Penerangan Mengenai Kad Pengangkutan Awam T-Money di Korea Selatan


Apa itu T-Money?
T-Money merupakan sejenis kad pembayaran tambah nilai yang popular digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam di Korea. Ianya sama konsep seperti ‘Touch n Go’ di Malaysia. Penggunaan T-Money lebih meluas kerana ia boleh digunakan di stesen subway, bas, teksi, kedai serbaneka, dan banyak lokasi menerima pembayaran menggunakan T-Money.

Kad T-Money

Ketika menetap di Korea, jarang sekali kami membawa wang kerana T-money boleh digunakan di mana-mana termasuklah di kedai runcit, shopping mall dan di restoran-restoran.

sumber: globaldaegu.blogspot.com

Penggunaan T-Money
Anda boleh membeli kad T-Money di mana-mana kedai serbaneka. Sekarang ini terdapat Apps smartphone untuk memuat turun aplikasi T-money. Dengan Aplikasi ini baki kad T-money boleh disemak dengan mudah.

Untuk tambah nilai T-Money, ia boleh dilakukan di kedai-kedai serbaneka dan di kaunter tiket stesen subway. 
Sumber: jejutourism.wordpress.com

Antara kelebihan menggunakan T-Money

1. Diskaun

Dengan T-money, anda akan memperolehi diskaun tambang subway dan juga bas berbanding bayaran tunai biasa. Sebagai contoh, jika bayar tunai untuk tiket subway berharga 1300 Won, dengan T-money cuma 1250 won.

sumber: thearrivalstore.com

2. Memudahkan

Dengan T-money, anda perlu pastikan nilai dalam kad mencukupi sepanjang perjalanan. Anda tidak perlu beratur panjang membeli tiket subway di kaunter atau di mesin automatik. Selain itu jika anda menggunakan teksi tidak perlu menyediakan wang secukupnya. Anda hanya perlu touch T-money sebelum keluar dari teksi. Mudah bukan?

3. Tiada kos pemindahan pengangkutan

Jika perjalanan melibatkan pemindahan dari subway ke bas atau bas ke bas yang lain, anda hanya dikenakan caj tambang sekali sahaja, dengan syarat anda berada di satu lokasi tidak lebih dari 30 minit.

Sebagai contoh, anda dari lokasi A ke lokasi B menaiki bas. Di lokasi B anda cuma luangkan masa selama 15 minit sebelum bergerak ke lokasi C dengan menggunakan bas yang lain. Apabila anda scan T-money ketika menaiki bas ini untuk ke destinasi C anda tidak dikenakan caj kerana masih tidak melebihi 30 minit di lokasi B tadi. Jadi kos pengangkutan anda dari A ke C hanya dekenakan sekali bayaran sahaja.

Anda perlu scan T-money di pintu masuk bas ketika naik dan scan sekali lagi di pintu keluar bas. Jika tidak scan ketika keluar bas, anda tak akan dapat kemudahan seperti yang diterangkan diatas ini.

Itulah serba sedikit penerangan mengenai kad T-Money. Kebaikan sistem T-Money ini jelas menjimatkan kos tambang pengangkutan awam dan memenuhi keperluan rakyat Korea, secara tak langsung pelancong juga terkena tempiasnya.

Anda ingin bercuti ke Korea secara sendiri dengan menggunakan T-Money? Ianya tak mustahil dengan bantuan Naracards Korea Travel Guide. Naracards akan membantu anda melancong secara sendiri ke Korea dengan mudah menggunakan pengangkutan awam. Layari www.naracards.com

Itinerary dan Tips Percutian Ke Kota Kinabalu Sabah Bersama Keluarga

Pernah ke Kota Kinabalu sebelum ini? Kalau belum, cancelkan dulu plan nak ke luar negara kerana Kota Kinabalu ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kota Kinabalu terkenal dengan pantai dan pulau yang cantik, pemandangan dan ekspedisi gunung kinabalu serta makanan lautnya yang murah.


Post kali ini kami nak kongsikan mengenai trip percutian kami ke Kota Kinabalu pada hari raya yang lepas. Trip ini disertai oleh ahli keluarga seramai 10 orang dewasa, 8 kanak-kanak dan 2 bayi. Walaupun tempoh sebenar percutian 5 hari tetapi 2 hari telah di gunakan untuk perjalanan pergi dan balik, jadi tempoh masa percutian kami cuma 3 hari sahaja.

  • 1 hari di Kundasang & Ranau
  • 1 hari island hoping
  • 1 hari sekitar Kota Kinabalu
Berikut adalah itinerary percutian kami di Kota Kinabalu.
Pada akhir post ini, anda boleh download itinerary dalam bentuk Pdf file yang kami sediakan untuk memudahkan anda bercuti di Kota Kinabalu. 

1. Desa Dairy Cattle Farm


Destinasi mesti pergi bila di Kundasang. Menawarkan pengalaman melihat pengurusan ladang ternakan lembu. Boleh menikmati produk-produk keluaran Desa Dairy seperti susu segar, aiskrim dan sebagainya. Pemandangan di sini sangat cantik kerana berlatar belakangkan gunung Kinabalu.




2. Poring Hot Spring

Kolam air panas. Terdapat juga mini taman tema air untuk kanak-kanak bermandi manda. Jika nak rasa berendam dalam air panas, jangan lupa ke Poring Hot Spring. Dan jangan lupa bawa baju mandi sekali.


3. Sg Moroli Fish Spa Kampung Luanti

Teringin tak nak bermain-main dengan ikan di dalam sungai? Sg Moroli Fish Spa kampung Luanti menawarkan pengalaman bermanja dengan ikan-ikan jinak di sungai. Anda boleh rasa pengalaman ikan-ikan bermain di kaki anda sambil anda memberi makanan kepada ikan tersebut.


* Waktu kami sampai di sini hujan lebat, atas nasihat pihak pengurusan kami terpaksa batalkan aktiviti ini dan diberi refund. Hmm...takde rezki. Tak dapat nak tunjuk gambar bermain dengan ikan.

4. Sabah Tea


Restoran tempat menjamu selera setelah keletihan yang terletak di atas bukit sambil menikmati pemandangan ladang teh sabah. Terdapat kedai cenderahati. Boleh la beli untuk kawan-kawan apabila pulang nanti.



5. Todak Waterfront


Restoran-restoran seafood banyak terdapat di sekitar Todak Waterfront. Menawarkan pilihan pelbagai makanan laut untuk anda menjamu selera bersama orang tersayang. Orang kata harga seafood di sini murah-murah. Waktu kami pergi ni hari raya Aidilfitri, jadi harga seafood tidaklah semurah yang diperkatakan. Anda boleh pergi selain hari perayaan untuk dapatkan harga yang murah.



6. Jesselton Point


Merupakan Jeti utama boat yang membawa pelancong untuk aktiviti island hoping ke pulau-pulau seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan banyak lagi. Di dalam bangunan Jesselton Point ini terdapat banyak syarikat yang menawarkan khidmat boat ke pulau-pulau.





7. Signal Hill Observatory


Lokasi melihat pemandangan sekitar bandar Kota Kinabalu dari atas bukit. Tempatnya kecil sahaja dan kawasan tempat letak kereta sangat limited. Terdapat mini kafe untuk anda bersantai sambil menikmat pemandangan.




8. Aquarium & Marine Museum


Terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah, merupakan pusat pameran dan penyelidikan ikan air masin. Anda berpeluang melihat ikan Kerapu gergasi sebesar diri anda di dalam Akuarium besar bersama haiwan akuatik yang lain.




9. Kota Kinabalu City Mosque


Masjid terapung kerana dikelilingi tasik. Masjid ini sangat cantik dan sangat terkenal dikalangan pelancong asing. Baru-baru ini heboh berkenaan pelancong asing membuat tarian berlatar belakangkan masjid sehingga pihak masjid terpaksa menutup kunjungan kepada rakyat asing. Ketika itu kebetulan kami berada di sana.


Hotel

Kundasang: Dreamworld Resort - Terletak di kaki Gunung Kinabalu
Kota Kinabalu: Borneo Beach Villa, Karambunai (dalam intro video kat bawah)

* Hotel akan diberi review dalam post akan datang

Pengangkutan

Kami menyewa 2 buah Van dan pandu sendiri sepanjang trip. Untuk melancarkan perjalanan di Kota Kinabalu, kami menggunakan itinerary yang dibuat khas untuk memudahkan pemanduan di Kota Kinabalu.


Konsep itinerary ini dari Naracards. Kami hanya perlu klik 'GPS Maps' dan terus disambungkan ke Google Maps atau Waze. Mudah dan menjimatkan masa. Lihat Video di bawah,


Bagi anda yang teringin nak bercuti ke Kota Kinabalu, bolehlah Download itinerary yang telah kami sediakan di bawah ini mengikut jenis Smartphone anda.


Itinerary untuk Apple

Cara-cara menggunakan:-
Untuk memandu, Klik 'GPS Maps'. Pastikan anda download mengikut jenis smartphone. Jika tidak, fungsi GPS Maps akan gagal. 

Ini Apa Aktiviti yang Anda Boleh Lakukan Jika Hari Hujan di Seoul - Plan B

Anda dah Plan itinerary baik punya. Tiba-tiba hari tu hujan pulak? Jangan sedih, Berikut adalah beberapa idea bernas apa yang anda boleh lakukan jika hari hujan di Seoul.

1. Sukan Skrin Legend Heroes Sports

Anda seorang yang minat bersukan? Bayangkan anda bermain besbol, bola keranjang, bola sepak, menunggang kuda, bowling, dan memanah hanya di dalam bilik sahaja? Ia tak mustahil di Legend Heroes Sports!



Legend Hero Sport merupakan taman tema sukan skrin indoor di mana anda boleh merasai pengalaman pelbagai jenis sukan melalui teknologi inovatif menggunakan peralatan sukan sebenar dan skrin sensor. Terdapat di cawangan Gangnam & Myeongdong.

Klik untuk maklumat lanjut, Legend Hero Sport

2. Menonton Cookin’ NANTA Seoul



Berehat dan hiburkan diri anda dengan pertunjukan tanpa suara yang popular di Korea! 🍳 Anda akan berasa kagum dengan bunyi muzik yang dihasilkan menggunakan pelbagai jenis perkakas dapur sahaja.




Untuk maklumat lanjut, klik Cookin’ NANTA Seoul

3. Fantastic M Spy Game

Jom main permainan 'Escape Game' sebagai seorang secret agent! Terletak di Gangnam, Fantastic M merupakan lokasi penggambaran BTS (boyband K-pop)



Fastastic M Spy Game merupakan taman tema indoor untuk mereka yang minat permainan mencabar seperti menyelesaikan misi. Sebagai seorang ejen, anda akan diberikan misi dan melalui 4 tahap berbeza menggunakan peralatan yang disediakan. Gunakan kemahiran anda untuk menyelesaikan misi ini dalam masa yang terhad. Jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang secret agent seperti dalam filem-filem, ini merupakan permainan yang sesuai untuk anda.



Untuk Maklumat lanjut, klik Fantastic M Spy Game

4. Seoul Children Museum


Sumber dari www.Naracards.com

Jika anda bawa bersama anak kecil, luangkan masa bersama mereka di Seoul Children Museum. Taman tema indoor ini menyediakan pelbagai jenis permainan kanak-kanak yang boleh membina IQ dan kemahiran berfikir mereka. 




Anda ada idea-idea lain apa yang boleh dilakukan apabila hari hujan di Seoul? Kongsi dengan kami di ruangan komen ya!

Melancong pertama kali ke Seoul bukanlah satu perkara yang mustahil. Masalah bahasa, tak pasti mana destinasi patut pergi, dan perlukan bantuan sewaktu melancong di Korea? Apa kata anda lihat mengenai Naracards Korea Travel Guide yang akan menyelesaikan semua masalah anda untuk melancong ke Korea. Layari www.Naracards.com

5 Elemen Penting Untuk Jimat Ketika Melancong

Tips kali ini saya ingin berkongsi tips mudah iaitu 5 elemen penting untuk jimat ketika melancong. Jika kebanyakan tips ini anda dah tahu, jadikanlah ia sebagai ulangkaji ya.

image source: cheapair.com
Tiket flight

Sebelum menempah tiket flight, gunakan skyscanner.com untuk mendapatkan tiket flight paling murah. Untuk mendapatkan promosi tertentu, lebih mudah jika subscribe newsletter dari laman web penerbangan seperti Airasia. Apabila ada promosi, mereka akan beritahu anda melalui email.


Penginapan

Sebelum menempah penginapan, bandingkan harga penginapan menggunakan Trivago. Dengan harga trivago tadi, bandingkan pula dengan Airbnb. Buat perbandingan yang mana lebih jimat dari segi harga dan keselesaan.

Satu idea menarik yang boleh anda gunakan ialah ketika tarikh pergi melancong sewakan rumah yang ditinggalkan di Airbnb. Selain dapat duit tambahan, rumah tidak terbiar dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya. Klik Sini untuk iklankan rumah anda di Airbnb.

image source: desertchica.com
Makanan

Nak jimat? Bawa stok makanan dari Malaysia seperti makanan dalam tin dan barang-barang kering yang boleh dimasak ketika bercuti. Elakkan bawa barang basah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Asingkan semua makanan dalam sebuah kotak khas dan declare waktu check in flight.

image source: unruly-things.com

Pakaian

Semak dahulu tarikh melancong ketika musim apa? Semak suhu harian dan bila jangkaan hujan. Jika perlu bawa baju hujan pakai buang untuk emergency. Rancang pakaian yang perlu dibawa dan kuantiti yang sesuai. Jangan bawa terlalu banyak kerana akan menambahkan berat beg dan terpaksa menanggung kos berat luggage nanti.

image source: bargainbabe.com

Tour guide

Dapatkan khidmat Travel Agent yang dipercayai dari syarikat yang berdaftar dan dipercayai. Jika tak mampu atau kurang budget, travel lah secara sendiri. Dapatkan khidmat nasihat yang dipercayai dari group-group facebook seperti 'Road to Korea' atau 'K-ciput'. Ambil sedikit masa untuk rancang itinerary sebelum melancong. Untuk memastikan percutian anda berjalan lancar, ambil masa untuk rancang percutian anda sebaik mungkin.
Jika tiada masa atau terlalu sibuk dengan urusan harian, anda boleh menggunakan alternatif seperti Naracards Travel Guide. Lebih menjimatkan masa dan memudahkan perancangan percutian anda ke Korea. Segala info telah disediakan dalam bentuk business card. Layari www.Naracards.com untuk maklumat lanjut