Penerangan Mengenai Kad Pengangkutan Awam T-Money di Korea Selatan


Apa itu T-Money?
T-Money merupakan sejenis kad pembayaran tambah nilai yang popular digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam di Korea. Ianya sama konsep seperti ‘Touch n Go’ di Malaysia. Penggunaan T-Money lebih meluas kerana ia boleh digunakan di stesen subway, bas, teksi, kedai serbaneka, dan banyak lokasi menerima pembayaran menggunakan T-Money.

Kad T-Money

Ketika menetap di Korea, jarang sekali kami membawa wang kerana T-money boleh digunakan di mana-mana termasuklah di kedai runcit, shopping mall dan di restoran-restoran.

sumber: globaldaegu.blogspot.com

Penggunaan T-Money
Anda boleh membeli kad T-Money di mana-mana kedai serbaneka. Sekarang ini terdapat Apps smartphone untuk memuat turun aplikasi T-money. Dengan Aplikasi ini baki kad T-money boleh disemak dengan mudah.

Untuk tambah nilai T-Money, ia boleh dilakukan di kedai-kedai serbaneka dan di kaunter tiket stesen subway. 
Sumber: jejutourism.wordpress.com

Antara kelebihan menggunakan T-Money

1. Diskaun

Dengan T-money, anda akan memperolehi diskaun tambang subway dan juga bas berbanding bayaran tunai biasa. Sebagai contoh, jika bayar tunai untuk tiket subway berharga 1300 Won, dengan T-money cuma 1250 won.

sumber: thearrivalstore.com

2. Memudahkan

Dengan T-money, anda perlu pastikan nilai dalam kad mencukupi sepanjang perjalanan. Anda tidak perlu beratur panjang membeli tiket subway di kaunter atau di mesin automatik. Selain itu jika anda menggunakan teksi tidak perlu menyediakan wang secukupnya. Anda hanya perlu touch T-money sebelum keluar dari teksi. Mudah bukan?

3. Tiada kos pemindahan pengangkutan

Jika perjalanan melibatkan pemindahan dari subway ke bas atau bas ke bas yang lain, anda hanya dikenakan caj tambang sekali sahaja, dengan syarat anda berada di satu lokasi tidak lebih dari 30 minit.

Sebagai contoh, anda dari lokasi A ke lokasi B menaiki bas. Di lokasi B anda cuma luangkan masa selama 15 minit sebelum bergerak ke lokasi C dengan menggunakan bas yang lain. Apabila anda scan T-money ketika menaiki bas ini untuk ke destinasi C anda tidak dikenakan caj kerana masih tidak melebihi 30 minit di lokasi B tadi. Jadi kos pengangkutan anda dari A ke C hanya dekenakan sekali bayaran sahaja.

Anda perlu scan T-money di pintu masuk bas ketika naik dan scan sekali lagi di pintu keluar bas. Jika tidak scan ketika keluar bas, anda tak akan dapat kemudahan seperti yang diterangkan diatas ini.

Itulah serba sedikit penerangan mengenai kad T-Money. Kebaikan sistem T-Money ini jelas menjimatkan kos tambang pengangkutan awam dan memenuhi keperluan rakyat Korea, secara tak langsung pelancong juga terkena tempiasnya.

Anda ingin bercuti ke Korea secara sendiri dengan menggunakan T-Money? Ianya tak mustahil dengan bantuan Naracards Korea Travel Guide. Naracards akan membantu anda melancong secara sendiri ke Korea dengan mudah menggunakan pengangkutan awam. Layari www.naracards.com

1 comments:

Unknown said...

Mcm mana nak dapatkan T-money di malaysia utk diguna pkai di korea?

Post a Comment