Tutorial Menggunakan Naracards Jeju Untuk Memandu di Pulau Jeju Korea Selatan



Anda nak tahu tak cara memandu menggunakan Naracards di Pulau Jeju?

Dengan Naracards anda tidak perlu lagi 'search' di Google maps, kerana lokasi telah di programkan ke dalam QR code.

Anda hanya perlu scan sahaja dan terus disambungkan ke Google maps secara automatik. Mudah, scan waktu memandu pun boleh.

Pengangkutan yang paling ideal di Jeju adalah memandu kereta sewa. Ini kerana tidak semua orang mahir menggunakan bas. Tambahan pula masalah bahasa dan sistem bas yang kompleks menyukarkan keadaan terutama yang baru pertama kali ke sini.

Walaubagaimanapun, informasi bas tetap disediakan di setiap Naracards Jeju untuk memudahkan anda yang ingin travel menggunakan bas.


QR Code Scanner

Apps ini wajib dimuat turun terlebih dahulu. Untuk memandu di Jeju, anda perlu scan QR code pada kad informasi. Anda boleh lihat tutorial bagaimana memuat turun Aplikasi QR Scanner yang betul terlebih dahulu sebelum menggunakan Naracards Jeju. Muat turun di sini (klik link ini menggunakan smartphone anda)

Cara-Cara Menggunakan Naracards Jeju.

1. Pemilihan Destinasi

Pilih destinasi yang dirancang dan asingkan mengikut hari. Destinasi boleh dipilih dengan mengasingkan kad-kad mengikut 'Kawasan Destinasi' (lihat gambar di bawah) seperti North, South, East dan sebagainya (Lihat bahagian kanan bawah setiap Naracards)


Kawasan destinasi dapat menjimatkan masa perjalanan dan memudahkan perancangan

2. Scan QR dan Pandu

Buka QR code scanner. Pilih satu destinasi yang ingin dituju. Kemudian Scan QR code pada kad tersebut. Anda akan disambungkan dengan Applikasi Google Maps. Lihat video dibawah bagaimana cara-cara scan QR code menggunakan iPhone. (Note: Sambungan internet diperlukan).

Itu sahaja, mudah kan? harapan kami semoga Naracards Jeju memudahkan percutian anda di Korea. Selamat mencuba!
Jom sertai Cabutan Bertuah Naracards dan menangi hadiah utama tiket penerbangan AirAsia dan wang tunai! Mudah sahaja untuk menang, anda perlu lengkapkan 4 langkah sahaja, Jom sertai, mana tahu anda seorang yang bertuah? Klik Sini

2 comments:

Intan said...

Bestnya jeju...

Mohd Saiful Izwan said...

Memang best 👍

Post a comment