Tips Affiliate Naracards, Strategi Pemasaran Affiliate

Anda tahu tak apa itu Program atau Pemasaran Affiliate (Affiliate Marketing)?

Affiliate marketing adalah menjana pendapatan dengan berkongsi, mengesyorkan, dan mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat atau orang lain. Dengan erti lain, apabila anda membantu syarikat lain menjana jualan, anda mendapat komisen.

Pada post kali ini saya akan kongsi tips ringkas yang dapat membantu anda memulakan program Affiliate Naracards. Cuba fahamkan dan lakukannya untuk mempromosi link Affiliate Naracards anda. 


Sebelum itu, jika anda masih belum mendaftar Program Affiliate Naracards, sila daftar di www.naracards.com/affiliate.html.

Berikut merupakan 8 tips utama untuk berjaya dalam pemasaran Affiliate.

1. Anda perlu ada platform untuk pemasaran Affiliate

Platform ini maksudnya tempat untuk promosi link Affiliate anda. Platform ada banyak seperti
  • Blog
  • FB page
  • Instagram
  • Twitter
  • Youtube
  • Email 

Dan yang paling terbaru, Whatsapp & Facebook chat. Medium ini digunakan untuk mempromosi link Affiliate sama ada berbentuk content/artikel berguna, gambar atau video yang disertakan sekali dengan link Affiliate anda.

Contoh content blog yang mempromosi link Affiliate: Lihat ini


2. Anda perlu yakin dengan produk yang anda promosi.


Followers anda akan lebih yakin jika anda sendiri pernah menggunakan produk tersebut


Anda perlu gunakan produk tersebut terlebih dahulu sebelum anda mempromosikannya. Cara ini paling terbaik kerana followers tahu yang anda mempromosikan apa yang anda gunakan. Mereka akan lebih percaya kepada produk tersebut kerana ianya berdasarkan pengalaman anda sendiri menggunakannya. Sebagai contoh, anda boleh letakkan gambar menggunakan Naracards semasa di Korea




Berkongsi gambar menggunakan Naracards semasa di Korea akan menambah keyakinan followers


3. Jujur dan terbuka dengan followers anda bahawa anda sedang berkongsi link Affiliate.

Beritahu followers anda bahawa anda berkongsi link Affiliate, dan anda akan mendapat komisen jika mereka membeli dari link tersebut. Sekurang-kurangnya followers tahu bahawa anda seorang yang jujur. Lagipun, mereka tak perlu bayar apa-apa pun kepada anda. Malah mereka berterima kasih sekiranya produk tersebut membantu menyelesaikan masalah mereka.

Anda boleh menggunakan ayat contoh seperti ini,

“Di dalam post ini terdapat link Affiliate dan saya akan mendapat komisen jika anda membeli dari link tersebut"


4. Anggap produk yang dipromosikan itu seolah-olah produk milik anda sendiri.

Buka kotak, tunjukkan bahagian dalamnya (menggunakan gambar atau video). Orang ramai suka melihat dahulu kandungan apa yang mereka akan beli sebelum membelinya. Bersedia untuk menjawab sebarang soalan mereka.

Jika anda yakin dengan produk tersebut dan anda tahu ia dapat membantu followers anda, promosikan produk tersebut seperti produk tersebut milik anda sendiri. Seolah-olah anda penciptanya.







5. Buat ‘Resource Page’ dalam Blog

Resource page merupakan koleksi atau himpunan link yang berguna untuk para pembaca blog anda. Resource Page boleh menjadi halaman yang paling efektif untuk menjana pendapatan pasif dari link Affiliate. Jika link Affiliate anda terdapat dalam content blog mungkin ada pembaca yang terlepas pandang. Dengan adanya Resource Page followers blog akan mudah mencari semula link Affiliate anda.

Contoh resource page: www.jimatmelancong.com/p/resource-page.html


6. Tools yang berguna untuk Link Affiliate

• Bitly: Gunakan bitly.com untuk memendekkan link Affiliate supaya lebih singkat dan kemas. Bitly akan menukarkan link Affiliate anda ke satu link yang lebih pendek dan apabila link ini di klik, ia akan membawa pembaca ke link Affiliate sebenar anda. Jadi link Affiliate lebih mudah untuk di promosikan di media social dan platform lain seperti di twitter.






7. Kreatif dalam pengulangan link Affiliate

Dalam erti kata lain, sentiasa mengulangi promosi link Affiliate anda lebih daripada satu kali (dengan cara yang betul & professional). Sebagai contoh, anda boleh membuat content post di blog tentang pengalaman bercuti ke Korea. Percutian anda menjadi lebih mudah dengan adanya Naracards. Sepanjang pecutian, anda telah menggunakan Naracards dan kongsikan destinasi-destinasi yang anda pergi menggunakan Naracards. Di bahagian akhir post, kongsikan link Affiliate Naracards kepada pembaca blog, supaya mereka mudah untuk bercuti ke Korea [1]

Kemudian, di Instagram pula anda kongsikan gambar-gambar tempat yang dikunjungi di Korea dan letakkan link kepada blog atau link Affiliate [2]

Seterusnya di Youtube pula, buat satu video tentang apa yang terkandung dalam kotak Naracards. Anda juga boleh buat video tutorial bagaimana menggunakan Naracards semasa di Korea. Kemudian di bahagian video description letakkan link Affiliate. [3]

Kaitkan ketiga-tiga post tadi dan kumpulkan link dari semua platform. Update ke dalam Facebook page anda [4]. Pengulangan promosi link Affiliate menggunakan pelbagai medium seperti ini nampak lebih professional.

Cuba bina post lain yang lebih kreatif dan berkaitan. Antara contoh post lain seperti…


  • Tips persediaan ke Korea, 
  • Tips ‘do and donts’ semasa di Korea, 
  • Tips kedai makan di Korea 

dan sebagainya....

8. Tawarkan Bonus

Antara cara terbaik untuk pastikan followers klik dari link Affiliate anda (berbanding dengan pesaing, kerana ramai Affiliate lain yang mempromosikan produk yang sama di platform mereka) adalah dengan menawarkan bonus kepada mereka. Pastikan bonus yang ditawarkan berkaitan dengan produk Affiliate. Sebagai contoh, tawarkan bonus khidmat nasihat melalui Whatsapp kepada pembeli melalui link Affiliate anda.


Perlu diingat, kalau nak join program Affiliate pastikan anda pernah menggunakan produk/servis tersebut produk tersebut dan ia betul-betul membantu followers anda. Fokuskan penyampaian mesej dengan content yang berguna supaya ia nampak professional dan win-win bagi pihak anda dan followers.

Kesimpulannya untuk berjaya dalam promosi Affiliate, anda perlu lakukan dengan cara yang betul dan bersahaja. Semoga tips ini dapat membantu anda mula mempromosi program Affiliate Naracards.

So, macam mana? nak income macam kat bawah ni? Jom mulakan sekarang.




Jika anda masih tidak pasti bagaimana nak mendapatkan link Affiliate, baca tutorial ini.

Setiap bulan, kami akan memberikan hadiah kepada Affiliate yang berjaya membuat jualan terbanyak.

Sukakan tips ini ? Tolong like page FB Naracards atau kongsi post ini dengan menggunakan butang di bawah.

Tips Melancong ke Beijing, Kenapa Beijing?


Salam sejahtera pembaca blog jimatmelancong.com. Post pada kali ini kami nak ajak anda semua bercuti ke Beijing, China. Untuk pengetahuan korang semua, kami sekeluarga baru je pulang bercuti di Beijing. Kami pergi sekeluarga jalan-jalan makan angin tanpa ambil pakej atau khidmat tour agen. Mesti korang tertanya-tanya, kenapa Beijing?

Secara jujurnya kenapa kami pilih Beijing adalah:-

1. Tiket flight murah.

Kami beli tiket penerbangan 1 tahun awal ketika AirAsia membuat promosi dengan kos RM 500 return ticket. Tanpa berfikir panjang kami terus beli tiket tersebut.



2. Travel sendiri

Kami perasan tak ramai yang bercuti ke Beijing secara sendiri. Even waktu sepanjang kami di sana kami tak terserempak langsung dengan orang Malaysia. Mungkin persepsi pelancong terhadap beijing seperti susah, penipuan, masalah toilet, bahasa dan sebagainya membuatkan ramai yang memilih untuk travel dengan pakej. Travel melalui pakej pelancongan lebih mudah dan tak perlu pening kepala. Korang cuma duduk sahaja dalam bas dan ikut ke mana mereka akan bawa. Termasuklah ke kedai-kedai membeli belah yang 'wajib' korang kena pergi.

3. Persepsi

Kami ingin melihat dengan mata kami sendiri bagaimana Beijing sebenarnya dan ingin membuktikan samaada persepsi terhadap Beijing benar atau tidak.



4. Naracards Beijing

Apa yang paling penting, pengalaman kami bercuti seisi keluarga yang akan kami kongsikan dalam blog ini. Tak lupa juga dengan Naracards Beijing yang akan kami keluarkan tidak lama lagi. Kami nak share dengan korang secara PERCUMA. Ya, Naracards Beijing kami akan berikan secara percuma supaya korang semua dapat bercuti ke Beijing dengan mudah, murah dan selamat.

Bagi pengguna Naracards Korea dan Japan sebelum ini, pasti korang dah tahu bagaimana nak guna Naracards Beijing. Konsepnya sama sahaja, cuma kali ini ia diberikan secara Percuma sahaja kerana kami akan kongsikan dalam bentuk pdf yang boleh dimuat turun sahaja dan tidak melibatkan kos printing kad fizikal.


Post ini sebagai pengenalan kepada tips melancong ke Beijing. Baca post seterusnya tentang tips-tips bercuti ke Beijing secara sendiri tanpa menggunakan travel agen di sini >> https://www.jimatmelancong.com/2019/12/melancong-ke-beijing-tanpa-travel-agen-tips-dan-itinerary.html

Jangan lupa like page FB jimatmelancong ya.

3 Premium Outlet Yang Korang Mesti Pergi Shopping di Busan Korea Selatan

Jika melancong ke Korea Selatan, jangan lupa untuk singgah ke salah satu destinasi membeli belah popular yang akan disenaraikan di bawah ini. Ada lebih daripada 100 brand dari seluruh dunia yang terdapat dalam setiap premium outlet ini .

Ada masanya, mereka akan membuat sales dengan harga yang sangat murah dan tak masuk akal. Saya pernah membeli seluar Jeans Levis pada harga 10,000 Won sahaja di butik Levis Busan Premium Outlet Jangan.

Berikut adalah 3 premium outlet yang korang boleh pergi jika berpeluang berada di Busan

1. Busan Premium Outlet Jangan

Terletak di 'Jangan' bersebelahan dengan highway Ulsan-Busan. Jika anda memandu, gunakan lebuhraya Haeundae-Ulsan dan keluar di exit 'Jangan' (Sebutannya Jang-An). Bangunan premium outlet Busan ini ada 3 tingkat kesemuanya dan susunan bangunan ala-ala Johor Premium Outlet.

Cara-cara nak ke sini:
Jika anda dari Busan, naik subway, bas atau teksi menggunakan Kad informasi Naracards di bawah ini.



2. Lotte Premium Outlet Dong Busan

Shopping mall ini baru sahaja dibuka pada tahun 2015 dan terletak di timur Busan, dan sebab itu namanya 'Dong-Busan' yang bermaksud Timur Busan. Jika anda memandu menggunakan lebuhraya Ulsan-Haeundae, keluar di exit 'Dong Busan'. Premium outlet dongbusan ini ada 2 tingkat. Susunannya ala-ala Mitsui Premium Outlet di KLIA.

Terdapat juga Museum Teddy bear dan observatory area untuk melihat pemandangan persekitaran. Oh ya, Premium Outlet ini terletak berhampiran dengan Yonggungsa Temple dan Haeundae beach. Bolehlah singgah ke sini alang-alang anda dah sampai Yonggungsa Temple.

Cara-cara nak ke sini:
Jika anda dari Busan, naik subway, bas atau teksi menggunakan Kad informasi Naracards dibawah ini.



3. Gimhae Premium Outlet Busan

Terletak di Gimhae, Lotte Premium Outlet Gimhae merupakan shopping mall yang paling dekat dengan Busan Gimhae International Airport. Walaupun terletak agak jauh dari tempat tinggal kami, tapi premium outlet ini besar dan terdapat banyak pilihan.

Cara-cara nak ke sini:

  • Gunakan LRT dari Gimhae Airport dan berhenti di station "BUWON". 
  • Kemudian keluar di exit 2 dan tunggu bas nombor 3-1 dan berhenti di Lotte Premium Outlet (station yang ke 16)

Scan QR code pada setiap kad di atas ini untuk mendapatkan lokasi di Google Maps. Selamat bershoping you allz!

Bertama kali travel ke Korea? Kami syorkan anda menggunakan Naracards Korea Travel information cards bagi memudahkan perjalanan anda di Korea secara sendiri, tanpa menggunakan travel agen. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

Tutorial Menggunakan Naracards Jeju Untuk Memandu di Pulau Jeju Korea Selatan



Pada post kali ini kami akan kongsikan cara-cara bagaimana menggunakan Naracards Jeju untuk memandu di Pulau Jeju. Pengangkutan yang paling ideal di Jeju adalah memandu kereta sewa kerana tidak semua orang mahir menggunakan bas. Tambahan pula masalah bahasa dan sistem bas yang agak kompleks. Walaubagaimanapun, informasi bas tetap disediakan dalam Naracards Jeju untuk memudahkan anda yang teringin nak travel menggunakan bas.


QR Code Scanner

Apps ini wajib dimuat turun terlebih dahulu. Untuk memandu di Jeju, anda perlu scan QR code pada kad informasi. Anda boleh lihat tutorial bagaimana memuat turun Aplikasi QR Scanner yang betul terlebih dahulu sebelum menggunakan Naracards Jeju. Muat turun di sini (klik link ini menggunakan smartphone anda)

Cara-Cara Menggunakan Naracards Jeju.

1. Pemilihan Destinasi

Pilih destinasi yang dirancang dan asingkan mengikut hari. Destinasi boleh dipilih dengan mengasingkan kad-kad mengikut 'Kawasan Destinasi' (lihat gambar di bawah) seperti North, South, East dan sebagainya (Lihat bahagian kanan bawah setiap Naracards)


Kawasan destinasi dapat menjimatkan masa perjalanan dan memudahkan perancangan

2. Scan QR dan Pandu

Buka QR code scanner. Pilih satu destinasi yang ingin dituju. Kemudian Scan QR code pada kad tersebut. Anda akan disambungkan dengan Applikasi Google Maps. Lihat video dibawah bagaimana cara-cara scan QR code menggunakan iPhone. (Note: Sambungan internet diperlukan).

Itu sahaja, mudah kan? harapan kami semoga Naracards Jeju memudahkan percutian anda di Korea. Selamat mencuba!

Jom sertai Cabutan Bertuah Naracards dan menangi hadiah utama tiket penerbangan AirAsia dan wang tunai! Mudah sahaja untuk menang, anda perlu lengkapkan 4 langkah sahaja, Jom sertai, mana tahu anda seorang yang bertuah? Klik Sini

Festival yang Korang Boleh Sertai Pada Musim Luruh di Korea Selatan

Anyeonghaseyo, Salam Sejahtera!

Jika korang ada plan untuk ke Korea pada musim luruh ini jangan lepaskan peluang untuk menyertai beberapa festival menarik di Korea. Berikut adalah beberapa festival menarik yang korang boleh sertai.

credit to www.businesswire.com

1. Busan International Film Festival, BIFF

Tarikh: 4 hingga 13 Oktober 2018
Lokasi: Busan Cinema Center, Haeundae BIFF Village, BEXCO

Busan Cinema Theater, 120,
Suyeonggangbyeon-daero, Haeundae-gu, Busan
부산광역시 해운대구 수영강변대로 120 영화의전당

Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) merupakan Festival filem terbesar di Asia. Sangat sesuai jika korang adalah peminat filem. Di sini terdapat panggung wayang yang sangat besar dan akan menayangkan beratus koleksi filem-filem tempatan dan juga antarabangsa sewaktu festival berlangsung. Korang tengok sendirilah waktu bukan festival, bertapa besarnya Cinema Center ni!



2. Pertunjukan Bunga Api  Antarabangsa Seoul (Seoul International Fireworks Festival)

Tarikh: 6 Oktober 2018
Lokasi: Yeouido Hangang Park

330, Yeouidong-ro, Yeongdeungpo-gu, Seoul
서울특별시 영등포구 여의동로 330 여의도 한강공원

credit to wowkorea-supporters.blogspot.com

Festival bunga api Antarabangsa Seoul merupakan acara wajib setiap tahun yang diadakan di sungai Hangang. Festival ini mengumpulkan pelbagai pasukan bunga api professional yang mempersembahkan kreativiti mereka melalui letupan bunga api. Memang beruntung kalau korang dapat saksikan pertunjukan bunga api ni. Bukan setakat bungai api sahaja, ia turut disertai dengan pertunjuan lampu, laser dan persembahan artis Kpop.


3. Festival Tanglung (Seoul Lantern Festival)

Tarikh: 2 hingga 18 November 2018
Lokasi: Sepanjang sungai Cheonggyecheon

Cheonggyecheon Square, 14-1, Seorin-dong, Jongno-gu, Seoul
서울특별시 종로구 서린동 14-1 청계광장



Pelbagai jenis dan corak lampu tanglung  dinyalakan di sepanjang 1.2 km sungai Cheonggyecheon, bermula dari Cheonggyecheon Square hingga ke Jambatan Supyogyo semasa Festival berlangsung.


4. Paju Jangdan Soybean Festival

Tarikh: 23 hingga 25 November 2018
Lokasi: Imjingak Pyeonghwanuri

618-13, Majeong-ri, Munsan-eup, Paju-si, Gyeonggi-do
경기도 파주시 문산읍 마정리 618-13 임진각 평화누리)

credit to www.blog.bnbhero.com

Festival ini sangat sesuai jika korang sukakan makanan Korea yang berasaskan kacang soya. Sepanjang Festival berlangsung, korang bolehlah mencuba pelbagai jenis makanan yang dibuat menggunakan hasil tempatan iaitu kacang soya Paju jangdan. Bukan setakat makanan ada juga program-program seperti membuat meju (kacang soya yang ditapai), membuat garaetteok (kek beras), sukaneka dan banyak lagi.

Oh ya, alang-alang korang dah sampai ke Paju tu, bolehlah singgah di Paju Premium Outlet untuk shoping atau window shopping :)

JOM Sertai Naracards MERDEKA lucky draw dan menangi hadiah-hadiah menarik dari Naracards.com. Ada 7 hadiah untuk pemenang bertuah. Anda cuma perlu buat 4 langkah mudah sahaja untuk layak dipilih sebagai pemenang. Untuk sertai klik: https://goo.gl/q5JGuk

Tips Affiliate Naracards, Tutorial Cara Menggunakan Banner Naracards Untuk Promosi di Blog atau Laman Web

Salam Sejahtera para pembaca blog jimatmelancong.com. Kali ini kami ingin berkongsi tutorial ringkas bagaimana meletakkan banner affiliate Naracards di blog/website anda untuk tujuan promosi. 

Untuk pengetahuan semua, kami sentiasa memudahkan agen-agen kami mempromosi link affiliate mereka supaya bersama-sama mendapat komisen dari hasil jualan Naracards. Dan kami baru sahaja menambah banner promosi baru untuk para affiliate. 

Jika sebelum ini anda telah menggunakan Naracards dan ingin berkongsi pengalaman anda kepada rakan-rakan lain di media sosial atau di blog, anda boleh mendaftar sebagai agen affiliate Naracards. Untuk mendaftar sebagai affiliate bolehlah register sekarang di www.naracards.com/affiliate.html. Komisen jualan Naracards sebanyak 35% untuk setiap pembelian dari link affiliate anda. 

Berikut adalah cara-cara menggunakan banner affiliate Naracards untuk tujuan promosi di blog



2. Klik 'Marketplace'



3. Klik 'Promotional Tools' pada mana-mana set


4. Klik pada tab 'images'. Pilih banner yang disukai 


5. Highlight dan Copy HTML code


6. Buka blog Layout, pilih HTML. 


7. Paste code dan klik 'Save'


8. Semak Layout blog, pastikan banner terpapar di blog anda seperti gambar.


Dengan banner ini tadi apabila seseorang klik pada banner tersebut, ia akan dibawa ke laman web Naracards.com melalui link affiliate anda. Sistem akan mengesan ID affialte anda jika pembelian berjaya dan automatik komisen akan dimasukkan ke akaun anda. Anda akan mendapat notifikasi melalui email jika pembelian berjaya.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Penerangan Mengenai Kad T-Money untuk melancong ke Korea Selatan


Apa itu T-Money?
T-Money merupakan sejenis kad pembayaran tambah nilai yang popular digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam di Korea. Ianya sama konsep seperti ‘Touch n Go’ di Malaysia. Penggunaan T-Money lebih meluas kerana ia boleh digunakan di stesen subway, bas, teksi, kedai serbaneka, dan banyak lokasi menerima pembayaran menggunakan T-Money.

Kad T-Money

Ketika menetap di Korea, jarang sekali kami membawa wang kerana T-money boleh digunakan di mana-mana termasuklah di kedai runcit, shopping mall dan di restoran-restoran.

sumber: globaldaegu.blogspot.com

Penggunaan T-Money
Anda boleh membeli kad T-Money di mana-mana kedai serbaneka. Sekarang ini terdapat Apps smartphone untuk memuat turun aplikasi T-money. Dengan Aplikasi ini baki kad T-money boleh disemak dengan mudah.

Untuk tambah nilai T-Money, ia boleh dilakukan di kedai-kedai serbaneka dan di kaunter tiket stesen subway. 
Sumber: jejutourism.wordpress.com

Antara kelebihan menggunakan T-Money

1. Diskaun

Dengan T-money, anda akan memperolehi diskaun tambang subway dan juga bas berbanding bayaran tunai biasa. Sebagai contoh, jika bayar tunai untuk tiket subway berharga 1300 Won, dengan T-money cuma 1250 won.

sumber: thearrivalstore.com

2. Memudahkan

Dengan T-money, anda perlu pastikan nilai dalam kad mencukupi sepanjang perjalanan. Anda tidak perlu beratur panjang membeli tiket subway di kaunter atau di mesin automatik. Selain itu jika anda menggunakan teksi tidak perlu menyediakan wang secukupnya. Anda hanya perlu touch T-money sebelum keluar dari teksi. Mudah bukan?

3. Tiada kos pemindahan pengangkutan

Jika perjalanan melibatkan pemindahan dari subway ke bas atau bas ke bas yang lain, anda hanya dikenakan caj tambang sekali sahaja, dengan syarat anda berada di satu lokasi tidak lebih dari 30 minit.

Sebagai contoh, anda dari lokasi A ke lokasi B menaiki bas. Di lokasi B anda cuma luangkan masa selama 15 minit sebelum bergerak ke lokasi C dengan menggunakan bas yang lain. Apabila anda scan T-money ketika menaiki bas ini untuk ke destinasi C anda tidak dikenakan caj kerana masih tidak melebihi 30 minit di lokasi B tadi. Jadi kos pengangkutan anda dari A ke C hanya dekenakan sekali bayaran sahaja.

Anda perlu scan T-money di pintu masuk bas ketika naik dan scan sekali lagi di pintu keluar bas. Jika tidak scan ketika keluar bas, anda tak akan dapat kemudahan seperti yang diterangkan diatas ini.

Itulah serba sedikit penerangan mengenai kad T-Money. Kebaikan sistem T-Money ini jelas menjimatkan kos tambang pengangkutan awam dan memenuhi keperluan rakyat Korea, secara tak langsung pelancong juga terkena tempiasnya.

Anda ingin bercuti ke Korea secara sendiri dengan menggunakan T-Money? Ianya tak mustahil dengan bantuan Naracards Korea Travel Guide. Naracards akan membantu anda melancong secara sendiri ke Korea dengan mudah menggunakan pengangkutan awam. Layari www.naracards.com

Itinerary dan Tips Percutian Ke Kota Kinabalu Sabah Bersama Keluarga

Pernah ke Kota Kinabalu sebelum ini? Kalau belum, cancelkan dulu plan nak ke luar negara kerana Kota Kinabalu ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kota Kinabalu terkenal dengan pantai dan pulau yang cantik, pemandangan dan ekspedisi gunung kinabalu serta makanan lautnya yang murah.


Post kali ini kami nak kongsikan mengenai trip percutian kami ke Kota Kinabalu pada hari raya yang lepas. Trip ini disertai oleh ahli keluarga seramai 10 orang dewasa, 8 kanak-kanak dan 2 bayi. Walaupun tempoh sebenar percutian 5 hari tetapi 2 hari telah di gunakan untuk perjalanan pergi dan balik, jadi tempoh masa percutian kami cuma 3 hari sahaja.

  • 1 hari di Kundasang & Ranau
  • 1 hari island hoping
  • 1 hari sekitar Kota Kinabalu
Berikut adalah itinerary percutian kami di Kota Kinabalu.
Pada akhir post ini, anda boleh download itinerary dalam bentuk Pdf file yang kami sediakan untuk memudahkan anda bercuti di Kota Kinabalu. 

1. Desa Dairy Cattle Farm


Destinasi mesti pergi bila di Kundasang. Menawarkan pengalaman melihat pengurusan ladang ternakan lembu. Boleh menikmati produk-produk keluaran Desa Dairy seperti susu segar, aiskrim dan sebagainya. Pemandangan di sini sangat cantik kerana berlatar belakangkan gunung Kinabalu.




2. Poring Hot Spring

Kolam air panas. Terdapat juga mini taman tema air untuk kanak-kanak bermandi manda. Jika nak rasa berendam dalam air panas, jangan lupa ke Poring Hot Spring. Dan jangan lupa bawa baju mandi sekali.


3. Sg Moroli Fish Spa Kampung Luanti

Teringin tak nak bermain-main dengan ikan di dalam sungai? Sg Moroli Fish Spa kampung Luanti menawarkan pengalaman bermanja dengan ikan-ikan jinak di sungai. Anda boleh rasa pengalaman ikan-ikan bermain di kaki anda sambil anda memberi makanan kepada ikan tersebut.


* Waktu kami sampai di sini hujan lebat, atas nasihat pihak pengurusan kami terpaksa batalkan aktiviti ini dan diberi refund. Hmm...takde rezki. Tak dapat nak tunjuk gambar bermain dengan ikan.

4. Sabah Tea


Restoran tempat menjamu selera setelah keletihan yang terletak di atas bukit sambil menikmati pemandangan ladang teh sabah. Terdapat kedai cenderahati. Boleh la beli untuk kawan-kawan apabila pulang nanti.



5. Todak Waterfront


Restoran-restoran seafood banyak terdapat di sekitar Todak Waterfront. Menawarkan pilihan pelbagai makanan laut untuk anda menjamu selera bersama orang tersayang. Orang kata harga seafood di sini murah-murah. Waktu kami pergi ni hari raya Aidilfitri, jadi harga seafood tidaklah semurah yang diperkatakan. Anda boleh pergi selain hari perayaan untuk dapatkan harga yang murah.



6. Jesselton Point


Merupakan Jeti utama boat yang membawa pelancong untuk aktiviti island hoping ke pulau-pulau seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan banyak lagi. Di dalam bangunan Jesselton Point ini terdapat banyak syarikat yang menawarkan khidmat boat ke pulau-pulau.





7. Signal Hill Observatory


Lokasi melihat pemandangan sekitar bandar Kota Kinabalu dari atas bukit. Tempatnya kecil sahaja dan kawasan tempat letak kereta sangat limited. Terdapat mini kafe untuk anda bersantai sambil menikmat pemandangan.




8. Aquarium & Marine Museum


Terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah, merupakan pusat pameran dan penyelidikan ikan air masin. Anda berpeluang melihat ikan Kerapu gergasi sebesar diri anda di dalam Akuarium besar bersama haiwan akuatik yang lain.




9. Kota Kinabalu City Mosque


Masjid terapung kerana dikelilingi tasik. Masjid ini sangat cantik dan sangat terkenal dikalangan pelancong asing. Baru-baru ini heboh berkenaan pelancong asing membuat tarian berlatar belakangkan masjid sehingga pihak masjid terpaksa menutup kunjungan kepada rakyat asing. Ketika itu kebetulan kami berada di sana.


Hotel

Kundasang: Dreamworld Resort - Terletak di kaki Gunung Kinabalu
Kota Kinabalu: Borneo Beach Villa, Karambunai (dalam intro video kat bawah)

* Hotel akan diberi review dalam post akan datang

Pengangkutan

Kami menyewa 2 buah Van dan pandu sendiri sepanjang trip. Untuk melancarkan perjalanan di Kota Kinabalu, kami menggunakan itinerary yang dibuat khas untuk memudahkan pemanduan di Kota Kinabalu.


Konsep itinerary ini dari Naracards. Kami hanya perlu klik 'GPS Maps' dan terus disambungkan ke Google Maps atau Waze. Mudah dan menjimatkan masa. Lihat Video di bawah,


Bagi anda yang teringin nak bercuti ke Kota Kinabalu, bolehlah Download itinerary yang telah kami sediakan di bawah ini mengikut jenis Smartphone anda.


Itinerary untuk Apple

Cara-cara menggunakan:-
Untuk memandu, Klik 'GPS Maps'. Pastikan anda download mengikut jenis smartphone. Jika tidak, fungsi GPS Maps akan gagal.