulsan
Maps Coordinate: 35.628736, 129.441656

Pelabuhan Jeongja 정자항 terletak 2 km dari pantai Jeongja. Apa yang menarik di sini ialah kawasan ini merupakan lokasi untuk menikmati masakan Snowcrab dan Lobster. Lokasi ini merupakan alternatif kepada penduduk Ulsan untuk menikmati snowcrab selain di Yeongdeok, yang terletak jauh dari bandar Ulsan. Menu popular di sini ialah Snowcrab Cheese.


King Crab pun ada




Ikan Urok 우럭 panggang

Walaupun Ulsan merupakan bandar perindustrian, namun apa yang menarik anda boleh saksikan alam sekitar sangat dijaga rapi di bandar ini. Air lautnya bersih dan tidak tercemar. Berikut merupakan beberapa pantai di sekitar Ulsan yang boleh dikunjungi.

2. ilsan Beach 일산해수욕장 

Address: 동구 일산동. Doggu, ilsan-dong, Ulsan
Maps Coordinate: 35.496092, 129.430685


3. Jujeon Pebble Beach 주전해수육장


Address: 동구 주전동. Donggu, Jujeon-dong, Ulsan
Maps Coordinate: 35.566984, 129.454462

Lihat Post mengenai ilsan dan Jujeon Beach: http://www.jimatmelancong.com/2016/01/Tempat-Tempat-Menarik-Yang-Boleh-Di-Lawati-Di-Bandar-Ulsan-Korea-Selatan.html


4. Jinha Beach 진하해수욕장

Address: 울주군 서생면 진하리 토지구 획정리지구내 9B. Hoekjeongrijigunae 9B, Tojigu, Jinhari, Seosaengmyeon, Uljugun
Coordinate: 35.383955, 129.345932

Lihat post mengenai Jinha beach: http://www.jimatmelancong.com/2016/08/pantai-cantik-jinha-beach-di-ulsan.html


Teruskan subscribe blog ini dan juga download ebook bercuma dari JimatMelancong untuk mendapatkan update terbaru mengenai trip-trip ke Korea dan juga itinerary perjalanan percutian di Korea.