7 September 2016

Melancong Ke Ladang Teh Hijau (Green Tea) di Boseong dan Menikmati Pelbagai Jenis Makanan Berasaskan Teh Hijau Boseong Korea Selatan


Boseong terletak di bahagian barat selatan Korea. Daehan Dawon Tourist Tea Plantation 보성녹차밭대한다원 (Boseong nokcha bat daehan dawon) mempunyai pemandangan unik kawasan lereng bukit yang ditanam teh hijau. Kebiasaannya festival teh hijau akan diadakan pada musim bunga iaitu dari 4 May hingga 8 May setiap tahun.

Alamat:
전라남도 보성군 보성읍 녹차로 763-65
763-65 Nokcha-ro, Boseong-eup, Boseong-gun, Jeollanam-do
Coordinate Google Maps: 34.714821, 127.080822



Terdapat 2 cara untuk ke Boseong dari Seoul, menggunakan train atau bas ekspress.

Train "Mugunghwa" dari Yongsan Station, Seoul
  • Destinasi ke Boseong station. Harga tiket KRW 26,500 dan perjalanan mengambil masa 5 jam 40 minit.  Untuk tempahan tiket train online klik pada link ini. Biasanya hanya 1 trip sahaja ke Boseong dalam 1 hari. 
  • Dari Boseong Station, jalan kaki 150 meter ke station bas terdekat iaitu Usanri station우산리 정류장 (Usanri Jeong-ryu-jang).
  • Naik bas Boseong-Gunhak 보성-군학 dan turun di Daehan Dawon station 대한다원.
Intercity Bus dari Express Bus Terminal, Seoul 
  • Subway line 3 hingga ke station "Express Bus Terminal" 고속터미널
  • Beli tiket ke Boseong. Tambang KRW 32,900 dan perjalanan mengambil masa 4 jam 40 minit 
  • Dari Boseong Intercity Bus terminal, jalan kaki 60 meter ke station bas terdekat iaitu Boseong Terminal 보성터미널 정류장 (Boseong Teomineol Jeong-ryu-jang).
  • Naik bas Boseong-Gunhak 보성-군학 dan turun di Daehan Dawon station 대한다원


Bagi yang memandu kereta ke sini taip di GPS 보성녹차밭. Tiket masuk ke ladang teh ini ialah 4,000 Won dan percuma bagi kanak-kanak. Sekeliling ladang ini juga banyak ditanam pokok pine dan terdapat anak sungai kecil untuk aktiviti santai kanak-kanak bermain air.




Setelah penat bergambar, singgah di kedai souvenir dan beli makanan berasakan green tea seperti coklat dan biskut. Terdapat beberapa kedai ice cream dan green tea shake yang boleh dinikmati sambil berkelah di bawah pokok-pokok pine disebelah anak sungai yang jernih. Layan....


Gambar di bawah ini boleh lihat bagaimana orang-orang korea berpiknik di sepanjang anak sungai sambil layan minuman green tea Boseong.


Jadi jika anda teringin merasa suasana nyaman ladang teh hijau di Korea Selatan, jangan lupa masukkan sekali itinerary ke Boseong Green Tea ini. Rasakan informasi ini berguna? Jangan lupa tekan butang share dibawah ini yer. Terima kasih.

2 comments:

Wan Zul said...

Salam, saya dari blog Wanzul Travelogue..syabas sebab share info pasal Korea..memang terbaekkk..kalau kami berpeluang ke Korea lagi..nnt kami pm ye utk info..nak main salji sambil guling2..huahuahua! Ok thanks.

Mohd Saiful Izwan said...

Terima Kasih Wan Zul sudi jengah blog ni :)

Post a Comment