2 December 2017

Melancong Secara Jimat dengan Airbnb

Memandangkan banyak email yang kami terima bertanyakan mengenai penginapan, kali ni kami nak kongsikan tentang pengalaman dan pendapat kami mengenai perkhidmatan Airbnb. Di Korea kami lebih gemar menggunakan Airbnb jika trip melibatkan ramai peserta. Kerana dengan Airbnb mudah untuk mendapatkan apartment yang boleh memuatkan terutamanya ahli keluarga yang ramai.


Tambahan pula apartment terdapat kemudahaan dapur, jadi bolehlah mengelak makan di luar yang kita semua tahu harga makan di Korea agak mahal, dan lebih yakin dengan status halal. Terdapat kelebihan dan kekurangan penginapan Airbnb seperti yang kami listkan dibawah ini.

Kelebihan

  1. Murah, kerana berurusan dengan direct owner.
  2. Dapat layanan istimewa dari owner yg baik seperti jemput dari station bas, bantuan tips perjalanan di kawasan setempat dan sebagainya.
  3. Waktu check in dan check out yang fleksibel.
  4. Boleh bayar guna credit card
  5. Kemudahan dapur, kemudahan lain apartment jika ada
  6. Boleh jadikan review dari pelanggan sebelum sebagai rujukan. Anda juga boleh beri review.
  7. Travel credit atau diskaun pertama kali menggunakan perkhidmatan airbnb
  8. Dapat travel credit atau diskaun jika rakan anda menggunakan airbnb 
" Tempah penginapan di Airbnb dan dapatkan diskaun RM 105.00 credit jika daftar menggunakan link ini "

Kekurangan

  1. Perlu berhati-hati sesetengah owner menetapkan jumlah had orang dan mengenakan caj tambahan per setiap orang jika melebihi had.
  2. Risiko pembatalan tempahan jika menggunakan 'system auto'
  3. Perlu baya cleaning fee 
  4. Harga berubah mengikut tarikh
  5. Perlu menunggu pengesahan dari tuan rumah dahulu. Tidak sesuai untuk last minute booking.
Oh ya, bukan sahaja di Korea, kami juga menggunakan Airbnb ketika melancong di Malaysia. Berikut adalah video drone yang sempat diambil ketika bercuti di Melaka menggunakan penginapan Airbnb. Sila tonton bahagian akhir video untuk mengetahui nama penginapan tersebut.

 * jika ada yang kami terlepas pandang boleh listkan lagi diruangan komen ya

0 comments:

Post a Comment