30 April 2016

Dua Cara Utama Untuk Jimat Melancong Di Bandar Busan Korea Selatan



Busan adalah bandar ke-2 terbesar di korea selatan. Dari malaysia, anda boleh menggunakan pernerbangan Air Asia dari kuala lumpur ke Gimhae International Airport, busan. Bandar ini terletak lebih kurang 400 km dari bandar Seoul dan memakan masa selama 5 jam perjalanan menggunakan kereta.

Selain Seoul, Busan merupakan destinasi ke-2 bagi kebanyakan pelancong asing. Busan boleh diakses menggunakan kereta api laju KTX dari Seoul station ke Busan station. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit dengan kos 60,000 KRW satu hala.

Melancong ke Bandar Busan dengan 2 cara:

1. Subway

Kebanyakan tempat menarik di Busan boleh diakses menggunakan subway. Harga tiket subway berbeza mengikut jarak destinasi. Untuk jarak lingkungan 10km harga tiket ialah 1200 KRW dan jarak lebih dari itu dikenakan 1400 KRW. Terdapat 1-day pass tiket subway iaitu dengan menggunakan pass tersebut boleh menggunakan subway secara unlimited pada hari tersebut. Harga tiket 1-day pass ialah 4500 KRW. Ia boleh dibeli di mesin tiket. Anda perlu plan terlebih dahulu untuk memastikan masa perjalanan anda lancar.


2. City Tour Bus

Cara ini paling mudah. Bas akan berulang mengikut perjalanan yang tetap. Bas akan berhenti di setiap tempat-tempat menarik tumpuan pelancong. Waktu ketibaan dan bertolak bas akan dipamerkan di setiap stesen bas.  Tiket hanya boleh dibeli di Busan Station. Anda akan turun dilokasi yang anda mahu. Setelah selesai tunggu di stesen yang sama untuk menunggu ketibaan bas seterusnya. Berikut ialah cara-cara untuk ke Busan Station untuk membeli tiket Busan City Tour Bus.

Menggunakan Subway
  1. Dari Gimhae Airport, keluar pintu ketibaan dan exit 3, berjalan ke arah kanan untuk ke stesen LRT.
  2. Beli tiket ke 'Sasang'.
  3. Apabila tiba di sasang, tukar ke subway dan beli tiket ke 'Busan Station' dan berlu turun di station 'seomyeon'. Tukar ke subway line 2 ke line 1  (line berwarna hijau ke warna kuning)
  4. Dari 'Seomyeon' turun di 'Busan Station'
  5. Keluar subway di exit 8 atau 10. Kemudian jalan ke arah busan bus station. Di sana anda boleh mencari kaunter tiket bas Busan City Tour
Menggunakan Limousine Bas
  1. Dari Gimhae Airport, keluar di pintu exit 3
  2. Tunggu bas di station bernombor 1 berhampiran dengan exit 3. Lihat gambar dibawah untuk mengenal pasti lokasi stesen bas. Kebiasannya bas akan sampai setiap 30 minit. Harga tiket ialah 7000 KRW.



0 comments:

Post a Comment