13 March 2016

Tips Percutian Melancong Ke Bandar Gyeongju Korea Selatan

Gyeongju adalah bandar yng dipenuhi sejarah utama Korea Selatan. Bandar ini terletak bersebelahan bandar Ulsan dan Daegu. Jika di Malaysia bandar Gyeongju seperti bandar Melaka. Bandar Gyeongju dikelilingi gunung-ganang. Ini menyebabkan suhu dan persekitarannya berbeza dengan bandar ulsan walaupun ianya terletak hanya bersebelahan.

Bandar Gyeongju terkenal dengan permandangan menarik ketika musim bunga dan musim luruh. Kemudahan Public transport di sini ialah Bas dan Teksi. Berikut saya kongsikan beberapa tempat menarik yang telah saya kunjungi di Bandar Gyeongju.

1. Bulguksa temple 불국사

Antara Temple Buddha yang terkenal di Korea Selatan ialah Bulguksa Temple. Anda boleh mengetahui tentang agama Buddha versi Korea (apa yang saya tahu ianya berbeza sedikit dengan Buddhism di Malaysia, itupun jika saya tidak silap lah). Ketika kami di Bulguksa, terdapat perkhidmatan jurubahasa dan penterjemah yang akan menerangkan setiap bahagian temple ini dalam bahasa inggeris. Harga perkhidmatan jurubahasa cuma 5,000 KRW.








2. Daereungwon Cheonmachong Tomb 대릉원천마총

Museum kecil yang mempamerkan bagaimana raja-raja dahulu dikebumikan. Mereka ditanam bersama harta-harta dan perhiasan mereka. Kubur mereka kelihatan sebuah bukit yang besar setinggi 5 meter.





3. Seokguram Grotto 석굴암

Teknologi zaman pra-sejarah korea mempamerkan temple yang dibina dengan kejuruteraan yang hebat. Statue-statue didalamnya dibina bilik khas untuk menjaga kelembapan udara supaya struktur utama Seokguram Grotto tidak runtuh. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah ke sana kerana hanya melihat replika Seokguram Grotto di Silla Arts and Science Museum sahaja.



4. Cheomseongdae Observatory 첨성대

Struktur susunan batu bata yang membentuk sebuah menara. Menara ini digunakan generasi Silla untuk mengkaji dan melihat bintang dan kajian astronomi. Struktur replika Cheomseongdae juga terdapat di Silla Arts and Science Museum.



5. Toy Village 토이빌리지

Pameran binatang ternakan dan eksotik sepertik ikan, ular, biawak, arnab, kura-kura dan banyak lagi. Sesuai untuk kanak-kanak dan peminat binatang ternakan dan eksotik.

Address:
경상북도 경주시 보문로 391
391 Bomun-ro Gyeongju Gyeongsangbukdo
Google maps coordinate: 35.847184, 129.282963
Phone: 054-772-9000






6. Silla Arts and Science Museum 신라역사과학관

Museum yang mempamerkan sejarah Dynasti pemerintahan empayar Silla. Bagaimana mereka meranang dan menguruskan bandar mereka yang boleh dikagumi. Terdapat replika Seokguram Grotto dan Cheomseongdae observatory tower.



7. Gyeongju World Amusement Park 경주월드 어뮤즈먼트

Theme park yang terletak bersebelahan Bomun Lake. Merupakan theme park kedua terbesar di Korea Selatan selepas Everland. Bersebelahan theme park ini terdapat taman tema air. Taman tema air dibuka pada musim summer sahaja. Walaupun sudah hampir 3 kali saya ke Gyeongju, namun saya masih belum berkesempatan untuk ke Gyeongju World Amusement Park kerana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Harga tiket masuk ialah 37,000 KRW untuk dewasa dan 29,000 KRW untuk kanak-kanak.



Pemandangan Gyeongju World dari Blue Lagoon Hotel, Gyeongju.

8. Beomun lake 보문호

Sebuah tasik yang besar dan dikelilingi oleh hotel-hotel penginapan dan juga golf course. Nikmati pemandangan indah tasik Bomun ketika musim bunga sakura dan musim luruh.

Bomun Lake ketika musim bunga sakura


9. Gyeongju Birdpark 경주버드파크

Taman burung dan binatang-binatang ternakan. Terdapat juga mini zoo didalam taman burung ini. Bersebelahan Gyeongju Birdpark terdapat taman Botani yang mempamerkan pelbagai tumbuh-tumbuhan dari seluruh dunia. Pelawat diberi pengalaman bermain dengan burung-burung di dalam taman ini.





Taman botani bersebelahan Taman Burung Gyeongju




10. Teddy Bear Museum 테디베어박물관

Museum dipenuhi Teddy bear berpakaian dengan pelbagai pakaian yang mempamerkan budaya masyarakat korea dan masyarakat asing.








Cara-cara untuk ke bandar Gyeongju dari Gimhae International Airport, Busan

Tambang: 9,000 KRW
Tempoh perjalanan: 2 jam 30 minit



  1. Station bas berhampiran dengan balai ketibaan Gate 3 di bus stop no 1 seperti gambar di atas. 
  2. Berhenti di stesen ke-2 yang bernama Gyeongju 경주
  3. Apabila tiba di Gyeonju teksi ke destinasi hotel atau motel anda.
  4. Untuk kembali semula ke Gimhae International Airport Busan guna bas dari stesen ini juga
Setakat ini perkongsian saya mengenai bandar Gyeongju. Selamat bercuti ke Gyeongju, Bandar bersejarah Korea Selatan.

0 comments:

Post a Comment