24 January 2016

Melawat Tempat-Tempat Menarik di Busan Menggunakan Bas Busan City Tour

Salam Sejahtera, Anyeonghaseyo.

Post kali ini saya akan kongsikan bagaimana melawat bandar busan menggunakan Busan City Tour Bus. Menggunakan Busan City Tour adalah yang paling mudah untuk bercuti di bandar Busan. Namun begitu, kosnya agak mahal sedikit berbanding kos jika anda menggunakan perkhidmatan Subway.

Beomosa Temple

Kebab kegemaran di Nampodong

Shopping ikan segar dan fresh di Jagalchi Market

Busan City Tour

Tiket Bas Busan City Tour hanya boleh dibeli di Busan Station. Dari Gimhae International Airport terdapat 2 cara untuk ke Busan Station iaitu dengan menggunakan Bas dan juga Subway. Harga tiket 1-day pass Busan City Tour Bus ialah 15,000 KRW bagi dewasa dan 8,000 KRW bagi kanak-kanak. Perkhidmatan ini tidak dibuka pada setiap hari Isnin.


Bas City Tour akan bergerak pada route yang sama dan kekerapan bas adalah setiap 30 minit. Bas akan mula bergerak bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar 6.30 petang di stesen terakhir Busan Station. Berikut ialah route perjalanan bas Busan City Tour.



Jenis bas mengikut Warna:

Line Merah: Bas 2 tingkat, merangkumi 14 stesen
Line Hijau: bas 1 tingkat, merangkumi 3 stesen
Line Biru: Bas 1 tingkat, merangkumi 8 stesen

Dengan bayaran 1 day pass iaitu 15,000 KRW, Kesemua bas ini boleh dinaiki dan stesen pertukaran adalah seperti berikut:
  1. Yonghoman Cruise Terminal: Line Merah ke Line Hijau
  2. Haeundae Beach: Line Merah ke Line Biru
  3. Busan Mueseum Art/BEXCO: Line Merah ke Line Biru
Jom lihat tempat-tempat menarik mengikut station yang boleh di lawati di Bandar Busan. 

Busan City Tour Line Merah

Station 1: Busan Station

Station 2: UN Memorial Cemetry
Tanah perkuburan antara yang terunik di dunia, dan tempat persemadian lebih daripada 2,300 askar PBB terkorban semasa Perang Korea.

Station 3: Busan Museum
Museum mempamerkan sejarah bandar Busan dari zaman prasejarah sehingga zaman Dinasti Chosun (Dewan 1) dan dari zaman penjajahan Jepun sehingga Perang Korea (Dewan 2). Jika anda berminat mengetahui tentang sejarah Korea, ini adalah tempat yang sesuai.

Station 4: Yonghoman Terminal (Station pertukaran ke Line Hijau)
Untuk ke Oryudo island anda perlu turun di station ini dan bertukar ke line hijau.

Station 5: Gwangalli Beach
Antara salah satu pantai yang popular di Busan. Nikmati permandangan cantik jambatan 2 tingkat Gwangan Bridge dari pantai ini. Gwangan Bridge kelihatan cantik terutamanya pada waktu malam dengan dihiasi lampu warna-warni di sepanjang jambatan Gwangan.

Station 6: ARIPNA

Station 7: Marin City

Station 8: Dongbaek Island
Pemandangan Urban bandar Busan boleh dilihat dari Pulau Dongbaek. Antara best spot yang sering saya kunjungi kerana mengikuti rakan saya yang merupakan seorang Photographer yang mengasah skill denagan menangkap gambar pemandangan indah Busan dari Dongbaek Island.

Station 9: Haeundae Beach (Station pertukaran ke Line Biru)
Pantai paling popular di Busan bagi rakyat Korea dan Antarabangsa. Haeundae beach adalah salah satu tempat yang paling kerap dilawati di Korea sekitar 500,000 ke 600,000 pelancong ketika musim panas berkelah disepanjang pantai ini. Sea Life Busan Aquarium terletak berhampiran Pantai Haeundae. Tiket Busan Aquarium ialah 25,000 KRW bagi dewasa dan 19,000 KRW bagi kanak-kanak.

Station 10: Centum City
Shinsegae Centum telah didaftarkan di dalam Guinness Book of Records sebagai megamall terbesar di dunia. Merupakan syurga dunia bagi wanita untuk aktiviti kegemaran mereka bershopping. Menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi seperti ski ice, pusat latihan driving range, panggung wayang dan Spa. Terdapat juga butik-butik mewah bagi peminat barangan berjenama.

Station 11: Busan Cinema Center
Busan Cinema Center adalah tempat rasmi Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF), satu daripada festival filem yang paling popular di Asia. Di sini anda boleh menonton persembahan mengikut jadual yang ditetapkan. Tiket ialah 7000 KRW.

Station 12: Museum of Art/BEXCO (Station pertukaran ke Line Biru)
BEXCO adalah bangunan khas untuk pusat pameran dan konvensyen antarabangsa berlangsung. Saiz dewan pameran adalah seluas tiga padang bola sepak yang digabungkan. Terdiri daripada dewan pelbagai guna dan dewan pameran luar. BEXCO direka khas sebagai pusat konvensyen dan pameran antarabangsa, mesyuarat , konsert, dan acara sukan. Saya pernah menghadiri konvensyen antarabangsa di sini iaitu konvensyen Marine Industry dan Oil and Gas.

Station 13: Peace Park

Station 14: Gwangbok-Ro
Gukje market popular sebagai tempat shopping bagi pelancong antarabangsa. Antara yang dijual di sini ialah kimchi, kraftangan tradisional, dan barang-barang tempatan. Anda juga boleh mencari barang-barang watak selebriti Korea di Arirang Street. Pekerja di kedai-kedai Arirang Street kebanyakannya mampu bercakap bahasa asing, menjadikannya lebih mudah untuk pelancong antarabangsa untuk membeli-belah di sini.

Busan City Tour Line Biru

Station 1: Haeundae Beach (Station pertukaran ke Line Merah)

Station 2: Dalmaji-Gil Road
Salah satu destinasi yang saya gemari pada hujung minggu. Tempat ini juga sangat popular bagi remaja korea yang sedang bercinta, mereka akan membawa pasangan untuk dating di sini terutamanya pada musim bunga sakura.

Station 3: Songjeong Beach
Sonjeong Beach antara pantai yang popular bagi aktiviti berkelah dan mandi-manda kerana pantainya yang cetek. Aktiviti memancing juga amat popular di sini. Anda boleh menikmati pemandangan perlabuhan yang terdapat berhampiran dengan pantai ini. Songiljeong pavilion popular untuk aktiviti melihat matahari terbit pada setiap tahun baru.

Station 4: Haedong Yonggungsa Temple
Tidak seperti Beomosa Temple yang terletak di atas gunung, Yonggungsa Temple dibina diatas batu-bata bersebelahan laut. 

Station 5: Eastern Busan Tourist Complex

Station 6: Busan National Science Museum
Museum Sains yang besar ini ala-ala Pusat Sains Negara jika di Malaysia. Jika anda berminat dengan bidang Sains, bolehlah melawat museum ini. 

Station 7: Seongjeong Station

Station 8: Busan Museum of Art/BEXCO (Station pertukaran ke Line Merah)

Busan City Tour Line Hijau

Station 1: Yonghoman Terminal (Station pertukaran ke Line Merah)

Station 2: Oryukdo Island
Oryukdo ialah kepulauan batu yang berjumlah 5 pulau kesemuanya. Bergantung pada pasang surut air, kadang-kadang kelihatan pulau yang ke enam jika air terlalu surut. Untuk melihat permandangan menarik di Oryukdo island dengan lebih dekat anda perlu menaiki ferry. Tambang ferry ialah 9,900 KRW bagi dewasa dan 6,600 KRW bagi kanak-kanak. Kekerapan ferry adalah setiap 1 jam.

Trip perjalanan ferry mengambil masa 1 jam 10 minit dan route seperti berikut:

Haeundae Mipo Dock → Dongbaekdo Island → Yacht Race Reserve → Yongho-dong Cliff → Oryukdo Island

Station 3: Hwangryeong Mountain
Merupakan gunung yang disediakan track pejalan kaki hingga ke puncak. Di puncak anda boleh nikmati pemandangan cantik bandar busan. Kawasan ini popular untuk aktiviti riadah dan juga pasangan muda berdating. Jika anda suka aktiviti sihat, dicadangkan untuk pergi ke sini.

Sekian sahaja perkongsian tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dengan menggunakan Busan City Tour bus pada harga 15,000 KRW sahaja. Mudah dan efficient untuk melawat kebanyakan tempat-tempat menarik di bandar Busan.

Tips Berjimat: Jika anda bercadang untuk lebih jimat anda boleh pergi ke sebahagian tempat-tempat ini menggunakan subway. Tiket subway untuk 1 perjalanan ialah 1,450 KRW. Untuk melancong ke bandar Busan menggunakan Subway, sila lihat link ini: Melancong di Busan Menggunakan Subway

Semoga post ini bermanfaat dan membantu anda untuk melancong ke Busan, Korea. Sila kongsikan post ini kepada rakan-rakan lain yang ingin bercuti ke Bandar Busan Korea. Download preview itinerary 4 hari 3 malam melancong ke bandar Busan di bawah ini.

Semoga berjaya dan Sukohaseyo!

7 comments:

wiz said...

As salam, hanya ingin menggunakan terima kasih kerana banyak memberi tips mengenai tempat2 menarik di Korea. Semoga murah rezeki Dan panjang umur. Keep on writing. :)

Mat Drat said...

Assalam, saya plan nak kesana hujung May ni dgn baby kecil. Bus tour ni tak ada restrict umur kanak2 kan.... saya punya coach tour tak benarkan pulak anak bwh 3 tahun.... kena naik bus tour la kot...

Mohd Saiful Izwan said...

@wiz
Terima kasih. Amin...

@Mat Drat
Bus tour boleh xde masalah. Ada reason kenapa dia x benarkan?

Hamizaa Abdul Hamid said...

salam..saya smpai busan hari isnin pagi (1 may)..so tak boleh la guna servis bas city tour ni ye..ruginyee

Mohd Saiful Izwan said...

@Hamizaa Abdul Hamid

Salam. Apa kata guna bus city tour tu pada esok harinya. Lagi bagus kalau start dari awal pagi...

ahmad mohd salleh said...

salam.saya baru je beli tiket kul-seoul;busan-kul pgi ni sebab ada free seat airasia..saya mmg zero knowledge ttg korea.hajatnya nak ke jepun untuk sakura tahun depan tapi disebabkan selalu repeat ke sana, tiba-tiba pagi ni ubah fikiran. maaf, andai soalan saya sangat simple. saya ada di korea lebih kurang 4hari setengah untuk jalan2. agak2 berapa hari sesuai utk ke seoul dan berapa hari ke busan.terima kasih banyak- banyak ye atas perkongsian di atas.

Mohd Saiful Izwan said...

@ahmad mohd salleh
Salam,
Saya cadangkan 2 hari di Seoul dan 2 hari di Busan. Boleh email saya di admin@jimatmelancong.com

Saya boleh advise dengan lebih detail.

Post a Comment