Tips penginapan bawah RM 200 dapat rumah besar dengan bajet ciput

Saya nak share bagaimana nak dapatkan kos penginapan bawah RM 200 untuk bercuti. Percaya tak dengan kos bawah RM 200 anda boleh tempah penginapan yang boleh memuatkan  8 ke 10 orang ahli keluarga anda? Lihat apa yang saya maksudkan di bawah ini.


Katakan anda nak bawa keluarga anda yang ramai pergi bercuti dan perlukan penginapan untuk mereka.  Kalau nak booking hotel untuk 8 orang, perlukan 4 bilik. Kosnya mahal. Jadi untuk menjimatkan kos, penyelesaiannya adalah Airbnb.

Bagi yang pertama kali daftar dengan Airbnb, anda akan diberi kupon kredit sebanyak RM 120 secara percuma. Kupon kredit ini boleh digunakan untuk menempah penginapan pertama anda dengan syarat nilai tempahan mesti melebihi RM 290.

Pengiraannya begini, RM 290 - RM 120 = RM 170 

Biasanya untuk kadar harga RM 170 anda akan dapat rumah kecil sahaja seperti studio. Tetapi dengan kupon kredit Airbnb tadi anda boleh dapat rumah yang lebih besar untuk ahli keluarga anda yang ramai. 

Lihat tutorial di bawah ini bagaimana membuat tempahan menggunakan kredit Airbnb.

1. Masukkan lokasi, tarikh, bilangan orang dan cari. Setkan filter harga minimum sebanyak RM 290.


2. Sebagai contoh, Aisaac Guesthouse 3 Bedroom Near i-City.




2. Klik 'Book' untuk membuat tempahan. Anda boleh lihat kredit yang anda ada telah ditolak pada harga tempahan.




Nah! itulah caranya untuk bercuti dengan ahli keluarga anda yang ramai. Tapi boleh guna sekali je tau. Apa nak risau, kan ahli keluarga anda ramai? Kalau sorang ada satu akaun, boleh gilir-gilir. Selesai. Selamat mencuba.

Oh ya, jika anda ingin makan angin di Shah Alam, boleh menetap di Aisaac Guesthouse Kondominium 3 bilik yang mempunyai pelbagai fasiliti untuk keselesaan seisi keluarga anda. 

0 comments:

Post a comment