Tips Melancong ke Korea, Gyeongju

Gyeongju merupakan bandar yang dipenuhi dengan sejarah Korea Selatan. Bandar ini terletak bersebelahan bandar Ulsan dan Daegu. Jika di Malaysia bandar Gyeongju seperti bandar Melaka.

Bandar Gyeongju dikelilingi gunung-ganang. Ini menyebabkan suhu dan persekitarannya berbeza dengan bandar ulsan walaupun ianya terletak hanya bersebelahan.

Bandar Gyeongju terkenal dengan permandangan cantik ketika musim bunga dan musim luruh. Kemudahan Public transport di sini adalah Bas dan Teksi. Berikut kami kongsikan beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi di Bandar Gyeongju.

1. Bulguksa temple 불국사

Antara kuil Buddha yang tertua di Korea Selatan adalah Bulguksa Temple. Korang boleh mengetahui tentang agama Buddha versi Korea.

Terdapat perkhidmatan jurubahasa dan penterjemah yang menerangkan setiap bahagian kuil ini dalam bahasa inggeris. Harga perkhidmatan jurubahasa cuma 5,000 KRW.








2. Daereungwon Cheonmachong Tomb 대릉원천마총

Museum kecil yang mempamerkan bagaimana raja-raja dahulu dikebumikan. Mereka ditanam bersama harta-harta dan perhiasan mereka. Kubur mereka kelihatan sebuah bukit yang besar setinggi 5 meter.





3. Seokguram Grotto 석굴암

Teknologi zaman pra-sejarah korea mempamerkan kuil yang dibina dengan kejuruteraan yang hebat. Berhala didalamnya diletakkan dalam bilik khas untuk menjaga kelembapan udara supaya struktur utama Seokguram Grotto tidak runtuh.

4. Cheomseongdae Observatory 첨성대

Struktur susunan batu bata yang membentuk sebuah menara. Menara ini digunakan generasi Silla untuk mengkaji dan melihat bintang dan kajian astronomi. Struktur replika Cheomseongdae juga terdapat di Silla Arts and Science Museum.



5. Toy Village 토이빌리지

Taman mini haiwan peliharaan dan eksotik sepertik ikan, ular, biawak, arnab, kura-kura dan banyak lagi. Sesuai untuk kanak-kanak dan peminat binatang ternakan dan eksotik.

Address:
경상북도 경주시 보문로 391
391 Bomun-ro Gyeongju Gyeongsangbukdo
Google maps coordinate: 35.847184, 129.282963
Phone: 054-772-9000






6. Silla Arts and Science Museum 신라역사과학관

Museum yang mempamerkan sejarah Dynasti pemerintahan empayar Silla. Bagaimana mereka merancang dan menguruskan bandar mereka yang boleh dikagumi. Terdapat replika Seokguram Grotto dan Cheomseongdae observatory tower.



7. Gyeongju World Amusement Park 경주월드 어뮤즈먼트

Theme park yang terletak bersebelahan Bomun Lake. Merupakan theme park kedua terbesar di Korea Selatan selepas Everland.

Bersebelahan theme park ini ada taman tema air dan dibuka pada musim panas sahaja.

Harga tiket masuk 37,000 KRW untuk dewasa dan 29,000 KRW untuk kanak-kanak.



Pemandangan Gyeongju World dari Blue Lagoon Hotel, Gyeongju.

8. Beomun lake 보문호

Sebuah tasik besar dan sekelilingnya ada banyak hotel penginapan dan juga padang golf. Pemandangan tasik Bomun cantik musim bunga sakura dan musim luruh.

Bomun Lake ketika musim bunga sakura


9. Gyeongju Birdpark 경주버드파크

Taman burung dan binatang-binatang ternakan. Terdapat juga mini zoo di dalam taman burung ini.

Bersebelahan Gyeongju Birdpark ada taman Botani. Pelawat diberi pengalaman bermain dengan burung-burung di dalam taman ini.





Taman botani bersebelahan Taman Burung Gyeongju




10. Teddy Bear Museum 테디베어박물관

Museum pameran Teddy bear yang dipakaiankan dengan pelbagai pakaian budaya masyarakat korea dan masyarakat asing.








Cara-cara untuk ke bandar Gyeongju dari Gimhae International Airport, Busan

Tambang: 9,000 KRW
Tempoh perjalanan: 2 jam 30 minit



  1. Station bas berhampiran dengan balai ketibaan Gate 3 di bus stop no 1 seperti gambar di atas. 
  2. Berhenti di stesen ke-2, Gyeongju 경주
  3. Apabila tiba di Gyeongju, guna teksi untuk ke hotel atau motel anda.
  4. Untuk kembali semula ke Gimhae International Airport Busan guna bas dari stesen ini juga
Semoga post ini dapat menjadi panduan kepada korang yang ingin bercuti ke bandar Gyeongju Korea. Selamat bercuti ke Gyeongju. 

Jika korang nak travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide.
Panduan ini akan membantu korang melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

0 comments:

Post a Comment