15 May 2016

Menikmati Masakan Snow Crab di Yeongdeok Snow Crab Village dan Melancong ke Tempat-Tempat Menarik Sekitar Yeongdeok Korea Selatan



Snow Crab atau Daege 대게, Ketam yang popular di Korea terutamanya ketika musim sejuk. Yeongdeok merupakan antara tempat tarikan pelancong kerana terdapat perkampungan kecil yang dinamakan Yeongdeok Daege Maeul 영덕대게마을 (Yeongdeok Snow Crab Village) dimana Daege dinaikkan di salah satu pelabukan di kampung ini iaitu perlabuhan Gang Gu Hang 강구항. Yeongdeok terletak 150 Km dari Gimhae International Airport, Busan dan 360 Km dari Incheon International Airport, Incheon.

Google Maps Coordinate: 36.360600, 129.382164


Dikatakan harga Snow crab dan King crab di sini murah berbanding harga di bandar. Kebiasaanya, ketam hidup akan di letakkan di akuarium dihadapan kedai-kedai dan selepas aktiviti berunding harga selesai ketam akan dihidang dengan masakan yang dikehendaki. Kebiasaanya ketam dihidangkan secara Steam sahaja untuk mengekalkan rasa 'fresh' ketam tersebut.


Harga Daege sekitar 20,000 ke 40,000 KRW seekor dan King Crab (Russian) 90,000 ke 200,000 KRW seekor. Semakin baik Gred semakin sedap dan manis rasanya, harganya pun boleh tahan. Sebagai menu tambahan anda boleh tambah masakan lain yang berasaskan ketam seperti Ketam Ramyeon 대게라면 atau DaegeTang (sup ketam) 대게탕.




Pemandangan pekampungan Yeongdeok memang cantik dan tenang kerana jauh dari kesibukan bandar. Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga bercuti. Sambil-sambil ke sini makan ketam, beberapa tempat menarik juga boleh dikunjungi seperti list dibawah.

1. Yeondeok Renewable Energy Exibition Museum 영덕신재생에너지전시관

Google Maps Coordinate: 36.422844, 129.419807
Pameran Sains tentang teknologi-teknologi mesra alam sekitar dan dapat menggantikan sumber minyak dan gas.






2. Marine Environment Museum 영덕해양환경체험관

Google Maps Coordinate: 36.417012, 129.430567
Museum yang mempamerkan teknologi Marin yang digunakan di Korea dan negara luar. Korea terkenal dengan ilmu pengetahuan Marin yang hebat tidak hairan Korea merupakan negara pengeluar kapal dan teknologi kejuruteraan marin terbesar dunia.



3. Yeondeok Haemaji Park 영덕해맞이공원

Google Maps Coordinate: 36.426777, 129.434546
Antara tempar popular dikalangan masyarakat Korea untuk menyaksikan Matahari terbit. Tempat ini dipenuhi orang ramai pada setiap malam tahun baru untuk menyaksikan matahari terbit pada 1 Januari setiap tahun.


4. Deok Cheon Beach 덕천해수욕장

Google Maps Coordinate: 36.567595, 129.422997
Pantai cantik di sekitar Yeongdeok. Di pantai ini terdapat anak muara sungai kecil yang permukaan airnya beku ketika musim sejuk.




5. Gangguhang Port 강구항 dan Snowcrab Village 대게마을

Google Maps Coordinate: 36.359129, 129.390046
Tempat menikmati kesemua jenis makanan yang dimasak berasaskan Snowcrab. Juga boleh menikmati susasana sepanjang pelabuhan dengan mengunjungi pasar-pasar basah di sini. Kesemua ikan dan hidupan laut segar dijual dengan harga murah.



1 comments:

The Fool said...

Nice tuan...keep on touch

http://tarotthefool.blogspot.com/

Post a Comment