24 January 2016

Melancong Ke Tempat-Tempat Menarik di Busan Korea Dengan Menggunakan Subway


Ketika menetap di Korea, saya meluangkan masa hujung minggu dengan mengeksplorasi tempat-tempat menarik di Bandar Busan dengan menggunakan subway. Post ini akan mengenalkan anda tempat-tempat menarik yang boleh dilawati menggunakan subway di Bandar Busan.
Preview itinerary Busan 4 hari 3 malam

Sebelum itu, itinerary diatas adalah contoh itinerary yang boleh digunakan ketika melancong ke bandar Busan. Itineray ini untuk trip 4 hari 3 malam di Bandar Busan, Korea. Sila klik pada image untuk download preview itinerary.


Bagi pengguna iPhone dan Android, terdapat applikasi handphone Subway Station di Korea. Applikasi ini boleh digunakan di bandar-bandar yang menyediakan kemudahan Subway seperti Busan, Seoul, Daejon, Daegu dan Gwangju. Anda boleh download Apps ini sebelum datang ke Korea.



Subway Line 1 (Berwarna Oren)

1. Nampo Station 남포역


Tempat yang boleh dilawati:
  • GwangBok Fashion Street 광복동패션거리: keluar di Exit 7 atau exit 5(elevator) atau exit 3 atau exit 1
  • Yongdusan Park & Busan Tower 용두산공원: Elevator untuk naik ke Yongdusan Park berada di tengah-tengah GwangBok Fashion Street. 
  • Jagalchi Market 자갈치시장: Berjalan kaki dari Nampo-Dong ke arah selatan (menghala laut). Juga boleh menaiki subway sehingga ke station Jagalchi dan turun di exit 8 atau exit 10. Station Jagalchi terletak 1 station selepas Nampo Station.


Aktiviti kegemaran hujung minggu pada musim winter 
iaitu menikmati Odeng오뎅 dan Tteokbokki떡볶이 di Nampodong ;)

2. Toseong Station 토성역

Gamcheon Cultural Village 감천문화마을:
  • Keluar exit 8 jalan terus kehadapatan sejauh 100 meter.
  • Anda boleh lihat stesen bas di seberang jalan. lihat gambar di bawah untuk kepastian
  • Naik bas bernombor: 2 atau 1-1 atau 2-2 Tambang bas sekitar 1,200 KRW
Menggunakan teksi dari subway Toseong Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 감천문화마을 = Gam Cheon Mun Hwa Ma Eul. Tambang teksi sekitar 3,000 KRW

Station bas untuk ke Gamcheon Cultural Village

Bangunan bertentangan dengan station bas

Kembali  ke station subway:
  • Gunakan bas yang sama yang digunakan untuk ke Gamcheon Cultrural village. Iaitu bas bernombor 2 atau 1-1 atau 2-2.
Menggunakan teksi dari Gamcheon Cultural Village ke subway Toseong Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 토성역 = Toseong Yeok. Tambang teksi sekitar 3,000 KRW.

3. Beomosa Station 범어사역

Beomosa Temple범어사:
  • Keluar exit 5 atau 7. Keluar sahaja dari tangga terus jalan ke arah belakang sehingga jumpa lorong kecil. 
  • Jalan terus sepanjang lorong kecil sekitar 150 meter sehingga stesen bas Samsin 삼신교통 di sebelah kiri anda.
  • Ambil bas bernombor 90. Harga tiket ialah 1,200 KRW. Masa perjalanan ialah 20 minit ke Beomosa Temple.
  • Bas akan berhenti di hadapan Beomosa Temple.
Menggunakan teksi dari subway Beomosa Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 범어사입구 = Beomosa ibgu. Tambang teksi sekitar 4,000 KRW.

Kembali ke Station Subway:
  • Naik bas di station yang anda turun tadi. Bas yang sama bernombor 90. Tambang bas 1,200 KRW turun di station yang ke-4 (station terakhir).
  • Turun dari bas, jalan kaki ke hadapan mengikut arah laluan bas sehingga anda jumpa roundabout, dan ambil kanan (roundabout pukul-tiga) jalan kehadapan sehingga jumpa station subway. Jumlah perjalanan sejauh 600 meter dan mengambil masa 10 minit.
Menggunakan teksi dari Beomosa Temple ke Beomosa Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 범어사역 = Beomosa Yeok. Tambang teksi sekitar 4,000 KRW.
Sekitar Beomosa Temple ketika musim Autumn

Antara salah satu pintu masuk ke Beomosa Temple


Subway Line 2 (Berwarna Hijau)

1. GyeongSeong University Bukyeong University Station 경성대부경대역

Tempat yang boleh dilawati:

Oryukdo Skywalk 오륙도 스카이워크
  • Keluar di Exit 2 dan jalan terus 100 meter ke hadapan sehingga sampai di bus station
  • Naik bas bernombor 131. Masa perjalanan ialah 25 minit (turun di station yang ke-14) dan tambang bas ialah 1,200 KRW. 
  • Setelah sampai berjalan sejauh 275 meter untuk sampai ke Oryukdo Skywalk
Menggunakan teksi dari Gyeongseong University Bukyeong University Station ke Oryukdo Skywalk. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 오륙도 스카이워크 = Oryukdo Sky Walk. Tambang teksi sekitar 6,500 ke 8,000 KRW.

Kembali ke Station Subway:
  • Untuk kembali ke stesen subway, pergi ke station bus tempat anda turun tadi dan ambil bas nombor 131 atau 27. Turun di station yang ke-12 iaitu di pintu hadapan universiti.
  • Jalan kaki 250 meter untuk ke station subway.
Menggunakan teksi dari Oryukdo Skywalk ke Subway GyeongSeong University. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 경성대부경대역 = Kyung Sung Dae Pukyong Dae Yeok. Tambang teksi sekitar 6,500 ke 8,000 KRW.

Igidae Park 이기대 도시자연공원
  • Untuk ke Igidae Park agak jauh berjalan dari station bas ke pintu masuk. Saya cadangkan untuk menggunakan teksi untuk ke sini.
  • Tunjuk kepada pemandu teksi 이기대 도시자연공원 = Igidae Dosi Jayeon Gong Won. Tambang teksi sekitar 4,500 ke 5,000 KRW.
  • Untuk kembali ke station subway Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 경성대부경대역 = Kyung Sung Dae Pukyong Dae Yeok


Selfie yang berbackground Gwangan Bridge di Gwanganli Beach

2. Gwangan Station 광안역

Gwanganli Beach 광안리해수욕장
  • Keluar Exit 5. Jalan menghala ke Pantai sejauh 800 meter. Saya cadangkan untuk menaiki teksi ke pantai kerana jaraknya agak jauh. Tambang sekitar 3,000 KRW.

Bersantai bersama keluarga di Dongbaek Park pada musim summer


3. Dongbaek Station 동백역

Dongbaek Park 동백공원 dan Nurimaru Apec House 누리마루 APEC 하우스
  • Keluar di Exit 1 atau Exit 3. 
  • Ambil teksi ke Dongbaek Park kerana ia terletak 1 Km dari subway station. Tunjuk kepada pemandu teksi 동백공원 = Dong Baek Gong Won. Tambang teksi cuma 2,800 KRW.
  • Nurimaru Apec House terletak bersebelahan dengan Dongbaek Park.
  • Untuk kembali ke subway station. Tunjuk kepada pemandu teksi 동백역= Dong Baek Yeok.


Gambar yang sempat diambil ketika menghadiri seminar di sebuah hotel di Haeundae :)

4. Haeundae Station 해운대역

Haeundae Beach 해운대해수육장 dan Busan Aquarium 부산아쿠아리움
  • Keluar di Exit 5 atau Exit 3. Jalan terus kehadapan sehingga sampai ke pantai. Anda akan sampai di Haeundae Beach.
  • Busan Aquarium terletak di kawasan berhampiran sahaja.
5. Seomyeon Station 서면역

Seomyeon First Street 서면1번가
  • Jika anda menggunakan Subway Line 1 keluar di Exit 3, dan jika menggunakan subway Line 2 keluar di exit 5.
  • Jalan kehadapan sekitar 350 meter dan anda telah sampai ke Seomyeon Art Street.

6. Centum City Station 센텀시티역

Shinsegae Centum City 신세계 센텀시티
  • Keluar di Exit 10 atau Exit 12 dan Shinsegae Centum City bersebelahan sahaja.
Bergambar sebelum menjamu selera di Sikdang 120 식당120 Buffet Restaurant di 
Busan Cinema. Makanan seafood di sini memang terbaik.


31 comments:

Ajwedding said...

hi..
thank you.entry ini sangat membantu..insyallah next monday 21-25 march saya akan bercuti ke busan..bandar ulsan tu mcm menarik..kalau i spent 1 day balik hari sempat tak?

Mohd Saiful Izwan said...

Hi Ajwedding. Saya rasa 1 day pun cukup untuk ke 3 destinasi. Saya cadangkan untuk 1 day trip Daewangam, Tehwagang Grand Park, Whale museum. Transportation by taxi.

Ajwedding said...

ohh tq for reply..sebab tgk taman2 bunga situ cantik & whale museum tu sgt menarik =)

shazleza shahril said...

hotel ape yang bajet dekat busan ye?? yang startegik :)

Mohd Saiful Izwan said...

Untuk bajet, prefer motel atau hostel. Kawasan Sasang, Seomyeon, atau Haeundae. Harga sekitar 25,000KRW ke 60,000KRW

.. said...

entri menarik dan sgt2 mmbantu. saya akan ke busan julai akan datang, jadi ada beberapa pertanyaan
1. kalau buat day trip ke Daewangam, Tehwagang Grand Park, Whale museum, agak2 sempat tak nak balik semula ke busan pada hari yang sama.
2. untuk tiga tempat ni, boleh tak cadangkan susunan lawatan.

Mohd Saiful Izwan said...

Selamat datang ke Ulsan nanti. Kalau untuk daytrip pada pendapat saya Taehwagang Park dan daewangam sahaja yang sempat.

encik buyo said...

Assalamualaikum. Maaf sebab tiba-tiba saya ingin bertanya beberapa soalan. Saya akan bercuti ke Korea dan akan berada di Busan untuk dua hari, dan setakat ini saya hanya menjumpai tempat Gamcheon Culture Village untuk dilawati. Ada sebarang cadangan daripada encik tempat apakah lagi yang boleh saya pergi?

Mohd Saiful Izwan said...

Waalaikumussalam. Saya cadangkan pergi ke busan tower, nampo dong, haeundai beach dan oryukdo skywalk

imperfect soul said...

Assalamualaikum, saya akan ke korea pada bulan Februari 2017. Kami akan menginap di area Samyeon station. Daripada sana, apa cdgn tempat untuk dilawati sbb kami hanya berada di Busan untuk sehari shj. Terima kasih.

Mohd Saiful Izwan said...

Waalaikumussalam,
Samyeon station merupakan tempat pertukaran 2 station utama iaitu line no 1 (line warna oren) dan line no 2 (warna hijau).

Cadangan saya boleh pilih salah satu atau pegi kedua-duanya sekali,

Untuk line oren; station nampodong
Untuk line hijau; station haeundae

syarimas said...

Assalamualaikum..
Info yg menarik dan sgt membantu...terima Kasih 😊

amirah bakri said...

hai asslamualaikum , untuk kemudahan internet dan membuat panggilan , sis pakai apa ya simkad kat sana dan cara nak dapatkan di mana ya ??

Mohd Saiful Izwan said...

Waalaikumussalam,

Boleh sewa mini pocket wifi atau simkad internet. Dapatkan di Kaunter di pintu keluar balai ketibaan Gimhae Airport. Provider Paling murah biasanya LGU+. Kalau nak coverage besar sikit boleh guna SK telecom atau olleh

anakomak said...

Nak tanya... tempt mn yg sesuai pegi time winter? Lg satu.. ada specific kdai x nk mkn seafood kt jagalchi market? Yg odengg tu mkn kat mn?

Mohd Saiful Izwan said...

Time winter kalau dari busan paling dekat ialah Ski dekat Yangsan. Dekat jagalchi saya xde specific kedai makan. Selalu saya makan je dimana2 kedai ikan bakar, mentah atau seafood. Yang odeng tu ada banyak dekat street stall nampodong, memang situ banyak jual odeng dan heottok. Kalau x sure yang mana, cuba cari dekat street yamg betul2 depan pintu gerbang jagalchi market (seberang jalan). Area situ ada gerai kebab dan masakan indonesia sekali.

aisyah z said...

Assalam.saya stay di area jung-gu.. dan akan berada 2 hari di busan.mana tempt yg awak blh cadangkan dan saya kurang jelas, yg didalam box menaiki taxi tu adalah alternatif lain@ memang kena ikut.

Mohd Saiful Izwan said...

Salam Aisyah z,

Kalau area junggu dekat dengan nampodong dan jagalchi. Boleh juga pergi gamcheon culture village.

Yg dalam box tu alternatif kalau nak ikut step naik bas tu susah bagi awak. Kalau mudah, boleh naik bas sebab harga tambang pun murah

ramadan mat said...

Assalamualaikum Encik Saiful. Encik kerja di Ulsan ke? Saya kerja di Ulsan tepatnya di Hyundai Heavy Industry.

Mohd Saiful Izwan said...

Salam ramadan.
Ya betul. Saya pun di hhi. Tapi sekarang dah balik. Kalau tanya orang2 Ulsan insyaAllah kenal saya

Pujangga said...

Owh yeke dah balik. Saya di Ulsan Since 2015. In Sha Allah 2018 balik Malaysia. Minggu depan saya plan nak bercuti di Busan selama 3 hari dan seterusnya ke Seoul. Kalau dari Busan ke Seoul, antara naik flight, Bus, atau KTX yang mana lebih baik dan bajet lebih rendah?

Mohd Saiful Izwan said...

Untuk travel malam, guna bas atau mugunghwa. Kalau siang saya prefer ktx

Nor Saera said...

hai.. sy akanke busan 8-12mac 2017 dan stay di angle hotel.. kemana sy patt pergi dulu yg berdekatan? n mana lg seng naik bas or teksi?

Mohd Saiful Izwan said...

@Nor Saera

Boleh tahu angle hotel area mana? Berapa orang yg akan pergi?

Nur Syuhada Zakariah said...

assalamualaikum,

saya nak tanya..kalo 1 day trip to busan, boleh cover what place? any suggestion? kite org will take KTX from seoul station to busan 1st train..and balik ke seoul probably malam. saya dan adik perempuan saya akan ke sana on april 2017

Mohd Saiful Izwan said...

Kalau 1 hari tempat yg dekat2 bleh cover,

1. Busan tower
2. Nampodong & jagalchi
3. Gamcheon cultural village

Atau ...

1. Haeundae beach
2. Dongbaek island
3. Shinsegae

Atau...

Cover 1 tempat je Kalau nak tengok bunga sakura kat jinhae

Nailah Farafisyah said...

asalamualaikum
nk tnya...
klu area k motel busan...ada tk cdgn tmpt2 yg terdekat n senang untuk dilawati?

Idris Kechek said...

assalam.. saya nak tnye.. saya pergi 4 hari ke busan dan seoul tidak termasuk tiket flight dan hotel..berapa modal nk tukar ngn duit sane dengan currency skg neh yg jimat sb saya dalam bajet rendah

Mohd Saiful Izwan said...

@Nailah,
Area K motel dekat dengan area nampodong, busan tower, jagalchi, gamcheon culture village

@Idris
Boleh email saya itinerary? Saya boleh estimate budget

sharimah yahya said...

Boleh saya tahu, di Busan, dimana boleh dapatkan tmoney sebaik sahaja turun di airport?

Mohd Saiful Izwan said...

Di balai ketibaan dalam airport ade kedai serbaneka. Boleh beli di situ

Post a Comment

Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help people in budget travelling to South Korea, Japan and other Asian Country with some of his experience.