26 May 2018

7 Destinasi Mesti Pergi Jika Anda Melancong ke Busan, Korea Selatan

Jika anda ingin bercuti ke Busan, jom lihat harga promosi yang ditawarkan oleh Air Asia. Berikut merupakan harga tiket penerbangan 2 hala untuk percutian selama 5 hari ke Busan, Korea.

Tahun
Tarikh
Harga
Tempoh
2018
30 may – 3 jun
RM 684
5 Hari
2018
31 may – 4 jun
RM 684
5 Hari
2018
3 jun – 7 jun
RM 684
5 Hari
2018
4 jun – 8 jun
RM 684
5 Hari
2018
23 jun – 27 jun
RM 684
5 Hari
2018
28 jun – 2 jul
RM 684
5 Hari
2018
5 jul – 9 jul
RM 684
5 Hari
2018
11 jul – 15 jul
RM 684
5 Hari
2018
23 aug – 27 aug
RM 684
5 Hari
2018
30 aug – 3 sep
RM 684
5 Hari
2018
5 sep – 9 sep
RM 684
5 Hari
2018
6 sep – 10 sep
RM 684
5 Hari
Tiket Promosi AirAsia 2018 ke Busan, layari laman web Air Asia

Busan, Korea Selatan merupakan bandar ke-dua terbesar selepas Seoul. Walaupun Busan tidak se-popular Seoul, namun tidak kurang menariknya destinasi pelancongan yang ada di bandar ini. Penerbangan Air Asia menawarkan penerbangan secara terus dari LCCT ke bandar Busan. Jika anda ingin mencuba untuk bercuti ke Busan, berikut merupakan antara 7 destinasi yang mesti pergi ketika berada di Busan.

1. Haeundae Beach

Subway Line No 2, hentian 'Haeundae' station, keluar di exit 5 atau 3
Sumber: www.Naracards.com

Pantai paling popular di Korea terutamanya pada musim panas. Puluhan ribu manusia akan berjemur dan bersantai di sepanjang pantai ini menikmati pemandangan dan suhu pada musim panas. Terdapat juga Busan Aquarium iaitu akuarium besar yang mempameran beribu spesis kehidupan laut (Ala-ala Aquaria di KLCC)

2. Gwangan Beach

Subway Line No 2, hentian 'Gwangan' station, keluar di exit 5 atau 3
Sumber: www.Naracards.com

Sama seperti Haeundae Beach, Gwangan beach menawarkan bonus iaitu pemandangan jambatan dua tingkat Gwangan Bridge. Di cadangkan untuk ke pantai ini pada waktu malam untuk pemandangan yang lebih cantik.

3. Yongdusan Park (Busan Tower) 

Subway Line No 1, hentian 'Nampo' station, keluar di exit 7
Sumber: www.Naracards.com

Busan tower merupakan menara setinggi 120 meter untuk melihat pemandangan sekitar bandar Busan. Terletak di atas bukit dan kawasan yang strategik, anda dapat menyaksikan pemandangan cantik dan menarik dari atas menara ini. Di kawasan sekitar terdapat taman rekreasi Yongdusan Park dan deretan kedai membeli belah Gwangbok Fashion Street.


4. Jagalchi Fish Market


Subway Line No 1, hentian 'Jagalchi' station, keluar di exit 10
Sumber: www.Naracards.com

Terletak hanya bersebelahan dengan Yongdusan Park. Jika teringin untuk mencuba Ketam Snowcrab atau King Crab yang bersaiz besar yang tak pernah dilihat di Malaysia, anda perlu ke sini. Di sini merupakan pasar makanan laut yang terbesar yang mana anda boleh menikmati pelbagai masakan laut di Korea.

5. Gamcheon Cultural Village

Subway Line No 1, hentian 'Toseong' station, keluar di exit 8
Sumber: www.Naracards.com

Perjalanan ke sini agak sukar namun memberi kepuasan luar biasa. Gamcheon cultural village ni sebahagiannya merupakan penempatan orang dan sebahagiannya cuma banguna kosong yang dihiasi seni lukis. Destinasi sesuai untuk penggemar photografi.

6. Oryukdo Skywalk

Subway Line No 2, hentian 'Kyungsung Univ Pukyong Univ' station, keluar di exit 2
Sumber: www.Naracards.com

Ingin cuba keberanian diri, anda boleh ke Oryukda Skywalk. Selaing pemandangan cantik yang ada di sini, anda berpeluang jalan di atas jambatan kaca setinggi 100 meter dari atas laut. Pemandangan laut dan keindahana semulajadi cantik boleh dilihat di sekitar Oryukdo ini. Terdapat Kafe untuk anda menghirup kopi panas sambil menikmati pemandangan cantik di sini.

7. Lotte Premium Outlet East Busan

Train Donghae, hentian 'OSIRIA' station, keluar di exit 1
Sumber: www.Naracards.com

Ingin membeli-belah barangan berjenama? anda boleh pergi ke Lotte Premium Outlet East Busan. Walaupun namanya Premium, tidak semua barangnya mahal. Jika ada promosi khas, anda berpeluang jumpa banyak pakaian dan barangan berjenama yang murah seperti Adidas, Nike, Guess, dan macam-macam lagi. Bangunan ini baru sahaja siap dibina dan berdekatan dengan Yonggungsa temple.
Beomosa

Gwanganli beach

Di bandar Busan ada banyak destinasi menarik yang boleh anda lawati selain 7 destinasi yang disenaraikan diatas ini. Antaranya seperti Yonggungsa, Beomosa, Citizen Park, Dadaepo, Taejongdae, Dongbaek island dan banyak lagi.

Nampodong

Jagalchi fish market

Yongdusan Park
Berikut merupakan contoh itinerary bercuti ke bandar Busan sekiranya anda ingin ke Busan, jadikan ia sebagai panduan dan rujukan.


Bagi yang pertama kali ingin bercuti ke Busan secara sendiri anda boleh menggunakan panduan Naracards Busan Travel Info Cards.  Naracards  Busan merupakan koleksi 30 keping kad destinasi menarik yang ada di sekitar bandar Busan Korea. Apa yang menarik dengan kad ini anda boleh travel secara bebas. Sama ada anda ingin memandu kereta sewa, menaiki teksi atau menggunakan subway di Busan. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Naracards, layari www.Naracards.com.
Naracards Busan Travel Info Cards

11 May 2018

Program Affiliate Naracards.com | Korea Travel Guide Information Cards

Naracards.com telah membuka program referral dengan tawaran sebanyak 35% komisen bagi setiap pembelian yang berjaya melalui link referral anda. Program ini merupakan win-win solution kepada sesiapa yang berminat untuk memperkenalkan Naracards Travel Guide kepada rakan-rakan anda sambil menjana pendapatan secara online.


Jika blog anda mempunyai keywords yang berkaitan dengan Korea seperti Busan, Seoul, Jeju atau anda menulis mengenai apa-apa tips percutian ke Korea tidak kira sama ada hasil dari pengalaman sendiri atau dari bahan bacaan, anda merupakan orang yang sesuai untuk menyertai Program affiliate ini.

Setelah mendaftar sebagai ahli, anda hanya perlu promosi link affiliate menggunakan medium seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Email, Blog dan sebagainya. Berminat?