28 April 2018

Cara-Cara Menjana 'Duit Poket' Ketika Anda Sedang Melancong Dengan Airbnb Homeaway


Sambungan dari post sebelum ini mengenai program referral dari Airbnb yang berpotensi untuk mengurangkan kos penginapan ketika melancong. Kali ini kita akan lihat cara yang kedua pula yang saya gunakan untuk jimat ketika saya pergi melancong. Bagi mereka-mereka yang dah cuba menyertai program referral tapi kurang mendapat sambutan oleh sebab-sebab tertentu anda mungkin boleh cuba guna cara ini pula.

Cara apa tu? Caranya adalah dengan menjadi host di Airbnb.

Katakan anda tinggal di rumah apartment 3 bilik. Salah satu dari bilik di rumah tidak digunakan. Anda boleh cuba untuk menjadi host di Airbnb dengan menawarkan sewaan bilik tersebut kepada Airbnb. Sebagai contoh,

Apa yang perlu anda lakukan ialah mula kemas bilik tersebut dan dapatkan kelengkapan penting seperti katil dan hiaskan secantik yang mungkin. Kemudian anda listkan di Airbnb.

Bagaimana kalau saya tiada ruang atau bilik untuk disewakan?

Ok yang ni juga ada caranya. Katakan pada tahun ini anda plan untuk bercuti ke luar negara selama 10 hari. Sudah pasti rumah anda tiada siapa yang tinggal pada tarikh tersebut bukan? Jadi apa yang boleh anda lakukan adalah sewakan rumah anda ketika anda sedang pergi bercuti!

Berikut adalah cara-cara menjadi Host di Airbnb:-

1. Daftar rumah anda di Airbnb, Klik Sini

2. Isikan maklumat mengenai rumah anda dengan informasi dan gambar-gambar yang menarik (seperti lokasi, kelebihan, akses, fasiliti, swimming pool, dan sebagainya)


3. Tetapkan harga dan tarikh rumah anda boleh disewa (tarikh anda pergi bercuti) dan block semua tarikh selain itu. lihat gambar.


Selamat ke sewakan rumah di Airbnb?

Airbnb mengambil langkah keselamatan yang ketat seperti maklumat kad kredit, gambar dan kad pengenalan/passport mereka yang ingin menyewa rumah anda. Anda juga boleh memilih untuk menetapkan deposit keselematan sebelum penyewa masuk kemudian akan dikembalikan semula jika tiada kerosakan berlaku.

Anda boleh menuntut kerugian jika ada kerosakan yang dilakukan oleh penyewa, dengan syarat anda mengemukakan bukti yang kukuh. Untuk mengetahui lanjut tentang pelindungan rumah anda di Airbnb, sila baca mengenai Host Protection Insurance di sini.

Selamat mencuba!

Kami Mencari Blog-Blog Yang Mempunyai Post Berkaitan Korea, Offer Menarik Menanti!

Tawaran Menarik Menanti Anda!

Kami sedang mencari blog-blog yang mempunyai entry yang menggunakan semua atau salah satu perkataan/keyword seperti dibawah:-
  • Korea Selatan
  • Seoul
  • Busan
  • Jeju

Lagi bagus jika entry pengalaman anda sendiri bercuti ke Korea. Jika blog anda mempunyai salah satu keyword dari keyword-keyword diatas ini, sila tinggalkan link di ruangan Komen. Kami akan hubungi anda untuk memberi satu tawaran menarik.

27 April 2018

Tips Jimat : Bagaimana Tempah Penginapan Airbnb Secara Percuma Dengan Program Referral Airbnb


Pernahkah anda terfikir untuk pergi bercuti tanpa perlu bayar kos penginapan? Ianya tak mustahil, kerana saya sedang menikmatinya sekarang. Setiap kali bercuti saya tak perlu membayar kos penginapan. Bagaimana caranya? Saya akan kongsikanya pada post kali ini. Ada 2 cara yang saya lakukan tetapi pada post kali ini saya akan kongsikan salah satu daripada cara tersebut. Ianya dengan menggunakan referal program dari Airbnb.

Apa itu Airbnb? Baca pengenalan Airbnb di sini.

Saya mula aktif menggunakan Airbnb sejak tahun 2015. kali pertama menggunakannya ketika trip saya ke Osaka. saya menetap selama 8 hari di sebuah perkampungan kecil di Ikoma yang terletak diantara Osaka dan Nara. waktu itu saya terus jatuh hati dengan Airbnb.

Menggunakan kredit percuma Airbnb

Kenapa Airbnb cepat popular? sebelum ini kita tak pernah dengar tentang Airbnb tetapi lately Airbnb sudah menjadi pilihan dihati pelancong. Salah satu sebabnya adalah Airbnb menawarkan harga penginapan yang 'below market price'.


Bukan itu sahaja, Airbnb menawan hati sesiapa sahaja dengan menawarkan diskaun kredit sebanyak RM 120 bagi yang pertama kali mendaftar dan juga memberi RM 60 kepada sesiapa yang memperkenalkan Airbnb kepada pengguna baru, melalui program referralnya. Ini merupakan tawaran win-win kepada 4 pihak sekaligus iaitu orang yg pertama kali mendaftar, orang yang memperkenalkan pendaftar baru, tuan rumah dan Airbnb sendiri. Sebagai contoh,
  1. Saya memperkenalkan Airbnb kepada encik Ahmad melalui link referral saya.
  2. Encik ahmad mendaftar akaun baru dengan Airbnb dan dapat kredit sebanyak RM 120. Kemudian digunakannya untuk trip pertamanya. Encik Ahmad telah jimat sebanyak RM 120.
  3. Setelah encik Ahmad selesai bercuti, saya dapat RM 60 komisen dalam bentuk kredit kerana memperkenalkan En Ahmad kepada Airbnb.
  4. Pengguna baru Airbnb bertambah iaitu Encik Ahmad melalui link referral saya
  5. Tuan rumah atau host Airbnb mendapat bayaran sewaan rumah mereka.
Jadi keempat-empat pihak mendapat bahagian yang adil. Tiada sesiapa yang rugi dalam sistem seperti ini. Jika sebulan saya berjaya memperkenalkan 10 orang pendaftar baru, senang-senang dapat RM 600! betul tak? Berikut adalah beberapa rakan kita yang telah mendaftar dibawah link referral saya. (Komisen berubah-berubah kerana saya bermula dari tahun 2015 hingga sekarang)


Tetapi bagaimana cara saya memperkenalkan kepada orang ramai? Masih ingat post saya mengenai Backpack ke Osaka Jepun? Dari post ini saya kongsikan mengenai penginapan saya menggunakan link referal Airbnb saya.  Dari post ini Alhamdulillah saya berjaya memperkenalkan lebih dari 100 orang pengguna baru. Dari komisen inilah saya bercuti tanpa perlu bayar apa-apa mengunakan hanya kredit dari Airbnb. Anda yang sedang baca ini pun boleh kerana saya akan kongsikan cara-caranya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:-
  1. Register akaun dengan Airbnb. Klik sini.
  2. Anda secara Automatik akan dapat RM 120. Terpulang pada anda untuk gunakanya pada bila-bila masa. Apa yang penting ialah promosi link referal anda
  3. Klik gambar profile, kemudian klik pada 'invite friends'.
  4. Share Link referral anda samaada menggunakan email, facebook, instagram dan sebagainya.
Cara yang mudah untuk promosi adalah melalui rakan dan ahli keluarga yang terdekat. Bagi saya, penting untuk anda cuba dan gunakan airbnb terlebih dahulu supaya lebih 'feel' untuk promo kepada orang lain. Apabila anda dah cuba, barulah boleh buat satu review ringkas tentang trip anda dan sambil itu sharekan sekali link referral Airbnb anda. Review anda yang ikhlas akan membuatkan mereka tertarik untuk mencuba dan sekaligus mereka akan register dibawah link referral Airbnb anda.


Oh ya pastikan anda baca dahulu 'Term and Condition' untuk mengelakkan kredit anda dibatalkan pada masa akan datang kerana melanggar syarat-syarat Airbnb. Tunggu apa lagi, mulakan sekarang dan tunggu komisen kredit anda dimasukkn setiap bulan dan gunakannya untuk bercuti. Semoga anda dapat jimat budget melancong anda nanti ya!

Itu satu cara yang saya dah kongsikan. Jika cara ini kurang berjaya boleh cuba cara kedua iaitu Klik di sini.

Semoga berjaya!

Nota kaki: Segala bukti diatas bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, cuma mahu membuktikan bahawa ia benar-benar berlaku dan bukan sekadar tips kosong. 

Tips Jimat Penginapan Dengan Airbnb

Airbnb secara ringkasnya ialah sebuah platform dimana pemilik rumah menawarkan bilik atau keseluruhan rumah mereka untuk disewakan begi tempoh masa yang singkat. Dengan Airbnb, kita deal dengan direct owner dan Airbnb sebagai orang tengah. Apa yang menarik harga penginapan di Airbnb jauh lebih murah dari harga hotel.



Airbnb sesuai digunakan jika bilangan traveler ramai. Contohnya jika travel bersama keluarga seramai 8 orang, saya boleh sewa sebuah apartment 4 bilik di Airbnb berbanding 4 unit bilik di hotel. Fasiliti apartment tersebut seperti swimming pool, gym, sauna dan sebagainya dapat digunakan sama seperti di hotel-hotel.


Saya suka Airbnb kerana rumah yang disewa ada dapur. Di negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal seperti Korea dan Jepun, memasak sendiri merupakan jalan terbaik selain dapat jimatkan kos makanan juga. Jika anda baru pertama kali atau masih belum menggunakan Airbnb, ini adalah peluang baik kerana sekarang Airbnb menawarkan kredit percuma RM 120 untuk pendaftaran pertama. 

Daftar di Airbnb dan dapatkan kupon sebanyak RM 120, Klik Sini
Anda boleh cuba menggunakan Airbnb dengan menempah penginapan di dalam negara terlebih dahulu. Bila dah ada pengalaman, anda akan lebih biasa dan boleh mula menempah penginapan di luar negara pula. Setakat itu sahaja perkongsian saya kali ini. Berikut adalah post yang berkaitan dengan Airbnb untuk panduan anda

Anda ingin bercuti ke Korea secara sendiri tanpa travel agen?
Gunakan Naracards, Klik Sini