13 May 2017

Tips Backpacker Bagaimana Memandu di Korea Selatan


Masih tidak ramai yang backpack menggunakan kereta di Korea, melainkan hanya di Jeju island. Kebiasaannya di Korea, kami backpack menggunakan public transport seperti train, subway dan bas ketika di hujung minggu. Namun begitu membawa si kecil turut serta sekali dalam trip bukanlah perkara mudah. Backpack menggunakan kereta sewa adalah salah satu penyelesaian untuk aktiviti backapacking seisi keluarga .


Memandu mempunyai kelebihan terutamanya dapat akses ke tempat-tempat yang sukar untuk mendapatkan public transport. Antara bandar-bandar yang sesuai untuk backpack secara memandu adalah seperti di Geoje, Tongyeong, Yeosu, Ulsan, Daegu, Gyeongju, Jinju, dan bandar-bandar lain selain Seoul dan Busan.


Berikut merupakan tips-tips penting yang perlu anda tahu sebelum memandu di Korea Selatan.

Lesen Memandu
Lesen memandu international boleh didapatkan di JPJ. Cara-cara memohon adalah dengan membawa 2 keping gambar berukuran passport dan bayaran sebanyak RM 150. Tidak perlu apa-apa test pemanduan.


Jenis Kereta
Terdapat pelbagai jenis dan size kereta sewa di Korea dari yang kecil hingga besar. Biasanya jenis seperti Avante (Elantra) atau K5 sudah selesa untuk 4 orang. Pastikan anda tahu jenis minyak kerana terdapat model Petrol, LPG dan Diesel. Biasanya jenis LPG menjadi pilihan kerana harga LPG sangat murah di Korea. Untuk tempahan kereta secara online, gunaan laman web rentalcars.com

Nombor Plate Kereta
Plate kereta sewa biasanya mudah dikenali dengan symbol 호 (ho) atau 허(heo). Ini memudahkan rakyat tempatan tahu bahwa anda foreigner dan mungkin tak biasa memandu di sana, sedikit sebanyak dapat memudahkan pemanduan anda di korea.

Contoh no plate kereta 29호3842

Left Hand-Drive
Pemanduan kereta adalah di sebelah kiri. Memang kekok bagi yang pertama kali memandu. Walaubagaimanapun untuk mambiasakan diri cuma mengambil masa yang singkat sahaja. Untuk keselamatan, tetapkan mindset, fokus dan patuhi peraturan had laju yang ditetapkan.

Traffic Light
Apabila lampu traffic light kuning, lebih baik berhenti daripada terus tekan pedal minyak. Waktu pertukaran lampu sangat cepat, confirm tak sempat kalau speed. Tidak perlu tunggu traffic light jika hendak belok ke kanan simpang. Cuma pastikan tiada kereta dan hati-hati dengan traffic light untuk orang melintas jalan.


Bibo-ho
Jika nampak signboard berwarna biru bertulisan 비보호, boleh melintas simpang tanpa menunggu lampu traffic light hijau, asalkan tiada kereta dan selamat untuk melintas. Lihat gambar.



Navigation dan Speed Camera
Speed camera ada di mana-mana sahaja. Pastikan GPS sentiasa dibuka semasa memandu. Ini bertujuan untuk mengetahui lokasi speed camera. Saman hadlaju minimum adalah 30,000 KRW. Biasanya, GPS dan blackbox memang disediakan di semua kereta sewa di korea. Minta bantuan owner kereta untuk tukar bahasa korea ke bahasa inggeris.



Highway
Jika nak masuk tol, pastikan anda ke lorong di sebelah paling kanan atau lorong yang tidak ada apa-apa signboard. Jika tersilap masuk ke express lane, tidak mengapa. Cuma jalan terus dan berhenti selepas tol. Tol di sana tidak ada palang. Kemudian setelkan masalah tadi dengan staff toll di sana di next tol dengan kadar bayaran yang diperlukan. Mereka faham anda foreigner.

Tempat Meletak Kenderaan
Parking kereta agak sukar di Korea, terutamanya di bandar. Tidak boleh sembarangan parking kerana akan disaman hanya dari CCTV. Ruang parking kereta juga sempit dan padat, hanya muat-muat kereta sahaja kerana mereka mengamalkan penjimatan ruang. Di setiap kawasan kedai akan ada dedicated ruang parking yang memerlukan anda berjalan beberapa ratus meter dari tempat parking tersebut. Tips mudah parking kereta ialah cari shopping mall terdekat dan parking, kemudian jalan kaki ke destinasi.


Budaya Pemanduan
Palli palli. Ini adalah istilah rakyat korea yang sering digunakan iaitu "cepat-cepat". Bila kena hon sebab memandu terlalu perlahan atau lambat bergerak apabila traffic light dah hijau, itu biasa. Don't take it personally. Hon adalah perkara biasa di Korea.

Awas
'Emergency light' is king. Orang korea suka berhenti kereta mereka sesuka hati tanpa hiraukan orang lain dengan hanya memasang 'emergency light'. Anda tidak boleh buat apa-apa melainkan mengelak sahaja.

Itu sahaja perkongsian dari jimatmelancong.com kali ini. Jika ada tips-tips lain yang anda rasa kami tertinggal, boleh tambahnya di ruangan komen. Jika post ini membantu, like page FB kami di sini dan tag rakan-rakan backpacker anda untuk next trip ke Korea.

Selamat ber-backpack menggunakan kereta di Korea dan pandulah dengan berhati-hati semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.


5 comments:

Mohd Noor Shawal said...

singgah n follow sini.. ^^

http://www.mohdnoorshawals.com/

sHaRiNa eLyaNa said...

wow..koreaa..teringin nak pergi sini, blm ada rezeki hihi, kunjungan dr blog kisah emas putih..

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

menarik ni..nice share

Aiman said...

tengah plan nk ke korea nanti, dapat serba sikit info disini. terima kasih

helloaiman

Mohd Saiful Izwan said...

@Mohd Noor Shawal

Thanks.Blog awak nice.

@sHaRiNa eLyaNa

Bila nak pergi roger saya. Saya bleh bantu. Bantu dari segi advise ye bukan dari kewangan :)

@NURUL AQIDAH AZAHAR
Thanks datang singgah blog.

@Aiman
Ok. Nanti keep in touch kalau nak apa2 bantuan ye.

Post a Comment