Melancong ke Jeju Secara Sendiri Lebih Mudah dengan Naracards Korea Jeju Travel Guide


Ada sesiapa yang plan akan ke Jeju pada tahun ini? Kalau ada baguslah kerana kami dari jimatmelancong ingin membuat sedikit review tentang Naracards Jeju yang telah dilancarkan baru-baru ini. Penting untuk kami terangkan secara jelas supaya anda semua lebih faham apakah tujuan dan fungsi utama diujudkan travel guide ini.


Bagi yang pertama kali dengar tentang Naracards, Basically Naracards ini merupakan panduan melancong secara sendiri ke Korea tanpa menggunakan khidmat travel agen. Naracards Jeju merupakan koleksi 44 destinasi menarik yang ada di sekitar Pulau Jeju Korea. Maklumat terperinci pada setiap kad dijelaskan seperti dalam gambar ini.


Apa yang menariknya dengan kad ini korang boleh travel secara freestyle. Sama ada ingin memandu sendiri, menaiki teksi atau menggunakan bas di Jeju. Sebagai contoh kalau korang nak memandu sendiri, gunakan salah satu destinasi yang korang nak pergi dan scan QR code pada kad tersebut. Korang akan disambung secara terus ke Google maps atau waze dan terus boleh memandu ke destinasi tersebut. Tanpa perlu korang cari dan taip tempat mana yang korang nak pergi, mudah kan?! Lihat video dibawah ini bagaimana menggunakan Naracards Jeju ketika memandu di sana.




Bukan tu sahaja, setiap kad mengandungi penunjuk harga dan kawasan. Kalau korang kekurangan budget, bolehlah pilih kad yang bayaran masuknya percuma sahaja. Kan dah jimat! Kalau korang nak perjalanan lebih lancar, pilih kawasan yang berdekatan dengan menyusun kad-kad destinasi secara bijak. Jadi jimatlah banyak masa dan minyak kereta kan?!



So apa lagi, since Airasia dah sediakan tiket direct dari Kuala Lumpur ke Jeju, korang bolehla cuba tengok-tengok tiket yang murah. Dah dapat tiket, tempah penginapan murah menggunakan Airbnb dan gunakan sahaja Naracards Jeju untuk penunjuk arah korang di Jeju nanti.


Kesimpulannya, jika anda bercadang untuk melancong ke Pulau Jeju menggunakan kereta sewa atau pengangkutan awam, anda boleh cuba Naracards Jeju ini. Tidak perlu risau tentang Google Maps kerana Naracards telah Pin kan setiap lokasi dengan tepat supaya anda tidak sesat ketika di Pulau Jeju nanti. Sila share informasi ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Lihat Mengenai Naracards Jeju

2 comments:

Hans said...

ada rezeki boleh cuba nih

Mohd Saiful Izwan said...

Boleh cuba tuan...

Post a Comment