17 December 2016

Melancong ke Bandar Gwangju Korea Selatan. Gwangju Family Land Taman Tema Kanak-Kanak Yang Masih Wujud di Gwangju Korea Selatan

Bandar Gwangju merupakan salah satu daripada bandar-bandar terancang di Korea Selatan. Terletak bersebelahan dengan bandar Jeonju. Dari Seoul, anda perlu drive sejauh 300 km ke arah Selatan dan dari Busan pula sejauh 270 km ke arah Barat. Di Bandar Gwangju terdapat subway tetapi tidak se-kompleks seperti di seoul dan busan. Hanya 1 line sahaja dan yang lain masih lagi under construction. Bandar Gwangju boleh diakses menggunakan perkhidmatan keretapi laju KTX dari Seoul Station ke Gwangju Seongjeong Station 광주송정.


Trip kami ke Gwangju cuma 1 hari sehaja memandangkan plan kami ke Gwangju sebenarnya mahu membawa anak kecil kami bersuka-ria di taman tema 'Gwangju Family Land'.Kami tiba di Gwangju agak lewat dan terus ke city centre untuk cari makan malam. 

Setelah makan kami jalan-jalan di street sekitar dan melihat suasana sekeliling sebelum Check in di Prince Motel Gwangju. Hotel ditempah menggunakan Agoda. Klik link ini untuk melihat hotel murah sekitar Gwangju.

Bilik di Prince Motel

Keesokan paginya selepas checkout, bertolak ke Jeonnam University 전남대학교 untuk makan tengahari. Kami pilih kawasan university kerana kebiasannya harga makanan di sekitar university murah kerana pelanggan utamanya adalah pelajar. Ini merupakan salah satu tips berjimat ketika kami backpack di Korea.

Nakji Deopbap

Chamchi Kimbap


Berikut adalah beberapa tempat yang kami lawati ketika berada di Gwangju, Korea Selatan.

1. Jung Ang Street 중앙로 160 번길

Merupakan shopping street yang besar. Terdapat pelbagai kedai termasuk pakaian, kosmetik dan makanan. Ketika berada di Gwangju kami singgah makan di Yoogane 유가네. Kelihatan ramai Foreigner dan student di bandar Gwangju dan kebanyakan mereka boleh bertutur bahasa inggeris. Subway station terdekat ialah 'Culture Complex' 문화전당역.


2. Asia Culture Centre 국립아시아문화전당

Terletak di Subway station 'Culture Complex' 문화전당역. Merupakan dataran berhadapan bangunan Asia Culture Centre. Terdapat Air pancut berwarna warni dan ramai anak-anak muda bermain skate board di sini.



3. Gwangju Family Land 광주패밀리랜드

Taman tema khas untuk kanak-kanak. Taman tema ini agak lama dan kelihatan old-school. Kebanyakan mesin dan alat-alat di taman ini adalah teknologi zaman 80 an. taman tema ini kelihatan seakan-akan tidak beroperasi dan tidak ramai orang berkunjung ke sini. Ada kawasan yang telah ditutup dan ada pula sedang di ubah suai. Walaubagaimanapun, memandangkan tak ramai orang ke sini, kami sekeluarga enjoy tak perlu beratur panjang dan boleh main mainan unlimited sampai puas. Kami beli 1 day pass untuk si kecil pada harga 18,000 KRW. Dalam taman ini terdapat juga Waterpark dan juga Zoo.













4. Masjid Umar Bin Khattab, Gwangju 우마르 빈 카탑 성원

Address: 
284-13, Yangsan-Dong, Buk-Gu, Gwangju 
광주 북구 양산동 284-13
Tel: 062-972-5136

Bukan mudah nak jumpa masjid di sebuah negara bukan Islam. Masjid Umar bin Khattab merupakan salah satu masjid utama di Korea. Di sini dijalankan aktiviti dakwah untuk menyebarkan Agama Islam di Gwangju, Korea. Kami di sini singgah untuk melakukan solat jamak dan melawat kawasan sekitar. Berhampiran dengan Masjid, terdapat sebuah taman tasik. Tasik ini dipenuhi dengan bunga teratai dan ramai orang korea bersantai di sepanjang tasik ini yang turut disediakan pondok rehat dan track jogging.




Itu sajaha yang sempat kami lawati ketika berada di Gwangju. Sebenarnya terdapat beberapa lagi tempat menarik, cuma kami tidak mempunyai masa sahaja. Jika anda yang ke Gwangju dan melawat tempat-tempat menarik selain yang disenaraikan di atas ini, sila kongsikan di ruangan komen untuk pembaca yang lain.

Suko haseyo dan Salam

0 comments:

Post a Comment