5 February 2016

Cara-Cara Untuk Ke Bandar Ulsan Korea Selatan Dari Bandar Seoul Atau Bandar Busan

Bandar Ulsan terletak 400km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul dan 85km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan. Kebiasaannya jika anda ingin ke Ulsan anda perlu mendarat di Gimhae. Walaubagaimanapun jika anda di Seoul, hanya mengambil masa 2 jam perjalanan menggunakan keretapi laju KTX. Berikut saya kongsikan bagaimana untuk sampai ke bandar Ulsan.

1. Dari Seoul Station, Seoul:

Menggunakan KTX 

Harga Tiket:
55,000 KRW
Tempoh Perjalanan: 2 jam 10 minit
  1. Di Seoul Station, beli tiket KTX ke Ulsan. Harga tiket ialah 55,000 KRW. Perjalanan mengambil masa 2 jam 10 minit.
  2. Di stesen KTX Ulsan, gunakan bas bernombor 5001 untuk ke Taehwagang Station 태화강. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam dan harga tiket ialah 3,500 KRW
Untuk mengambil teksi, harga agak mahal sekitar 23,000 KRW ke 27,000 KRW. Stesen KTX Ulsan terletak 25 km dari bandar Ulsan.

Menggunakan Express Bus

Harga Tiket: 23,000 KRW
Tempoh perjalanan: 4 jam 30 minit
Dari Seoul Station 서울역, anda perlu ke station subway yang bernama Express Bus Terminal 고속터미널 iaitu subway Line 3 (Berwarna Orange). Step dibawah ialah cara paling ringkas untuk sampai ke Express Bus Terminal.

  1. Dari Seoul Station 서울역, beli tiket subway ke Express Bus Terminal고속터미널. Kemudian naik subway Line 4 (berwarna biru muda) menghala ke Samgakji 삼각지
  2. Berhenti di Station Dongjak 동작. Tukar ke subway Line 9 (berwarna coklat) menghala ke Gubanpo 구반포 dan berhenti di Station Express Bus Terminal고속터미널.
  3. Beli tiket Express Bus ke Ulsan.
  4. Di Ulsan anda akan berhenti Station Bas Express bersebelahan dengan Lotte Young Plaza Ulsan.

2. Dari Gimhae Internation Airport, Busan

Menggunakan Limousine Bus (Stop Station Taehwa Rotary 태화로터리)

Harga Tiket: 7900 KRW
Tempoh perjalanan: 1 jam 10 minit

Limousine Bas akan berhenti berdekatan balai ketibaan Gate 3, iaitu stesen bas no 1. Bas ke Ulsan berwarna Merah dan bertulisan Korea dan English. Anda perlu perhatikan tulisan dan gambar seperti dibawah.



울산 - 언양 - 통도사 <---> 김해국제공항
Ulsan Eonyang Tongdosa <---> Gimhae INT'L Airport Bus

Tiket boleh dibeli di dalam bas. Driver bas akan datang ditempat anda untuk mengutip tambang bas.
Untuk pengetahuan anda semua, tulisan Korea (Hangeul) sangat mudah dipelajari. Ianya boleh dikuasai hanya dalam masa 3 hari. Klik Link ini -> Belajar Tulisan Korea
Keluar dari Gate 3 dan terus ke kanan


  1. Station bas berhampiran dengan balai ketibaan Gate 3 di bus stop no 1 seperti gambar di atas. 
  2. Berhenti di stesen terakhir yang bernama Taehwa Rotary 태화로터리. Landmark kawasan ini adalah bersebelahan dengan sungai Taehwa. Perjalan mengambil masa 1 jam 10 minit dari Gimhae International Airport. Lihat gambar dibawah untuk tau kedudukan Taehwa Rotary bus station.
  3. Dari Taehwa Rotary, gunakan bas atau teksi ke destinasi hotel atau motel anda.
  4. Untuk kembali semula ke Gimhae International Airport Busan guna bas dari stesen ini juga




Menggunakan Keretapi Antara Bandar

Harga Tiket: 1200 KRW + 1200 KRW + 4000 KRW
Tempoh Perjalanan: LRT (10 minit) + Subway (30 minit) + Keretapi Mugunghwa (1 jam 15 minit)

  1. Keluar di balai ketibaan Gate 3. Seberang jalan dan belok ke kanan untuk ke stesen LRT. Stesen ini mudah dilihat kerana landasan LRT hanya di hadapan kawasan airport.
  2. Beli tiket ke Sasang Station 사상. Harga tiket ialah 1200 KRW
  3. Turun di Sasang Station. Transfer dari LRT ke Subway. 
  4. Sekarang anda berada di Sasang Subway Station (Line 2 berwarna hijau) 
  5. Di Sasang Station, beli tiket ke Bujeon Station 부전 (Line 1 berwarna Orange). Harga tiket ialah 1200 KRW. 
  6. Naik subway di Sasang dan turun di Seomyeon Station 서면. 
  7. Transfer dari Line 2 ke Line 1 (Warna hijau ke warna orange)
  8. Naik subway menghala ke Bujeon Station 부전. Apabila sampai di Bujeon Station, keluar di Exit 1.
  9. Jalan terus sejauh 200 meter. Anda akan jumpa Station Keretapi Bujeon 부전역. Lihat gambar dibawah.
  10. Beli tiket ke taehwagang stesen. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Harga tiket ialah 4000 KRW.
  11. Di Taehwagang Station, ambil teksi ke destinasi hotel/motel
Bujeon Train Station, 100 meter berjalan kaki dari exit 1 Subway Bujeon

Ok, Sekarang anda berada di Bandar Ulsan. Lihat tempat-tempat pelancongan menarik yang boleh dikunjungi di Bandar Ulsan: Melancong ke Bandar Ulsan Korea Selatan

Jika anda mempunyai sebarang pandangan atau pertanyaan, sila nyatakan di ruangan komen :)

Ingin Travel ke Korea dengan Mudah Tanpa Travel Agent?

0 comments:

Post a Comment