Contest Jimatmelancong - Menangi Percutian 2D 1N dan Hadiah-Hadiah Menarik


Salam Sehtera pembaca blog Jimatmelancong,

Korang dah lama tak pergi melancong dalam negara? Apa kata korang sertai contest di facebook jimatmelancong dan menangi percutian 2 hari 1 malam. Kami nak bagi hadiah kepada 12 pemenang bertuah. Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah :-

  1. Pemenang utama: Percutian 2 hari 1 malam dalam Malaysia bernilai RM 200
  2. Wang tunai RM 50 x 2 pemenang
  3. Hadiah misteri x 9 pemenang
Untuk menyertai Contest klik link ini > CONTEST JIMATMELANCONG.COM 

Hadiah-hadiah ditaja oleh Naracards Travel Guide

Pertama Kali ke Seoul? Ini 7 Aktiviti Yang Wajib Korang Buat

Jika korang berhajat untuk melancong ke Seoul buat pertama kali, berikut kami senaraikan 7 aktiviti yang korang wajib buat jika melancong ke Seoul.

Credit to Travelocity

 1. Jalan Tepi Sungai di Cheonggyecheon 

Cheonggyecheon merupakan taman rekreasi awam sepanjang 10 km yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Seoul yang padat. Korang boleh datang ke sini pada waktu malam dan menyaksikan keindahan taman ini dengan lampu berwarna warni menghiasi sepanjang sungai, terutamanya ketika festival lampu yang diadakan pada setiap tahun (1 hingga 17 November 2019). Scan QR code menggunakan QR scanner untuk maklumat lokasi.





 2. Wefie dengan King Sejong di Gwanghwamun 

Kalau korang ke Seoul, tak sah kalau tak belajar mengenai sejarah King Sejong. Beliau merupakan tokoh hebat dan popular yang mengasaskan tulisan Korea (Hangeul). Di Gwanghwamun terdapat 2 patung besar iaitu King Sejong dan General Yi Sun Sin. Kalau korang ke sana, jangan lupa wefie dengan mereka. Di tingkat bawah patung tersebut ada sebuah museum pameran berkenaan asal-usul tulisan hangeul dan juga replika kapal perang milik General Yi Sun Sin. Untuk dapatkan maklumat lokasi yang tepat, korang refer kad ini atau scan QR code menggunakan QR scanner.


Untuk ke sini, korang boleh menggunakan subway nombor 5 dan berhenti di station Gwanghwamun. Kemudian keluar di Exit 9 dan korang terus jumpa dengan patung ini.

Credit to CNN

 3. Piknik di Tepi Banpo Bridge Rainbow Fountain

Terdapat 27 jambatan untuk menyeberangi Sungai Han di Seoul, namun begitu Jambatan Banpo merupakan jambatan yang paling ikonik. Ini kerana di jambatan Banpo terdapat pertunjukan air pancut berwarna warni dan merupakan jambatan air pancut terpanjang di dunia.


Bagi pasangan yang sedang berbulan madu. Bayangkan korang duduk berdua sambil menyaksikan pertunjukan lampu diiringi musik-musik indah. Alahai Syahdu! Suasana romantik ni korang boleh dapat dengan berkelah di tepi Banpo bridge. Pertunjukan malam bermula dari pukul 7.30 pm ke 9.30 pm (April hingga Oktober). Untuk maklumat lokasi yang tepat korang boleh scan QR code pada kad di atas.




 4. Shopping Souvenir di Namdaemun Market

Standard la kan kalau kita baru balik melancong atau bercuti mesti ada kawan-kawan yang minta ole-ole. Jangan risau, di Seoul korang boleh beli semua souvenir korang di Namdaemun market, termasuklah souvenir paling cliche baju "I Love Korea".

Namdaemun market merupakan pasar tradisional terbesar di Korea. Ada macam-macam di sini. Korang boleh menggunakan skill nego korang kat sini untuk dapatkan harga barang murah. Pastikan korang tahu berapa harga standard kat sini sebelum mula keringkan poket korang.


Untuk ke Namdaemun Market, guna subway line 4 dan berhenti di station Hoehyeon. Kemudian keluar di Exit 5 dan korang dah boleh nampak pasar ini.


Credit to Klook

 5. Kunci Cinta di 'N Seoul Tower' 

N Seoul Tower juga adalah destinasi ikonik di Seoul terutamanya pasangan bercinta. Sama seperti jambatan Pont Neuf di Paris, pasangan bercinta akan ke sini untuk "mengunci cinta" mereka mengguanakn padlock ke pagar dan berharap cinta mereka akan kekal selama-lamanya.

Seoul Tower boleh diakses menggunakan cable car. Dari station cable car (di atas bukit) nak berjalan ke Seoul Tower, korang akan sampai di "Locks of Love". Bagi pasangan yang berkahwin yang dah lama tak buat surprise kat isteri, inilah masanya. Bawa padlock korang sendiri dan kunci padlock tu di depan isteri korang. Pasti korang menang anugerah calon suami paling romantik pada tahun ini(Pst. Make sure isteri korang tak baca post ni)



Dari station Hoehyeon, korang boleh scan QR code pada kad di atas ni dan berjalan ke arah station cable car Seoul Tower menggunakan Google Maps.


Credit to Klook


 6. Kecutkan Perut dengan T-Express di Everland

Rasai pengalaman paling menyeronokkan dengan Roller Coaster T-Ekspress yang berkelajuan maksimum 104 km/h pada sudut 77 darjah. Roller coaster kayu yang terunik di dunia ini akan meninggalkan korang kengangan yang tak dapat dilupakan.


Korang boleh uji keberanian dengan menaiki roller coaster T-Express di Everland. Kecut perut tengok track roller coaster ni. Make sure korang target T-Express dulu bila sampai di Everland. Ramai orang nak cuba roller coaster ni sampai line beraturnya sangatlah panjang. Kalau datang lambat, memang berjam-jam lah nak tunggu giliran.



 7. Acah-acah Berlakon Filem di Nami island

Korang boleh jadi Oppa Korea dengan acah-acah berlakon filem di Pulau Nami, sebuah pulau yang terletak di dalam sungai Han. Pemandangan dan suasana di sini memang cantik, terutamanya pada musim luruh (Autumn, October ke November). Sebab itu lah pulau ni menjadi lokasi pilihan bagi penggambaran filem Korea.

Pulau ni boleh diakses menggunakan Feri atau nak lebih mencabar lagi korang boleh cuba "Nami Island Skyline Zipwire" dengan melintas sungai untuk ke Pulau Nami. Amacam, ada beran?


Ade banyak lagi aktiviti menarik yang boleh korang lakukan di Seoul. Kami cuma kongsikan 7 yang tak patut korang miss sahaja. Diharapkan post ini dapat membantu korang yang ingin bercuti ke Seoul. Jangan lupa untuk komen di bawah ini mengenai aktiviti apa lagi yang korang rasa patut dicuba di Seoul.

Oh ya, kalau korang baru pertama kali nak ke Seoul tanpa guna travel agen, kurang yakin, takut sesat atau tak sempat nak plan itinerary, korang boleh gunakan panduan melancong Naracards Seoul. Ia merupakan koleksi informasi tempat-tempat menarik yang ada di Seoul (seperti gambar kad di atas).

Untuk maklumat lanjut mengenai Naracards sila layari www.Naracards.com


7 Aktiviti yang korang boleh buat bila Busan

"Train to Busan" pada tahun 2016 telah mempopularkan lagi nama Busan sebagai salah satu destinasi pelancongan penting di Korea. Terletak 300 km di sebelah selatan Seoul, perjalanan ke Busan mengambil masa hanya 2 jam 30 minit menaiki KTX dan merupakan bandar ke dua terpenting selepas Seoul.

Kalau korang masih tercari-cari destinasi pelancongan menarik untuk bercuti, Busan merupakan satu idea yang baik. Walaupun namanya hampir sama dengan 'Bosan', tapi percayalah korang takkan Bosan bila berada di Busan. Jom kita lihat 7 aktiviti yang korang boleh buat bila berada di Busan (atau bila korang bosan).

1. Mengopi & Chill out di Haeundae Beach



2. Habiskan duit lebih korang di 
Lotte Premium Outlet East Busan



3. Makan Seafood di Jagalchi Fish Market 
(untuk yang takde Gout)



4. Shopping barang kosmetik di Nampodong



5. Berkelah di Dongbaek island



6. Uji keberanian di Oryukdo Skywalk



7. Photo shoot di Beomosa


Haa amacam? Bukan 7 aktiviti ini je yang korang boleh buat tapi ada baaanyak lagi. Perkongsian ini cuma teaser je supaya korang tak sabar nak ke Busan. Aktiviti-aktiviti lain seperti melihat pertunjukan lampu air di Dadaepo, lihat pemandangan waktu malam dan main mercun di Gwanganli beach,  dan banyak lagi, korang boleh explore sendiri menggunakan Naracards Busan Travel Guide.


Dengan Naracards Busan Travel guide korang boleh pilih je destinasi-destinasi pelancongan yang telah disediakan dan travel secara sendiri, bebas tanpa kekangan dari sesiapa. Sebanyak 35 destinasi menarik di Busan telah disediakan dalam setiap kotak.



Hanya bersaiz kad kredit je, Naracards mudah dibawa ke mana-mana dan digunakan sebagai bantuan untuk sampai ke destinasi. Malah ia mudah digunakan untuk merancang perjalanan sebelum korang berangkat ke Busan.


Jadi tiada alasan untuk korang lepaskan pengalaman menarik bercuti di Busan. Apa lagi, get your flight ticket now, apply cuti dan berangkat ke Busan. Jangan lupa untuk dapatkan Naracards Busan Travel Guide sebagai peneman korang semasa di Busan.
Maklumat lanjut mengenai Naracards Busan, lihat di sini www.Naracards.com
Adakah korang pernah ke Busan dan lakukan mana-mana aktiviti di atas ni? Sharekan gambar korang di ruangan komen untuk kita sama-sama lihat memori korang di Busan :)

Nak Melancong ke Korea? Ini koleksi pengalaman bercuti di 14 Bandar di Korea Selatan

Post pada kali ini kami ingin berkongsi koleksi percutian-percutian kami di Korea bedasarkan pengalaman kami sepanjang tinggal di sana. Korang yang plan nak bercuti ke Korea boleh lah jadikan ini sebagai rujukan dan juga panduan. Diharap dapat membantu korang buat itinerary sebelum bercuti ke Korea yer. Korang hanya KLIK sahaja pada nama bandar di bawah untuk baca lebih lanjut.

(KLIK nama bandar untuk baca lebih lanjut)

1. SEOUL





2. BUSAN





3. ULSAN





4. GYEONGJU





5. DAEGU





6. JINJU





7. TONGYEONG





8. YEOSU





9. BOSEONG





10. JEONJU





11. GWANGJU





12. SEJONG





13. PYEONGCHANG




14. YEONGDEOK



Hmmm..... rindu betul dengan KOREA! 
Ok itu jer yang dapat kami kongsikan. Moga bermanfaat.

SIGN OFF KOREA - Annyeong !

Nak melancong ke Seoul, Busan atau Jeju buat pertama kali? Korang boleh gunakan NARACARDS KOREA TRAVEL GUIDE. Panduan yang membantu korang bercuti ke Korea buat pertama kali secara sendiri tanpa guna travel agen. Sangat mudah digunakan dan menjimatkan masa perancangan itinerary korang. JOM tengok dengan lebih lanjut > www.Naracards.com



Tak cukup duit nak melancong? Ini 4 cara yang boleh merealisasikan impian anda untuk melancong

Di zaman yang sungguh mencabar ini ramai dah mula ada kesedaran nak buat lebih dari satu kerja untuk menambah pendapatan sedia ada. Suri rumah pula tak lupa untuk cari sesuatu yang boleh bantu si suami untuk menambah pendapatan isi rumah. Namun begitu, jika buat banyak kerja memerlukan masa dan tenaga lebih. Kerja tersebut pula perlu dilakukan di luar waktu pekerjaan utama.

Cara ini agak sukar dan memenatkan. Walaupun benar anda berjaya tambah pendapatan, tetapi masa yang sepatutnya anda luangkan bersama keluarga terpaksa dikorbankan. Berbaloi ke? Pastinya tidak! Ini bukan penyelesaian terbaik.

Anda perlu mencari sesuatu yang mudah dilakukan, tak mengambil masa yang lama, tak perlu keluar meninggalkan keluarga dan yang paling penting sekali adalah income PASIF. Pasif bermaksud income yang berterusan walaupun anda buat kerja tersebut pada peringkat awal sahaja.
Kerja apa tu? kerja yang hanya memerlukan internet sahaja. YA internet sahaja! Sesiapa pun boleh buat kerana sekarang ini setiap handphone dah ada kemudahan internet kan? Berikut merupakan beberapa kerja yang anda boleh lakukan sekarang juga untuk menambah pendapatan sedia ada:-

1. Blogging

Anda mempunyai minat atau hobi yang unik? Atau anda pakar dalam sesuatu bidang? Sebagai contoh - blog yang mengajar tentang masakan. Dengan berkongsi ilmu di blog, anda akan mendapat trafik dari golongan yang ingin belajar memasak, terutamanya golongan yang baru mendirikan rumah tangga.

Kemudian letak iklan seperti google ads atau anda boleh ambil upah paid review bagi sesuatu produk apabila pembaca blog atau followers anda semakin ramai. Iklan Google ads merupakan income pasif bagi blog anda dan bayaran akan diperolehi berdasarkan bilangan pembaca yang klik iklan di blog. Semakin ramai pembaca, semakin besar potenai bayaran yang akan diperolehi.

2. Youtube

Buat video mengenai hobi anda. Jika di blog, pendekatan yang diberikan hanya dalam bentuk penulisan dan gambar. Di Youtube anda boleh membuat video untuk menyampaikan mesej yang sukar disampaikan melalui penulisan. Dari video ini anda boleh mengumpul subscriber yang berkaitan dengan hobi anda dengan menggalakkan mereka supaya ‘subscribe’ di Youtube channel anda.

Apabila subscriber atau jumlah view video semakin banyak, anda boleh memasang iklan pada video dan mendapat bayaran dari Youtube sebagai pendapatan sampingan.

Ada seorang rakan kita yang memperoleh pendapatan 5 angka di Youtube dengan hanya berkongsi video apa yang dia masak setiap hari sahaja ! Ini juga merupakan income pasif dan tidak memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk melakukannya.

3. Jual Produk Orang (Dropshipper)

Sudah menjadi trend sekarang ini ramai yang menggunakan platform Lazada dan Shopee untuk berniaga Dropship. Apa yang menarik mengenai bisnes dropship ini adalah anda tidak memerlukan modal, tak perlu cipta produk sendiri dan tak perlu simpan barang.
Anda hanya perlu mencari pembekal sesuatu produk dan hanya mengiklankan produk tersebut di website jualan, kemudian terima bayaran dari pembeli. Dari bayaran yang diterima, buat pembelian pula dari pembekal produk dan produk akan dihantar kepada pelanggan anda secara terus tanpa mendedahkan identiti pembekal barang.

Namun tak semudah yang disangka. Anda perlu luangkan banyak masa untuk mengkaji produk yang mempunyai pasaran tinggi. Dropship juga terdedah kepada persaingan tinggi. Akan berlaku perang harga dan lama-kelamaan untung akan menjadi semakin kecil. Akibatnya anda perlu menjual dengan kuantiti yang banyak untuk mendapat keuntungan yang berbaloi.

Walaubagaimanapun, income dari dropship bukanlah income pasif kerana anda perlu berusaha untuk mencari pembeli produk tersebut setiap hari.

4. Promosi produk orang lain tanpa menjual (Program Affiliate)

Cara ini yang paling mudah, ringkas dan sesuai untuk semua yang baru nak bermula cari pendapatan sampingan. Program Affiliate tidak memerlukan modal, tidak perlu menjual, tidak perlu membina website, tidak perlu mengurus akaun aliran wang, tidak perlu khidmat pelanggan dan berisiko paling rendah.

Bagaimana program Affiliate  berfungsi? Anda cuma perlu mendaftar sebagai Agen Affiliate untuk sesuatu produk. Biasanya pendaftaran program Affiliate adalah percuma. Setelah mendaftar, satu link khas atau Affiliate ID akan dicipta untuk anda.

Anda hanya perlu berkongsi link Affiliate tersebut dengan keluarga, rakan di sosial media atau sesiapa sahaja yang memerlukan produk tersebut. Biasanya anda akan dibayar mengikut persen % dari jumlah jualan yang terhasil.

Dengan link Affiliate, ID anda akan direkodkan dalam cookies komputer orang yang klik link tersebut. Jika berlaku pembelian, secara automatik sistem akan mengesan pembelian tersebut dari ID anda dan komisen akan direkodkan setelah transaksi berjaya. Customer service? Product support? Tak perlu risau kerana pemilik produk yang akan lakukan semua itu.

Bagaimana program Affiliate boleh menjadi income pasif? Apabila link Affiliate tersebut diletakkan di platform yang selalu dikunjungi orang ramai seperti di blog atau Facebook group yang berkaitan dengan produk tersebut.

Sebagai contoh, produk Naracards.com menyediakan program Affiliate bagi produk yang membantu orang ramai melancong ke Korea dan Jepun. Anda boleh meletakkan link Affiliate di Facebook group yang berkaitan dengan Korea seperti group 'Road to Korea' atau sebarang group tips percutian.


Jika anda seorang kaki melancong, anda boleh mengambil kesempatan untuk promosi link Affiliate Naracards setiap kali anda berkongsi pengalaman melancong anda dengan rakan-rakan atau di blog anda sendiri.

Pembaca yang datang setiap hari untuk mendapatkan info melancong di blog anda mempunyai potensi besar untuk klik link Affiliate. Anda boleh menulis artikel tentang tips-tips melancong ke Korea berdasarkan pengalaman sendiri dan cadangkan penggunaan Naracards menggunakan link Affiliate anda di bahagian penutup.

Jika mereka sukakan tips tersebut, pasti mereka akan ‘share’ di facebook mereka dan secara tak langsung link Affiliate anda turut dikongsikan bersama. Jadi, semakin ramai orang share, semakin besar potensi klik link Affiliate anda, semakin besar juga potensi pembelian produk walaupun anda tidak melakukan apa-apa selepas itu.

Anda cuma ‘recommend’ dan bawa mereka ke laman web Naracards menggunakan link Affiliate anda sahaja, yang lain empunya produk yang akan uruskan. 

Jadi, boleh faham mengenai konsep Affiliate? Begitulah sedikit sebanyak mengenai program Affiliate. Program Affiliate sangat sesuai untuk anda yang baru nak cuba cari pendapatan tambahan secara online dan income pasif.

Diharapkan dengan perkongsian ringkas ini dapat membantu anda menjana pendapatan sampingan secara online dan pasif. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Semua yang besar bermula dari usaha yang kecil. Yang penting matlamat utama adalah menambah pendapatan sedia ada tanpa mengabaikan tanggungjawab anda yang lain.

Last sekali, barulah anda pergi melancong dengan income pasif yang anda jana setiap bulan.

Nota: Perkongsian ini dari Naracards, travel independently. Maklumat lanjut mengenai Naracards sila layari www.naracards.com