12 October 2017

Part 2: Itinerary Penuh Backpack 8 Hari 7 Malam di 10 Bandar Utama Korea Selatan Beserta dengan Kos Perbelanjaan

Hari 5

Hari ini kami keluar lewat sikit kerana terlalu penat dengan aktiviti semalam. Sebelum meneruskan perjalanan hari ini, kami singgah di bandar Gwangju untuk makan tengahari. Strategi untuk makanan murah ialah cari restoran berhampiran dengan kawasan Universiti.




Biasanya kawasan pelajar harga makanannya berpatutan. Menu makan tengahari adalah nasi goreng sotong baby octopus (Nakji Deopbap), Udon dan Chamchi gimbab. Portion yang banyak dengan harga murah. Itulah strategi yang kami guna untuk makan di Korea.



Setelah perut kenyang, kami singgah sebentar di Masjid Gwangju. Bersebelahan dengan masjid terdapat sebuah tasik yang dipenuhi dengan bunga teratai. Nama tasik ni Yangsanje 양산제. Kami singgah sebentar untuk bergambar.


Masjid Umar Al-Khattab Gwangju

Alamat
284-13, Yangsan-Dong, Buk-Gu, Gwangju 
광주 북구 양산동 284-13
Google Maps: 35.204805, 126.872467

Perjalanan diteruskan ke Gwangju Family Land, taman tema hiburan kanak-kanak. Khas buat anak kami berhibur di sini sebentar setelah jauh perjalanan.




Gwangju Family Land

Alamat: 
677 Uchi-ro, Geonguk-dong, Buk-gu, Gwangju, South Korea
광주광역시북구우치로677
Google Maps: 35.223467, 126.894027



Ada macam-macam permainan kanak-kanak di Gwangju Family Land. Harga tiket masuk pun tak lah semahal taman tema lain yang ada di Korea. Cuma taman tema ini agak lama dan sebahagiannya sedang dalam pembinaan dan baik pulih.




Bagaimana ke Bandar Gwangju menggunakan public transport dari Gimhae Airport, Busan
  1. Subway station Sasang 사상 (Line no 2, hijau) exit 3 atau 5.
  2. Jalan ke arah Seobu Intercity Bus Terminal 서부시외버스터미널 
  3. Tiket bas ke Gwangju Bus Terminal 광주종합버스터미널 (Tiket 15,200 KRW)
Hampir 1 hari kami luangkan masa di Gwangju Family Land. Seterusnya kami bertolak ke Damyang pada lewat petang. Apa yang popular di damyang ni adalah lorong pokok Metasequoia yang sama seperti di Nami Island. Pemandangan di Damyang Metasequoia lane ini cantik pada musim luruh. Nasib tak baik kerana waktu kami tiba di sini hujan lebat, jadi tak dapatlah kami berjalan di sepanjang lorong pokok metasequoia yang popular di sini.



Walaubagaimanapun, secara kebetulan kami terjumpa sebuah kawasan baru yang dinamakan Meta Province. Kami singgah sebentar di Damyang Meta Province Township untuk lihat apa yang ada di sini sambil cari restoran sesuai untuk makan malam.






Damyang Metasequoia Boulevard

Alamat:
전라남도 담양군 담양읍 학동리 578-4
578-4 Hakdong-ri, Damyang-eup, Damyang, Jeollanam-do
Google maps: 35.323046, 127.002269

Bagaimana ke Damyang menggunakan public transport dari Seoul
  1. Gunakan subway line 3 (berwarna Oren) untuk ke Station "Express Bus Terminal" 고속터미널. Keluar exit 8 dan terus ke station bas.
  2. Beli tiket ke Damyang. Tambang KRW 17,800 dan perjalanan mengambil masa 3 jam 30 minit 
  3. Bas akan tiba di "Damyang Public Bus Terminal" 담양공용버스터미널, jalan kaki 40 meter ke station bas terdekat iaitu "Damyang Terminal bus station"담양터미널 정류장 (Damyang Teomineol Jeong-ryu-jang).
  4. Naik bas bernombor 10-1 Nongeocheon 농어촌 dan turun di Gipeunsil station 깊은실. 
Dari Damyang Public Bas Terminal boleh juga naik teksi. Tunjukkan pada driver teksi 메타세과이아 가로수길. Tambang teksi cuma KRW 4,000


Meta province merupakan kawasan penginapan. Terdapat pelbagai jenis hotel di sini. Dari hotel yang bertaraf 3 bintang hingga rumah mewah yang lengkap dengan swimming pool. Ada banyak kedai makan dan outlet-outlet kecil di sini. Apa yang menarik senibina kedai-kedai di sini berkonsep eropah.

Setelah selesai makan malam di Meta Province, perjalanan diteruskan lagi ke bandar Jeonju dan check in di Hotel Lyn House.

Kos-kos terlibat untuk hari ini

Isi minyak - 15,000 KRW 
Toll - 4,900 KRW
Makan tengahari - 19,000 KRW
Gwanju Family Land - 18,000 KRW
Makan malam - 16,000 KRW
Hotel Lyn House - 45,000 KRW

Total - 117,900 KRW

Hari 6


Hari ke-6 kami berada di bandar Jeonju. Apa yang menarik di Jeonju ni? Sudah semestinya Jeonju Hanok Village iaitu perkampungan tradisional Korea.


Sebelum ke Hanok Village, kami singgah makan tengahari terlebih dahuludan menunya adalah sup belut (Jangeo tang). Masakan sup belut ni lebih ala-ala seperti laksa. Belut dihancurkan dan dibuat kuah seperti kuah laksa. Memang sedap dimakan dengan nasi. Selesai makan kami terus ke Jeonju Hanok Village.


Trafik di sekitar Jeonju Hanok Village agak sesak oleh orang ramai yang datang melancong ke sini. Susah untuk parking kereta di sni. Kami terpaksa park jauh dari pintu masuk utama. Jeonju Hanok village ni sangat besar dan luas.



Ada banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan sewa basikal dan motor elektrik di sini. Kami memilih untuk menggunakan motor elektrik untuk ronda-ronda di sekitar Jeonju Hanok Village supaya jimat masa dan tenaga untuk perjalanan seterusnya. Harga sewanya pun berpatutan.





Jeonju Hanok Village

Alamat: 
절라북도 전주시 완산구 교동
Gyo-dong, Wansan-gu, Jeonju-si, Jeollabuk-do
Google Maps: 35.815111, 127.154170

Selain senibina rumah tradisional Korea, anda boleh juga rasa pengalaman memakai pakaian tradisional korea iaitu Hanbok. Banyak kedai-kedai di sekitar Hanok Village yang menyediakan perkhidmatan menyewa pakaian Hanbok. Ada pelbagai jenis dan corak.

Bagaimana ke Bandar Jeonju Dari Seoul Menggunakan Bas

  1. Gunakan subway line 3 (berwarna Oren) dan berhenti di Station "Express Bus Terminal" 고속터미널 
  2. Keluar di exit 8 dan belok ke kiri.
  3. Jalan terus ke hadapan 100 meter dan bangunan terminal berada di sebelah kiri.
  4. Beli tiket ke Jeonju. Tambang KRW 12,800 dan perjalanan mengambil masa 2 jam 40 minit
Apabila sampai di station bas terminal Jeonju, gunakan teksi ke Jeonju Hanok Village 


Kami luangkan masa separuh hari di Jeonju Hanok Village. Selepas itu kami bertolak ke bandar sebelahnya iaitu Daejeon.


Destinasi kami pada petang di Daejeon adalah Hanbat Arboretum. Ia merupakan taman botani utama di Daejeon. Apa yang ada di sini ialah taman bunga, tasik dan kawasan beriadah.




Santai je aktiviti petang di Daejeon. Kami memang suka jalan-jalan mencari taman bunga ketika di Korea. Kebetulan terjumpa taman ini.




Kami luangkan masa di taman ini sehingga hari gelap. Seterusnya kami ke bandar Daejeon untuk mencari Jjukkumi sebagai menu makan malam. Di Korea terdapat 3 jenis hidangan Jjukkumi, kali ni kami pilih jenis layan diri. Jjukkumi ni memang pedas, kalau yang jenis tak makan pedas memang tak boleh tahan silap haribulan boleh sakit perut dibuatnya.




Dah puas layan jjukkumi kami ronda-ronda kawasan sekitar sebelum check in di Max Hotel Daejeon. 

Hanbat Arboretum 한밭수목원

Alamat: 
Dunsan 2(i)-dong, Daejeon, South Korea
대전광역시서구둔산대로157Google Maps: 36.365057, 127.388856

Kos-kos terlibat untuk hari ini

Isi minyak - 10,000 KRW 
Toll - 4,300 KRW
Lunch (Jangeo Tang) - 16,000 KRW
Sewa Motor - 15,000 KRW
Dinner jjukkumi - 20,000 KRW
Max Hotel - 36,000 KRW

Total - 101,300 KRW

Hari 7


Akiviti pagi di Daejeon adalah ke Daejeon Expo Park. Kawasan ini merupakan tapak ekspo pada musim-musim tertentu. Waktu kami pergi tiada ekspo dan hanya yang ada cuma observation tower dan Daejeon Unifloation Pavilion (Muzium sejarah perang North dan South Korea).


Terdapat permainan kanak-kanak di sini. Oleh kerana bukan waktu ekspo, keadaan di sini sunyi dan lengang sahaja. Nampak gayanya macam kami je yang ada kat sini. Memang pergi salah timing ni. Kalau nak lihat pertunjukan air pancut, boleh datang sini pada waktu malam.



Apa yang menarik senibina observation tower di sini agak unik dan design futuristik ala-ala macam di planet lain pulak.


Kalau sampai ke Daejeon, tak sah kalau tak bergambar dengan simbolik Daejeon ni. Inilah dia Jambaran Ekspo, terletak di pintu masuk Daejeon Ekspo Park


Selepas puas meronda-ronda di sekitar tapak ekspo Daejeon kami berehat dan makan tengah hari di kedai seafood berhampiran.



Lunch di restoran Lispstick Haemul Ttukbaegi" 립스틱해물뚝배기

Alamat
서구둔산대로117번길 95 리더스타운 B동101호
306 Mannyeon-dong, Seo-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps: 36.369603, 127.381488

Selepas lunch kami ke Ppuri park. Ppuri park adalah taman pameran informasi mengenai nama-nama keluarga masyarakat Korea. Informasi-informasi ditulis atas setiap batu dengan design berbeza dan unik.


Bagaimana ke Bandar Daejeon menggunakan public transport dari Seoul
  1. Gunakan subway line 3 (berwarna Oren) dan berhenti di Station "Express Bus Terminal" 고속터미널 
  2. Beli tiket ke Daejeon 대전복합터미널 . Tambang KRW 9,600 dan perjalanan mengambil masa 2 jam.

Ada beratus-ratus batu kerana terdapat  banyak 'family name' masyarakat Korea. Antara yang famous ialah Kim, Park, Jeon, Jo dan banyak lagi. Kalau nama orang tu Park Ji Sung, Ji Sung adalah namanya dan Park adalah family name.



Tapi sayangnya info name-nama ni semuanya dalam Bahasa Korea. Korang Boleh gunakan apps Google translate kalau still gigih jugak nak baca. Kami cuma spend masa 1 jam sahaja di sini untuk ambil udara segar hutan dan tasik di Ppuri park ni.


Seterusnya kami ke Daejeon O-World Theme Park yang terletak berhampiran dengan Ppuri park. Niatnya memang nak masuk, tapi memandangkan hari dah nak gelap kami batalkan je lah hasrat tu. Apa pun, jika anda berminat nak tahu apa ada yang ada di dalam daejeon theme park ni tiket masuknya cuma 29,000 Won. Kami cuma ambil beberapa gambar di hadapan O-World dan terus bergerak ke destinasi seterusnya.


Dari Daejoen, sekarang kami berada di taman tasik utama bandar Sejong. Bandar Sejong ni ala-ala Putrajaya iaitu bandar pusat pentadbiran yang baru dibina di Korea. Kat sini bandarnya terancang dan tak banyak kereta kelihatan di jalan raya.


Di sini terdapat taman rekreasi untuk seisi keluarga. Ada taman mainan air kanak-kanak dan juga pantai buatan di tepi tasik sejong. Apa yang kami perasan, bandar ini mengamalkan penggunaan tenaga alternatif tenaga solar. Terdapat banyak solar panel di bangunan-bangunan, tempat letak kereta, jalan raya dan sebagainya.



Setelah hari mula gelap, kami singgah di salah sebuah shopping mall di sini untuk makan malam. Kami tak bernasib baik kerana tiada restoran untuk makan malam disini kerana semuanya menghidangkan makanan non-halal. Jadi kami cuma makan burger udang Lotteria sahaja. Kemudian perjalanan diteruskan ke Gapyeong dan check in di Tema Motel Gapyeong.

Kos-kos terlibat untuk hari ini

Isi minyak - 20,000 KRW 
Toll - 8,700 KRW
Makan tengahari - 20,000 KRW
Ppuri Park - 2,000 KRW
Burger Lotteria (2 set) - 12,000 KRW
Tema Motel Gapyeong - 48,000 KRW

Total - 110,700 KRW

...Bersambung Part 3...


0 comments:

Post a Comment