Tips melancong ke korea: Melancong ke Gwangju

Bandar Gwangju merupakan salah satu daripada bandar-bandar terancang di Korea Selatan. Bandar Gwangju terletak bersebelahan dengan bandar Jeonju. Dari Seoul, korang perlu drive sejauh 300 km ke arah Selatan dan dari Busan pula sejauh 270 km ke arah Barat.

Di Bandar Gwangju terdapat kemudahan subway. Hanya satu line subway sahaja dan yang lain masih sedang dibina. Bandar Gwangju boleh diakses menggunakan KTX dari Seoul Station ke Gwangju Seongjeong Station 광주송정.


Trip kami ke Gwangju cuma 1 hari sehaja memandangkan plan kami ke Gwangju sebenarnya mahu membawa anak kecil kami bermain di taman tema 'Gwangju Family Land'. Kami tiba di Gwangju pada lewat petang dan terus ke bandar utama untuk tengok-tengok kawasan dan cari port untuk makan malam. 

Selesai makan kami jalan-jalan kawasan sekitar. Cantik juga bandar Gwangju ni. Tak lama lepas tu kami check in di Prince Motel Gwangju. Hotel kami book menggunakan Agoda. Selesa juga hotel di sini kerana disediakan katil queen dan singgle. Jadi tak lah berhimpit kami tidur malam ni. Korang boleh Klik link ini untuk melihat hotel sekitar Gwangju.

Bilik di Prince Motel

Esoknya awal pagi kami dah checkout dan jalan-jalan lagi di kawasan sekitar. Kemudian kami ke kawasan Jeonnam University 전남대학교 untuk makan tengahari. Kami pilih kawasan universiti kerana kalau ikut logik, kawasan universiti mestilah makanan murah-murah untuk student kan :p

Nakji Deopbap

Chamchi Kimbap


Berikut adalah beberapa tempat yang kami lawati ketika berada di Gwangju, Korea Selatan.

1. Jung Ang Street 중앙로 160 번길

Merupakan shopping street yang besar. Terdapat pelbagai kedai termasuk pakaian, kosmetik dan makanan. Ketika berada di Gwangju kami singgah makan di Yoogane 유가네. Kelihatan ramai Foreigner dan student di bandar Gwangju dan kebanyakan mereka boleh bertutur bahasa inggeris. Subway station terdekat ialah 'Culture Complex' 문화전당역.


2. Asia Culture Centre 국립아시아문화전당

Terletak di Subway station 'Culture Complex' 문화전당역. Merupakan dataran berhadapan bangunan Asia Culture Centre. Terdapat Air pancut berwarna warni dan ramai anak-anak muda bermain skate board di sini.



3. Gwangju Family Land 광주패밀리랜드

Taman tema khas untuk kanak-kanak. Taman tema ini agak lama dan kelihatan old-school. Kebanyakan mesin dan alat-alat di taman ini adalah teknologi zaman 80 an. taman tema ini kelihatan seakan-akan tidak beroperasi dan tidak ramai orang berkunjung ke sini. Ada kawasan yang telah ditutup dan ada pula sedang di ubah suai.

Memandangkan tak ramai orang ke sini, kami sekeluarga enjoy kerana tak perlu beratur panjang dan boleh main mainan banyak kali sampai muntah. Kami beli 1 day pass untuk si kecik pada harga 18,000 KRW. Dalam taman ini terdapat juga Waterpark dan juga Zoo.













4. Masjid Umar Bin Khattab, Gwangju 우마르 빈 카탑 성원

Address: 
284-13, Yangsan-Dong, Buk-Gu, Gwangju 
광주 북구 양산동 284-13
Tel: 062-972-5136

Bukan mudah nak jumpa masjid di negara bukan Islam. Masjid Umar bin Khattab merupakan salah satu masjid utama di Korea. Di sini aktiviti dakwah dijalankan untuk menyebarkan Agama Islam di Gwangju, Korea. Kami di sini singgah untuk melakukan solat jamak dan melawat kawasan sekitar. 

Berhampiran dengan Masjid ada sebuah taman tasik. Tasik ini dipenuhi dengan bunga teratai dan ramai orang korea bersantai di sepanjang tasik ini. 




Itu sahaja yang sempat kami lawat ketika berada di Gwangju. Sebenarnya ada beberapa lagi tempat menarik, cuma kami yang tak banyak masa. Jika korang ke Gwangju dan melawat tempat-tempat menarik selain yang disenaraikan di atas ini, sila kongsikan di ruangan komen di bawah ni ya.

Jika korang baru pertama kali ingin ke Korea, korang boleh dapatkan Naracards travel guide dari Naracards.com. Kad informasi ini membantu melancong ke tempat-tempat menarik di Seoul, Busan dan Jeju tanpa menggunakan travel agen.
Layari www.Naracards.com untuk maklumat lanjut

0 comments:

Post a comment