Tips melancong ke Korea: Bandar Yeosu



Korang pernah dengar mengenai bandar Yeosu? Pada post kali ini kami nak kongsi pengalaman bercuti ke bandar Yeosu Korea Selatan. Bandar Yeosu terletak di sebelah Barat Selatan dan perjalanan dari Busan menggunakan kereta mengambil masa 3 jam. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang di Yeosu yang sempat kami tawan.

1. Yeosu Expo park 여수엑스포공원

Address:
전라남도 여수시 수정동
Sujeong-dong, Yeosu-si, Jeollanam-do
Google Maps: 34.749775, 127.748204
GPS kereta: 061-660-5800 

Apa yang menarik di sini:
  • Taman hiburan kanak-kanak
  • Museum Teddy Bear
  • Observation building
  • Taman bunga
  • Aqua Planet - Akuarium
  • Persembahan musikal instrument











2. Dolsan park 돌산공원

Address:
전라남도 여수시 돌산읍 우두리 산 1
Jeollanam-do, Yeosu-si, Dolsan-eup, uduri san 1
Google Maps: 34.730147, 127.740353

Terletak di atas bukit dan merupakan lokasi strategik menikmati pemandangan bandar Yeosu. Dari sini boleh korang boleh nampak jambatan Dolsan dan jambatan ini dihiasi dengan lampu warna warni pada waktu malam.



3. Yeosu Marine Cable Car 여수해상케이블카

Address:
전라남도 여수시 돌산읍 돌산로 3600-1 
Jeollanam-do, Yeosu-si, Dolsan-eup, Dolsan-ro, 3600-1
Google Maps: 34.730428, 127.741679
GPS kereta: 061-664-7301 

Stesen cable car ini terletak bersebelahan Dolsan park. Cable car boleh dinaiki bermula dari terminal Dolsan Park ke terminal Jasan Park atau sebaliknya. Cable car akan menyeberangi laut sambil membawa korang menikmati pemandangan indah pelabuhan dan kapal-kapal yang ada di sini sambil melintasi jambatan Geobukseon.

Di Jasan Park korang boleh menikmati pemandangan Yeosu Expo park dan pulau Odongdo dari puncak bukit. Untuk cable car terdapat 2 jenis kabin cable car iaitu Standard Cabin berharga KRW 13,000 dan Crystal Cabin KRW 20,000 untuk 2 hala. Crystal Cabin merupakan lantai kabin lutsinar dan lebih thrill dan seram sesuai untuk yang terlebih berani.







Pemandangan Expo Park dari atas bukit Jasan Park

4. Yeosu Marine Park 여수해양공원

Address:
전라남도 여수시 중앙동 246-1
Jeollanam-do, Yeosu-si, Jungang-dong, 246-1
Google Maps: 34.736991, 127.741921
GPS kereta: 061-666-6232 

Di sini merupakan lokasi strategik menikmati pemandangan waktu malam di Yeosu. Taman ini terletak di antara 2 buah jambatan iaitu jambatan Dolsan dan jambatan Geobukseon. Terdapat banyak kedai-kedai kopi di kawasan sekitar dan merupakan port bagi kaki pancing.

Geobukseon Bridge

Dolsan Bridge
Kemeriahan waktu malam di Yeosu Marine Park

5. Odongdo island 오동도

Address:
전라남도 여수시 수정동 산1-11
1-11, Sujeong-dong, Yeosu-si, Jeollanam-do
Google Maps: 34.744557, 127.764034
GPS kereta: 061-659-1819 

Pulau ini terletak bersebelahan dengan Yeosu Expo Park. Pulau ini boleh diakses dengan berjalan kaki dari Yeosu Expo Park. Terdapat perkhidmatan kereta api mini untuk ke pulau ini untuk mereka yang tak larat nak jalan kaki untuk ke pulau.

Pemandangan Pulau Odongdo dari Jasan Park

Pemandangan Pulau Odongdo dari Expo Park

Yeosu dari Busan Menggunakan Bas
  1. Subway station Sasang 사상 (Line no 2, hijau) exit 3 atau 5.
  2. Jalan ke arah Seobu Intercity Bus Terminal 서부시외버스터미널 
  3. Tiket bas ke Yeosu Bus Terminal 여수종합버스터미널

Ada banyak lagi tempat yang korang boleh explore di bandar Yeosu. Tapi disebabkan masa yang singkat, ini sahajalah yang sempat kami pergi. Kalau korang pergi ke tempat-tempat selain yang ada di dalam post ini, jangan lupa untuk berkogsi dengan kami di ruangan komen ya!

Setakat itu sahaja perkongsian kami mengenai bandar Yeosu yang cantik ini. Semoga ia menjadi panduan kepada sesiapa yang inginkan kelainan ketika melancong di Korea.

Jika korang ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, korang boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu korang melancong ke Seoul, Busan dan Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

0 comments:

Post a comment