Tips melancong ke Korea : Pantai Jinha di Ulsan


Salah satu daripada pantai yang popular di Ulsan adalah Jinha Beach 진하해수욕장. Pantai ini dipenuhi orang ramai pada musim panas. Pantainya yang cantik dan pemandangannya yang indah, juga terletak berhampiran tempat melihat matahari terbit Sunrise Park Ganjeolgot.


Apa yang menarik pantai di Jinha Beach landai dan sesuai untuk aktiviti mandi-manda berbanding pantai-pantai lain yang ada di Ulsan. Kelihatan aktiviti lebih menarik dan meriah di pantai ini. Sesuai untuk aktiviti berkelah, barbecue, memancing, bermain jet ski, Banana boat dan bersantai dibawah khemah-khemah khas yang disediakan disepanjang pantai.

Pantai ini terletak berhampiran dengan loji Nuclear Ulsan. Loji nuclear menggunakan air laut untuk proses penyejukan (cooling system). Tetapi jangan risau, sistem penyejukan ini tidak berhubung secara terus (direct contact) dengan elemen radioaktif kerana ia hanya penyejukan pengantara sahaja (Secondary cooling medium).

 Aimar Daniel sedang menikmati udara nyaman pantai Jinha


Info tentang Jinha Beach, Ulsan;-

  • Google maps address: Ulsan, Ulju-gun, Seosaeng-myeon, Jinhahaebyeon-gil, 진하해수욕장
  • Coordinate: 35.383955, 129.345932
  • Bas: No 715. Tambang KRW 1300. Naik di hadapan Taehwagang Station atau Lotte Department Store Samsandong. Bas akan berhenti di station Jinha Beach (Jinha Haesu Yokjang). Perjalanan mengambil masa 1 jam 50 minit kerana route bas yang agak jauh
  • Teksi: Tambang KRW 20,000. Perjalanan mengambil masa 45 minit.
Bukan di Ulsan sahaja, di Pulau Jeju juga terdapat banyak pantai-pantai yang cantik dan bersih. Jika anda ingin ke Pulau Jeju buat kali pertama dan merancang ingin memandu di Pulau Jeju, Saya syorkan anda untuk menggunakan Naracards Jeju keluaran Naracards.com

0 comments:

Post a comment