19 September 2016

Destinasi Pelancongan di Bandar Tongyeong Korea Selatan



Jika melancong ke Korea, salah satu destinasi menarik adalah di Bandar Tongyeong. Lihat beberapa destinasi menarik di bandar Tongyeong yang sempat kami lawati untuk trip 1 hari.

1. Hanryeosudo Cable Car 한려수도 조망케이블카

Alamat:
경상남도 통영시 발개로 205 도남동 349-1
349-1, Donam-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do, South Korea
Google Maps: 34.826430, 128.425273
GPS kereta: 1544-3303

Cable car mengambil masa 15 minit untuk ke puncak bukit. Tambang dewasa ialah KRW 10,000 dan kanak-kanak KRW 6,500. Di observation deck dapat menyaksikan pemandangan bandar dan pelabuhan Tongyeong serta turut kelihatan pergunungan Geoje 거제 







2. Gang-gu-an Port Cultural Centre 강구안거북선문화마당

Alamat:
55 Jungang-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do, South Korea
Google Maps: 34.843526, 128.423997
GPS kereta: 055-650-3956

Terdapat beberapa biji kapal cantik dari senibina dynasti Joseon, replika mini kapal perang General Yi Sun Sin yang menewaskan tentera jepun suatu ketika dahulu. Replika yang sama kami lihat ketika melawat busan tower di ruangan kedai cenderamata, dari situ kami dengar serba sedikit sejarah tentang General Yi Sun Sin dari salah seorang rakan kami. Jika ke Gwanghwamun, Seoul anda boleh melihat patung General Yi Sun Sin dan King Sejong yang dibina di Jalan utama di sana.





0 comments:

Post a Comment