17 November 2017

Cara-cara Menggunakan Apps Subway bagi pengguna public transport di Seoul Korea

" Tempah penginapan di Airbnb dan dapatkan diskaun RM 105.00 credit jika daftar menggunakan link ini "

Anda nak bercuti ke Seoul secara sendiri atau backpack, antara salah satu Apps penting yang anda perlu ada dan perlu tahu nak guna ialah Apps Subway. Apps ini sangat penting kerana memberikan maklumat mengenai subway jenis apa dan station mana yang perlu anda tahu. Apps ini juga akan memberitahu anda cara yang paling cepat untuk sampai dari station A ke station B. Bukan itu je, harga tambang juga turut diberitahu. Bagi yang belum ada lagi Apps ni, klik link kat bawah ini untuk download Apps subway.

Download Apps

Apple: Klik sini
Android: Klik sini

Bagi pengguna Naracards Seoul Travel guide, sila rujuk kad "Mobile App Download" seperti dibawah dan scan QR code "Subway".


Setelah selesai download Apps tersebut, ikuti tutorial dibawah ini untuk menggunakan Apps ini. 

1. Buka Apps Subway



2. Klik icon setting



3. Pilih bahasa dan bandar


Klik butang update jika perlu


Anda boleh lihat line-line subway yang ada mengikut nombor dan warna. Sekarang saya akan beri satu contoh untuk tutorial ini. Katakan anda sekarang berada di 'Seoul Station' dan anda akan ke 'Seoul Central Mosque' menggunakan subway. Lihat Naracards dibawah;-


Seoul Station ----> Seoul Central Mosque


Dengan berpandukan kad-kad diatas ini, berikut adalah tutorial bagaimana mengguanakan Apps subway yang akan membantu perjalanan anda ketika di Seoul, Korea.

1. Klik butang search


2. Taip "itaewon" dan pilih


3. Klik "Arrives at"


4. Klik butang search sekali lagi


5. Taip "Seoul Station" dan pilih


6. Klik "Departs from"


7. Anda akan dapat lihat cara untuk sampai ke Itaewon dari Seoul Station. Tambang boleh dilihat di bahagian bawah iaitu sebanyak 1,250 won. 

Tekan simbol 'search' jika anda tidak tahu kedudukan station subway tersebut. Jika anda dah tahu di mana kedudukanya, tekan terus di peta tanpa perlu menggunakan butang 'search' lagi.

Lihat pada tab dibahagian atas. Pilih:- 
  • Fastest - untuk perjalanan yang paling cepat
  • Fewest - untuk perjalanan yang paling kurang transfer train



Klik 'Details Info' untuk tahu perjalanan lebih terperinci


Jom kita Recap langkah-langkah tadi dari awal...
  1. Buka Apps 'Subway'
  2. klik icon 'setting', pilih bahasa, bandar, dan unit ukuran
  3. klik icon 'search', taip station yang nak dituju, tekan 'Arrives at'
  4. klik icon 'search', taip station bermula, tekan 'Departs from'
  5. Klik 'Fastest' pada tab di ruang atas screen
Selepas keluar di exit, Apa yang perlu anda lakukan ialah...
  1. Buka Apps QR Scanner.
  2. Scan QR Code
  3. Klik "open in Maps". Klik "direction".
Gunakan google maps tersebut untuk berjalan kaki sehingga ke destinasi.
Bagaimana? mudahkan travel menggunakan subway? Lagi mudah dengan bantuan Naracards Seoul Travel Guide yang akan membantu anda untuk travel secara bersendirian tanpa tour guide di Seoul Korea.


2 comments:

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said...

Bagus sangat panduan ni, mana tahu nanti perlu juga bila nak ke Korea

Mohd Saiful Izwan said...

Semoga membantu ...

Post a Comment