3 September 2016

Melancong di Jeonju Hanok Village Perkampungan Tradisional Korea di Bandar Jeonju Korea Selatan

Antara tempat melancong yang menarik dan mesti pergi di Korea ialah Jeonju Hanok Village 전주한옥마을 (Jeonju Hanok Maeul) . Ia terletak di bandar Jeonju, sebelah barat korea selatan. Perjalanan dari Seoul menaiki kereta mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit dan dari Busan pula sekitar 3 jam.

Alamat: 
절라북도 전주시 완산구 교동
Gyo-dong, Wansan-gu, Jeonju-si, Jeollabuk-do
Coordinate Google Maps: 35.815111, 127.154170



Train
Terdapat 3 jenis Train dari station Yongsan, Seoul:
  • KTX: Dari Yongsan ke Jeonju Station - KRW 34,400 masa perjalanan 1 jam 35 min
  • ITX:  Dari Yongsan ke Jeonju Station - KRW 26,200 masa perjalanan 3 jam
  • Mugunghwa: Dari Yongsan ke Jeonju Station  - KRW 17,600 masa perjalanan 3 jam 35 min
Untuk semak jenis train dan waktu yang sesuai klik pada link ini. Dicadangkan menggunakan KTX supaya lebih jimat masa. Apabila tiba di Jeonju station, gunakan teksi ke Jeonju Hanok Village dengan tambang sekitar KRW 7,000 ke KRW 9,000 bergantung pada keadaan trafik.



Bas Ekspress 
Bas Express ke Jeonju dari Central City Terminal, Seoul.
  1. Gunakan subway line 3 (berwarna Oren) dan berhenti di Station "Express Bus Terminal" 고속터미널 
  2. Keluar di exit 8 dan belok ke kiri.
  3. Jalan terus ke hadapan 100 meter dan bangunan terminal berada di sebelah kiri.
  4. Beli tiket ke Jeonju. Tambang KRW 12,800 dan perjalanan mengambil masa 2 jam 40 minit
Apabila sampai di station bas terminal Jeonju, gunakan teksi ke Jeonju Hanok Village dengan tambang sekitar KRW 5,000 ke KRW 7,000 bergantung pada keadaan trafik.



Bagi yang menaiki kereta, kawasan parking di sini agak terhad. Kawasan parking utama Hanok Village tidak begitu besar. Anda perlu parking di luar kawasan dan berjalan kaki sekitar 100 ke 200 meter untuk masuk ke dalam village. Elakkan dari masuk ke Hanok village menggunakan kereta kerana keadaan trafik sangat sesak.



Keluasan Jeonju Hanok Village sangat besar. Terdapat sekitar 800 buah rumah hanok yang ada disini. Untuk tour keseluruhan taman ini mungkin mengambil masa satu hari atau lebih. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk pengalaman
  • Berjalan kaki secara santai dengan mengenakan baju tradisional Hanbok. Terdapat banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan menyewa hanbok dengan kadar sekitar KRW 15,000 ke KRW 50,000 bergantung pada jenis dan design. 
  • Berjalan kaki di celah-celah lorong rumah hanok
  • Bergambar di set pegambaran filem KBS Jongdojeon
  • Mengelilingi Hanok Village menggunakan motor mini. Boleh disewa pada harga KRW 15,000 per jam
Berikut adalah beberapa gambar saya sekeluarga di sekitar Jeonju Hanok Village yang sempat dirakam ketika cuti musim summer 2016.









0 comments:

Post a Comment

Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help and encourage people to do self-budget-travelling to South Korea, Japan and other Asian country.