3 Premium Outlet Yang Korang Mesti Pergi Shopping di Busan Korea Selatan

Jika melancong ke Korea Selatan, jangan lupa untuk singgah ke salah satu destinasi membeli belah popular yang akan disenaraikan di bawah ini. Ada lebih daripada 100 brand dari seluruh dunia yang terdapat dalam setiap premium outlet ini . Ada masanya, mereka akan membuat sales dengan harga yang sangat murah dan tak masuh akal. Saya pernah membeli seluar Jeans Levis pada harga 10,000 Won sahaja di butik Levis Busan Premium Outlet Jangan.

Berikut adalah 3 premium outlet yang korang boleh pergi jika berpeluang berada di Busan

1. Busan Premium Outlet Jangan

Terletak di 'Jangan' bersebelahan dengan highway Ulsan-Busan. Jika anda memandu, gunakan lebuhraya Haeundae-Ulsan dan keluar di exit 'Jangan' (Sebutannya Jang-An). Bangunan premium outlet Busan ini ada 3 tingkat kesemuanya dan susunan bangunan ala-ala Johor Premium Outlet.

Cara-cara nak ke sini:
Jika anda dari Busan, naik subway, bas atau teksi menggunakan Kad informasi Naracards di bawah ini.



2. Lotte Premium Outlet Dong Busan

Shopping mall ini baru sahaja dibuka pada tahun 2015 dan terletak di timur Busan, dan sebab itu namanya 'Dong-Busan' yang bermaksud Timur Busan. Jika anda memandu menggunakan lebuhraya Ulsan-Haeundae, keluar di exit 'Dong Busan'. Premium outlet dongbusan ini ada 2 tingkat. Susunannya ala-ala Mitsui Premium Outlet di KLIA.

Terdapat juga Museum Teddy bear dan observatory area untuk melihat pemandangan persekitaran. Oh ya, Premium Outlet ini terletak berhampiran dengan Yonggungsa Temple dan Haeundae beach. Bolehlah singgah ke sini alang-alang anda dah sampai Yonggungsa Temple.

Cara-cara nak ke sini:
Jika anda dari Busan, naik subway, bas atau teksi menggunakan Kad informasi Naracards dibawah ini.



3. Gimhae Premium Outlet Busan

Terletak di Gimhae, Lotte Premium Outlet Gimhae merupakan shopping mall yang paling dekat dengan Busan Gimhae International Airport. Walaupun terletak agak jauh dari tempat tinggal kami, tapi premium outlet ini besar dan terdapat banyak pilihan.

Cara-cara nak ke sini:

  • Gunakan LRT dari Gimhae Airport dan berhenti di station "BUWON". 
  • Kemudian keluar di exit 2 dan tunggu bas nombor 3-1 dan berhenti di Lotte Premium Outlet (station yang ke 16)

Scan QR code pada setiap kad di atas ini untuk mendapatkan lokasi di Google Maps. Selamat bershoping you allz!

Bertama kali travel ke Korea? Kami syorkan anda menggunakan Naracards Korea Travel information cards bagi memudahkan perjalanan anda di Korea secara sendiri, tanpa menggunakan travel agen. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

0 comments:

Post a Comment