21 January 2016

Tempat-Tempat Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Bandar Ulsan Korea Selatan



Ulsan adalah antara bandar besar di Korea Selatan. Bandar Ulsan terletak bersebelahan bandar Busan, Gyeongju dan Daegu. Bandar Ulsan merupakan bandar industri yang terletaknya syarikat-syarikat gergasi seperti SK Oil, Hyundai Motor, Hyundai Heavy Industry dan Hyundai Mipo Offshore yard. Syarikat Hyundai Heavy Industry merupakan syarikat pembinaan kapal yang terbesar di dunia begitu juga Hyundai Motor yang merupakan pusat industri kereta terbesar di dunia.


Saya lebih mudah untuk berkongsi tentang bandar Ulsan kerana saya menetap di sini hampir 2 tahun di Dong-gu. Walaupun tempat tinggal saya terletak agak jauh iaitu sekitar 10km dari downtown tetapi itu tidak menjadi masalah kerana di Dong-gu sendiri segala kemudahan sudah mencukupi seperti pasaraya besar, panggung wayang, department store dan sebagainya.


Pada pertengahan tahun 2015 sebuah jambatan utama iaitu Jambatan Ulsan 울산대교 (Ulsan Daegyo) yang menyambungkan Dong-gu dan Downtown telah siap dibina. Jambatan ini dapat menjimatkan masa sekitar 30 minit perjalanan dari Dong-gu ke Haeundae, Busan.


Bandar Ulsan tidak popular dikalangan pelancong asing. Kebanyakan syarikat pelancongan tidak menyediakan pakej lawatan ke bandar Ulsan. Bandar Ulsan adalah bandar industri dan terletak 85 km dari Gimhae International Airport Busan dan perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Hanya sebahagian rakyat luar yang terlibat dengan syarikat-syarikat industri perkapalan dan minyak dan gas akan menetap di sini.



Kemudahan awam utama di Ulsan adalah bas dan teksi. Di bandar ini tidak mempunyai kemudahan subway. Perkhidmatan bas di sini sangat efficient dengan harga yang berpatutan iaitu 1200 KRW 'flat rate' tidak kira sejauh mana stesen perhentian. Bas di sini hanya mempamerkan nombor bas seperti gambar dibawah. Setiap nombor bas berbeza mengikut haluan yang berbeza.

Tips menaiki bas di Korea pastikan naik di pintu hadapan dan keluar di pintu belakang. Bebeza jika di Jepun. 
PENGINAPAN DI ULSAN



Dong-gu Area

1. Hyundai Hotel. Rate 1 malam ialah 250,000 KRW
2. Goodmorning Hotel. Rate 1 malam ialah 160,000 KRW
3. Motel-motel di sekitar ilsan Beach. Rate 1 malam sekitar 40,000 ke 80,000 KRW

Downtown Area

1. Lotte Hotel Ulsan. Rate 1 malam ialah 200,000 KRW
2. Shilla Stay Ulsan. Rate 1 malam ialah 100,000 KRW
3. Motel-motel di sekitar Taehwagang train Station 태화강역. Rate 1 malam sekitar 40,000 ke 80,000 KRW

Antara tempat-tempat menarik dan tarikan pelancongan di Bandar Ulsan ialah:

1. Daewangam Park

Coordinate: 35.49260, 129.4393
Bus No: 101, 102, 103, 104, 111, 112, 123, 127, 401 (Pilih salah satu bas yang disenaraikan)
Stop Station: Daewangam Gongwon ipgu 대왕암공원입구


Daewangam adalah tempat sightseeing yang sangat popular di Ulsan. Kebanyakan masa saya diluangkan di sini besama keluarga pada hujung minggu. Daewangam merupakan kumpulan pulau batu di laut yang disambungi dengan jambatan kecil untuk kemudahan pejalan kaki bersiar-siar. Di sini anda boleh menikmati pemandangan indah Daewangam. Banyak kapal-kapal dapat dilihat dari sini dan ia terletak bersebelahan ilsan beach dan Shipyard terbesar dunia Hyundai Heavy Industry.






2. Taehwagang Grand Park 태화강대공원
  • Coordinate: 35.547906, 129.295815
  • Bus No: 103, 104, 114, 123, 133, 203, 233, 317, 327, 357, 402, 413, 421, 422, 426, 433, 441, 442, 708, 718, 728, 802, 807, 817 
  • Stop Station: Taehwaru 태화루 atau Dongkang Pyeongwon Ap 동강병원앞

Taman bunga berhampiran sungai Taehwa iaitu sungai utama bandar Ulsan. Di taman bunga ini banyak bunga-bunga ditanam mengikut musim. Apa yang menarik di taman ini juga terdapat taman pokok buluh yang hidup sepanjang 4 musim.







3. Ulsan Grand Park 울산대공원
  • Coordinate: 35.528763, 129.284138
  • Bus No:  East Gate: 205, 225, 405, 415, 453, 504, 507, 527, 705, 715, 744. Untuk ke South Gate: 106, 456 
  • Stop Station: East Gate: Ulsan Daegongwon Dong Mun Ap 울산대공원동문앞 atau untuk ke South Gate: Ulsan Daegongwon Nam Mun 울산대공원남문

Ulsan Grand park merupakan salah satu lokasi kegemaran saya dan keluarga. Taman ini sangat besar dan mempunyai 4 pintu utama. Terdapat perkhidmatan bas mini yang disediakan di dalam taman ini untuk mengelilingi seluruhan taman. Pada musim panas setiap tahun akan diadakan Festival Bunga Ros (20 hingga 29 May). Tedapat pelbagai jenis bunga ros dari pelbagai warna dan negara yang ditanam ketika festival berlangsung.

Taman ini juga terdapat mini Zoo, taman rama-rama, taman permainan kanak-kanak, taman tema air mini dan juga taman rekreasi sesuai untuk aktiviti kekeluargaan dan kanak-kanak.








4. Ulsan Whale Museum 장생포고래박물관
  • Coordinate: 35.502799, 129.380814
  • Bus No: 246, 256, 406 
  • Stop Station: Jangsaengpo Gorae Pakmulgwan 장생포고래박물관

Ulsan Whale Museum ialah Museum ikan paus terletak berhampiran Jambatan Ulsan. Sebelum wujudnya industri Ulsan hanyalah sebuah perkampungan nelayan dan aktiviti utama mereka ialah menangkap ikan paus. Sekarang aktiviti menangkap ikan paus diharamkan oleh kerajaan Korea kerana ikan paus adalah salah satu haiwan yang terancam yang dipelihara di Korea. Museum ini mempamerkan spesis-spesis ikan paus dan bagaimana kaedah mereka memproses daging dan minyak ikan paus. Harga Tiket museum ialah 2,000 KRW untuk dewasa dan 1,000 KRW untuk kanak-kanak. Terdapat juga akuarium untuk melihat ikan lumba-lumba disini.







5. Seongnamdong Youth Street 성남동젊음의거리
  • Alamat: 35.553997, 129.320508
  • Bas No: 104, 106, 203, 205, 206, 216, 225, 226, 233, 256, 402, 412, 421, 441, 732, 827
  • Stop Station: Seongnamdong 성남동 atau Seongnam Plaza 성남프라자앞

Terletak berhampiran dengan Taehwagang Grand Park, Seongnamdong merupakan shopping street di Ulsan. Kepada sesiapa yang minat shopping boleh cuba untuk ke sini. Di sini terdapat banyak barangan pakaian yang mengikut trend masyarakat korea pada masa kini. Dan ramai golongan muda yang gemar untuk shopping di sini.





6. Jujeon Pebble Beach 주전해수육장
  • Coordinate: 35.566984, 129.454462
  • Bus No: 121 atau 411
  • Stop Station: Jujeon Haesu Yukjang 주전해수육장

Di Jujeon anda boleh saksikan pemandangan indah pebble beach iaitu pantai yang dipenuhi dengan batu-batu kerikil. Di sepanjang pantai ini terdapat banyak coffee shop untuk anda bersantai sambil menikmati pemandangan. Jujeon beach terkenal sebagai tempat berkelah atau perkhemahan pada musim panas. Terdapat sebatang anak sungai jernih yang mengalir ke pantai sesuai dijadikan tempat perkhemahan dan aktiviti kekeluargaan.







7. Munsu Worldcup Stadium 문수월드컵경기장
  • Coordinate: 35.535260, 129.258184 (44, Munsu-ro, Nam-gu, Ulsan)
  • Bus No: 104,114, 405, 406, 407, 411, 413, 421, 422, 426, 433, 441, 482
  • Stop Station: Munsu Gyeong-Gijang 문수경기장

Stadium Munsu merupakan stadium perlawanan worldcup pada tahun 2002 ketika Korea menjadi tuan rumah. Di sini terdapat beberapa pameran menarik antaranya bekas tapak kaki pemain, bola yang ditandatangani pemain dan juga jenis-jenis bola worldcup yang digunakan pada piala worldcup yang musim lepas. Stadium ini adalah 'HOME' bagi pasukan Ulsan Hyundai FC. Berhampiran dengan stadium ini terdapat taman tasik untuk aktiviti rekreasi.









8. Ulsan Museum 울산박물관
  • Coordinate: 35.527311, 129.308729 (277, Duwang-ro, Nam-gu, Ulsan)
  • Bus No: 205, 225, 405, 453, 504, 507, 527, 705, 715, 744
  • Stop Station: Sin-il Junghakgyo Ap 신일중학교앞

Museum ini baru dibina dan percuma untuk sesiapa sahaja. Museum ini mempamerkan sejarah bagaimana bandar Ulsan dimajukan dari sebuah perkampungan nelayan ke bandar industri besar dan bertaraf dunia. Turut dipamerkan replika kapal dan pusat pemprosesan minyak oleh SK oil. Di bahagian luar museum terdapat taman rekreasi yang boleh bersantai bersama keluarga.

Gambar sekitar luar Ulsan Museum. Memandangkan tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar di dalam Museum, maka saya tidak ada gambar untuk ditunjukkan. 





9. Ulsan Bridge Observation Tower 울산대교전망대
  • Coordinate: 35.502487, 129.405681
  • Bus No: 101
  • Stop Station: Mipo Haeyang Gaebal Ap 미포해양개발앞

Observation tower ini akan siap dibina pada April 2016 dan terletak di atas bukit. Anda boleh menikmati pemandangan bandar Dong-gu yang dimonopoli oleh Hyundai Heavy Industri, Hyundai Mipo dan Hyundai Motor. Boleh juga menyaksikan jambatan ulsan yang tersergam indah. Semasa post ini ditulis, Observation tower masih lagi didalam pembinaan.

10. Ilsan Beach 일산해수욕장
  • Coordinate: 35.496092, 129.430685 (Ilsan-dong, Dong-gu, Ulsan)
  • Bus No: 101, 102, 103, 104, 108, 111, 112, 122, 123, 124, 127, 132, 133, 401, 431
  • Stop Station: ilsan Haesu Yukjang 일산해수욕장

Bersebelahan dengan Daewangam, anda boleh menikmati pemandangan cantik di sepanjang pantai Ilsan. Terdapat banyak coffee shop dan kedai seafood disepanjang pantai.  Pantai Ilsan merupakan tempat perkelahan popular dan dipenuhi orang ramai pada musim panas.




11. Lotte Young Plaza 롯데백화점울산점
  • Coordinate: 35.538671, 129.339284 (1480-1 Samsan-dong, Nam-gu, Ulsan)
  • Bus No: 124, 246, 407, 507, 702, 713, 715, 724, 744
  • Stop Station: Gosok Bus Terminal Ap 고속버스터미널앞

Lotte Young Plaza terletak di SamSanDong. Ia merupakan shopping Mall yang dibahagian atasnya terdapat Ferris Wheel. Anda boleh mencubanya untuk melihat pemandangan bandar Ulsan. Bukan itu sahaja, terdapat juga taman hiburan kanak-kanan berhampiran Ferris Wheel tersebut.





Jika anda pelancong yang melancong ke Korea dan inginkan kelainan daripada trip-trip yang biasa, saya cadangkan untuk melancong ke bandar Ulsan. Sekian sahaja perkongsian saya mengenai bandar Ulsan, Untuk mengetahui bagaimana untuk ke bandar Ulsan dari Bandar Busan atau Bandar Seoul, sila refer ke link ini:

Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang ingin ke bandar Ulsan Korea. Sukohaseyo!

2 comments:

mustaqim zamhuri said...

Insyallah bulan 12 saya KE ulsan

Mohd Saiful Izwan said...

All the best :)

Post a Comment

Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help and encourage people to do self-budget-travelling to South Korea, Japan and other Asian country.