28 April 2018

Cara-Cara Menjana 'Duit Poket' Ketika Anda Sedang Melancong Dengan Airbnb Homeaway


Sambungan dari post sebelum ini mengenai program referral dari Airbnb yang berpotensi untuk mengurangkan kos penginapan ketika melancong. Kali ini kita akan lihat cara yang kedua pula yang saya gunakan untuk jimat ketika saya pergi melancong. Bagi mereka-mereka yang dah cuba menyertai program referral tapi kurang mendapat sambutan oleh sebab-sebab tertentu anda mungkin boleh cuba guna cara ini pula.

Cara apa tu? Caranya adalah dengan menjadi host di Airbnb.

Katakan anda tinggal di rumah apartment 3 bilik. Salah satu dari bilik di rumah tidak digunakan. Anda boleh cuba untuk menjadi host di Airbnb dengan menawarkan sewaan bilik tersebut kepada Airbnb. Sebagai contoh,

Apa yang perlu anda lakukan ialah mula kemas bilik tersebut dan dapatkan kelengkapan penting seperti katil dan hiaskan secantik yang mungkin. Kemudian anda listkan di Airbnb.

Bagaimana kalau saya tiada ruang atau bilik untuk disewakan?

Ok yang ni juga ada caranya. Katakan pada tahun ini anda plan untuk bercuti ke luar negara selama 10 hari. Sudah pasti rumah anda tiada siapa yang tinggal pada tarikh tersebut bukan? Jadi apa yang boleh anda lakukan adalah sewakan rumah anda ketika anda sedang pergi bercuti!

Berikut adalah cara-cara menjadi Host di Airbnb:-

1. Daftar rumah anda di Airbnb, Klik Sini

2. Isikan maklumat mengenai rumah anda dengan informasi dan gambar-gambar yang menarik (seperti lokasi, kelebihan, akses, fasiliti, swimming pool, dan sebagainya)


3. Tetapkan harga dan tarikh rumah anda boleh disewa (tarikh anda pergi bercuti) dan block semua tarikh selain itu. lihat gambar.


Selamat ke sewakan rumah di Airbnb?

Airbnb mengambil langkah keselamatan yang ketat seperti maklumat kad kredit, gambar dan kad pengenalan/passport mereka yang ingin menyewa rumah anda. Anda juga boleh memilih untuk menetapkan deposit keselematan sebelum penyewa masuk kemudian akan dikembalikan semula jika tiada kerosakan berlaku.

Anda boleh menuntut kerugian jika ada kerosakan yang dilakukan oleh penyewa, dengan syarat anda mengemukakan bukti yang kukuh. Untuk mengetahui lanjut tentang pelindungan rumah anda di Airbnb, sila baca mengenai Host Protection Insurance di sini.

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment