Tips melancong ke Korea : Yeongdeok Snow Crab Village



Snow Crab atau Daege 대게, Ketam ini popular di Korea terutamanya pada musim sejuk. Pada musim sejuk harga ketam ini akan jadi murah. Yeongdeok Daege Maeul 영덕대게마을 (Yeongdeok Snow Crab Village) merupakan destinasi yang mesti pergi untuk menikmati keenakan masakan ketam snow crab.

Para nelayan yang menangkap ketam snowcrab akan berlabuh di salah satu pelabukan di kampung ini yang dinamakan pelabuhan Gang Gu Hang 강구항. Yeongdeok terletak 150 Km dari Gimhae International Airport, Busan dan 360 Km dari Incheon International Airport, Incheon.

Google Maps Coordinate: 36.360600, 129.382164


Harga Snow crab dan King crab di sini murah berbanding harga di tempat lain. Ketam-ketam hidup akan di letakkan di dalam akuarium di hadapan kedai-kedai. Anda boleh berunding harga terbaik untuk seekor ketam. Biasanya lebih banyak ketam dibeli, lebih murah harganya.

Selepas aktiviti berunding harga selesai ketam akan dihidang dengan masakan yang dikehendaki. Masakan biasa di sini adalah masak steam. Memang betul-betul rasa keenakan dan kemanisan daging 'fresh' ketam snowcrab.

Harga Daege antara 20,000 ke 40,000 KRW seekor dan King Crab (ditangkan di perairan Rusia) 90,000 ke 200,000 KRW seekor. Semakin baik Gred semakin sedap dan manis rasanya, harganya pun boleh tahan. Sebagai menu tambahan anda boleh tambah masakan lain yang berasaskan ketam seperti Ketam Ramyeon 대게라면 atau DaegeTang (sup ketam) 대게탕.




Pemandangan pekampungan Yeongdeok memang cantik dan tenang kerana jauh dari kesibukan bandar. Tempat ini memang sesuai untuk bawa keluarga bercuti. Sambil-sambil ke sini makan ketam, beberapa tempat menarik juga boleh dikunjungi seperti list dibawah. Tapi nak sampai ke sini, paling mudah kene pandu kereta.

1. Yeongdeok Renewable Energy Exibition Museum 영덕신재생에너지전시관

Google Maps Coordinate: 36.422844, 129.419807
Pusat sains mengenai teknologi-teknologi alternatif mesra alam sekitar dan dapat menggantikan sumber minyak dan gas.






2. Marine Environment Museum 영덕해양환경체험관

Google Maps Coordinate: 36.417012, 129.430567
Museum yang mempamerkan teknologi Marin yang digunakan di Korea dan negara luar. Korea terkenal dengan ilmu pengetahuan Marin yang hebat tidak hairan Korea merupakan negara pengeluar kapal dan teknologi kejuruteraan marin terbesar dunia.



3. Yeondeok Haemaji Park 영덕해맞이공원

Google Maps Coordinate: 36.426777, 129.434546
Antara tempar popular dikalangan masyarakat Korea untuk melihat Matahari terbit. Tempat ini dipenuhi orang ramai pada setiap malam tahun baru untuk menyaksikan matahari terbit pada 1 Januari setiap tahun.


4. Deok Cheon Beach 덕천해수욕장

Google Maps Coordinate: 36.567595, 129.422997

Pantai cantik di Yeongdeok. Musim sejuk di tambah lagi dengan angin pantai memang buat badan menggigil. Walaupun pakai baju sejuk!




5. Gangguhang Port 강구항 dan Snowcrab Village 대게마을

Google Maps Coordinate: 36.359129, 129.390046

Tempat menikmati masakan berasaskan Snowcrab. Juga boleh menikmati susasana sepanjang pelabuhan dengan mengunjungi pasar-pasar basah di sini. Kesemua ikan dan hidupan laut segar dijual dengan harga murah.




Itu sahaja perkongsian kami pada post kali ini. Semoga ia menjadi panduan kepada anda yang ingin melancong ke Yeongdeok sekaligus menikmati masakan Snowcrab di sini.

Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas, teksi dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

1 comments:

The Fool said...

Nice tuan...keep on touch

http://tarotthefool.blogspot.com/

Post a comment