Belajar Tulisan Korea (Hangeul) Dalam Masa 3 Hari - Hari Ke 2

Korang dah ingat semua huruf-huruf konsonan hangeul? Post kali ini kita akan lihat huruf-huruf vokal pula iaitu:

- a (cara sebutan: ayam)
- o (cara sebutan: orang)
- eo (cara sebutan: orang)
- u (cara sebutan: ubat)
- eu (cara sebutan: sempat)
- i (cara sebutan: ikan)
- yo (cara sebutan: yoyo)
- yeo (cara sebutan: yoyo)
- ya (cara sebutan: yang)
- ae (cara sebutan: airplane)
- e (cara sebutan: nenek)
- yu (cara sebutan: yunus)
- ae (cara sebutan:airplane)
- ye (cara sebutan: yes)

Gabungan 2 Vokal menjadi vokal baru
ㅗㅏ - wa (cara sebutan: wang)
ㅜㅓ - wo (cara sebutan: Woi)
ㅗㅣ- oe (cara sebutan: airplane)
ㅗㅐ- wae (cara sebutan: western)
ㅡㅣ- ui (cara sebutan: duit)
ㅜㅣ- wi (cara sebutan: wikipedia)
ㅜㅔ - we (cara sebutan: wikipedia)

Senarai diatas merupakan huruf-huruf vokal hangeul. Cuba ingat dan tulis semula semua huruf ini.

Sekarang mari kenali huruf-huruf ini di dalam beberapa perkataan. Lihat beberapa contoh di bawah.

안녕하세요 - An-yeong-ha-se-yo
huruf vokal pada perkataan di bawah ialah ㅏ,ㅕ,ㅏ,ㅔ,ㅛ (a, yeo, a, e, yo)
감사합니다 - Kam-sa-hab-ni-da
huruf vokal pada perkataan di bawah ialah ㅏ,ㅏ,ㅏ,ㅣ,ㅏ(a, a, a, i, a)

반감습니다 - Ban-gab-seub-ni-da
huruf vokal pada perkataan di bawah ialah ㅏ,ㅏ,ㅡ,ㅣ,ㅏ (a, a, eu, i , a)
부산 - Bu-san
huruf vokal pada perkataan di bawah ialah ㅜ,ㅏ (u, a)
Gabungan Konsonan dan Vokal

Pada post sebelum ini kita telah mengenali huruf konsonan dan pada post ini huruf vokal pula. 

Untuk lebih faham bagaimana penggunaan huruf konsonan dan vokal hangel, mari lihat penggunaannya dalam beberapa perkataan di bawah. 

Gabungan: aNNyeoNGHaSeyo

Gabungan: BuSaN

Faham tak? Lihat lebih banyak contoh lagi di bawah. Lihat perbezaan huruf konsonan (huruf besar) dan huruf vokal (huruf kecil)  
  1. 순두부지개 - SuNDuBu JiGae
  2. 참치김밥 - CHaMCHi KiMBaB
  3. 해물 - HaeMuL
  4. 울산 - uLSaN
  5. 서울 - SeouL
  6. 사랑해요 - SaRaNGHaeyo

Pada post seterusnya pasti korang akan terus boleh membaca tulisan korea. Cepat atau lambat itu bergantung pada latihan dan usaha korang sendiri.

Perlu banyakkan latihan seperti menulis dan membaca. Kalau korang dah mahir huruf vokal dan konsonan, klik pada link ini untuk post seterusnya.

Untuk ulangkaji semula huruf-huruf konsonan, klik huruf konsonan hangeul.

Jika korang ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu korang melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

0 comments:

Post a comment