7 March 2016

Belajar Tulisan Korea (Hangeul) Dalam Masa 3 Hari - Hari Ke 3

Pada post sebelum ini kita telah pun mengenali huruf-huruf konsonan dan vokal. Pada post kali ini saya akan terangkan bagaimana jenis susunan huruf didalam satu perkataan.

Semua perkataan Korea akan bermula dengan huruf konsonan. Kemudian diikuti dengan huruf vokal. Terdapat 4 jenis susunan huruf dalam tulisan korea iaitu

  1. Susunan 2 huruf melintang (konsonan + vokal)
  2. Susunan 2 huruf bertindih (konsonan + vokal)
  3. Susunan 3 huruf (konsonan + vokal + konsonan)
  4. Susunan 3 huruf bertindih (konsonan + vokal + konsonan)
  5. Susunan 4 huruf  (konsonan + vokal + konsonan + konsonan)
Mari lihat apa yang dimaksudkan susunan huruf dengan melihat beberapa gambar dibawah.

1. Susunan 2 huruf melintang

Iaitu huruf dimulai dengan konsonan dan diikuti dengan vokal yang disusun secara bersebelahan. Contoh dibawah menggunakan huruf konsonan  dan vokal  yang disusun menjadi 사 (Sa)

beberapa contoh lagi;


나 - Na
거 - Geo
개 - Gae
비 - Bi
져 - Jyeo

2. Susunan 2 huruf bertindih

Iaitu huruf dimulai dengan konsonan dan diikuti dengan vokal yang disusun secara bertindih atas dan bawah. Contoh dibawah menggunakan huruf konsonan  dan vokal  yang disusun menjadi 부 (Bu)
beberapa contoh lagi;

고 - Go (ㄱ+ㅗ)
주 - Ju (ㅈ+ㅜ)
류 - Ryu (ㄹ+ㅠ)
스 - Seu (ㅅ+ㅡ)
과 - Gwa (ㄱ+ㅗㅏ)
쥐 - Jwi (ㅈ+ㅜㅣ)
돼 - Dwae (ㄷ+ㅗㅐ)

3. Susunan 3 Huruf

Iaitu huruf dimulai dengan konsonan dan diikuti dengan vokal dan diikuti semula oleh konsonan secara bergilir-gilir. Contoh dibawah menggunakan huruf konsonan  dan vokal dan konsonan  yang disusun menjadi 안 (aN)
beberapa contoh lagi;

밥 - BaB (ㅂ+ㅏ+ㅂ)
당 - DaNG (ㄷ+ㅏ+ㅇ)
열 - yeoL (ㅇ+ㅕ+ㄹ) perkataan harus bermula dengan konsonan makaㅇ diletakkan dihadapan
집 - JiB (ㅈ+ㅣ+ㅂ)
펜 - PeN (ㅍ+ㅔ+ㄴ)

4. Susunan 3 huruf bertindih

Sama seperti susunan 2 huruf bertindih. Cuma huruf ketiga ditambah huruf konsonan secara bergilir-gilir menjadi 3 huruf bertindih. Contoh dibawah menggunakan huruf konsonan  dan vokal ㅜ dan konsonan  yang disusun menjadi

beberapa contoh lagi;

불 - BuL (++)
국 - GuK (++)
곳 - KoT (++)
원 - woN (+ㅜㅓ+) Perkataan harus bermula dengan konsonan makaㅇ diletakkan dihadapan
된 - DoeN (+ㅗㅣ+)
관 - GwaN (+ㅗㅏ+)

4. Susunan 4 huruf  

Iaitu huruf dimulai dengan konsonan dan diikuti dengan vokal dan diikuti semula oleh konsonan secara bergilir-gilir. Ada penambahan huruf keempat tetapi penambahan ini juga Konsonan dan diletakkan disebelah huruf Konsonan ke-3. Contoh dibawah menggunakan huruf konsonan  dan vokal ㅏ dan konsonan dan penambahan konsonan  yang disusun menjadi 닭 (DaLG)

beberapa contoh lagi;

읽 - iLG (+++)
얇 - yaLB (+++)
많 - MaNH (+++)
찮 - CHaNH (+++)
덟 - DeoLB (+++)

4 jenis susunan tulisan korea telah dipelajari, sekarang perhatikan contoh perkataan di bawah supaya anda boleh paham dengan lebih mudah.

aN-NyeoNG-Ha-Se-yo 아녕하세요


KwaeN-CHaNH-SeuB-Ni-Da 괜찮습니다


JJuKKuMi 쭈꾸미


Post ini terlalu susah untuk difahami? tidak mengapa, ulangkaji huruf konsonan dan huruf vokal hangeul semula supaya anda lebih faham apabila tiba di post ini.

Setakat itu perkongsian saya. Semoga dengan post kali ini anda akan dapat membaca perkataan Korea dengan lebih mudah dan sebagai kesimpulan, Cuba teka apakah bunyi perkataan dibawah:
  1. 요금 = ?
  2. 얼마예요 = ?
  3. 누구세요 = ?
  4. 화요일= Hwa yo iL
  5. 대구 = ?
  6. 반갑습니다 = ?
  7. 김해국제공항 = GiMHae GuKJe GoNG HaNG
  8. 서울역 = ?

Cuba baca perkataan korea dibawah ini:

안녕하세요, 제 이름은 사이풀 입니다. 만나서 반갑습니다
Annyeonghaseyo, Je ireum eun Saipul ibnida. Mannaseo bangapseubnida

Apabila anda boleh membaca tulisan korea, baca post mengenai bagaimana menggunakan Google Translate ketika berada di Korea Selatan!

Selamat mencuba dan Sukohaseyo!

0 comments:

Post a Comment

Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help and encourage people to do self-budget-travelling to South Korea, Japan and other Asian country.