6 November 2017

Part 3: Itinerary Penuh Backpack 8 Hari 7 Malam di 10 Bandar Utama Korea Selatan Beserta dengan Kos Perbelanjaan

Gapyeong terletak bersebelahan dengan bandar Seoul. Tujuan utama kami bermalam di Gapyeong kerana plan pagi ini nak ke Garden of Morning Calm dan sebelah petang pula ke Petite France yang terletak di daerah Gapyeong. Sayangnya di pertengahan jalan, kami terperangkap dalam trafik jem sepanjang hampir 5 km. Jadi kami tukar ke plan B iaitu berpatah balik ke bandar Seoul.

Tema Motel Gapyeong

Destinasi plan B kami di Seoul adalah ke Seoul Children's park. Berpandukan kad dibawah, kami cuma scan QR code dan kami terus dibawa ke destinasi menggunakan Google Maps.


Kad Panduan Naracards Seoul, info lanjut di sini

Children's Grand Park Seoul ni sangat besar. Kami cuma luangkan masa di Children's Museum yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk utama Seoul Children's Grand Park. Bangunan museum ini terdapat beberapa tingkat. Setiap tingkat ada pelbagai permainan kanak-kanak mengikut kategori umur.







Kami luangkan masa di Children Museum sampai petang melayankan si kecil yang leka bermain. Nak pujuk balik punya la susah. Selepas itu kami ronda-ronda di kawasan park dan tengok apa yang ada di taman ini. Memang besar Seoul Children Park ni. Kalau nak pusing semua memang tak sempat, sekurang-kurang setengah hari masa diperlukan untuk habis ronda kawasan ini.


Kemudian kami bertolak pula ke Namdaemun market untuk shopping barang-barang souvenir. Namdaemun market ni memang destinasi mesti pergi kalau kami ke Seoul. Kedai yang kami selalu singgah di sini ialah kedai seorang Pakcik Korea ni yang boleh cakap Bahasa Melayu.


Kad Panduan Naracards Seoul, info lanjut di sini

Di Namdaemun market kelihatan ramai orang Malaysia. Di sini popular dengan barangan murah seperti baju sejuk, keychain, baju souvenir "I love Korea" dan macam-macam lagi. Kami makan tengahari di sebuah restoran seafood berhampiran station subway Hoehyeon.



Dari Namdaemun kami ke Itaewon pula untuk tapau Kebab halal di sana untuk dijadikan bekalan makan malam nanti. Hari pun dah mula gelap, kami pun bertolak ke Banpo Bridge untuk melihat pertunjukan air pancut pada waktu malam di sepanjang jambatan tersebut.


Kad Panduan Naracards Seoul, info lanjut di sini

Sebelum ini, beberapa kali kami ke Seoul tapi tak sempat menyaksikan pertunjukan air Banpo Bridge kerana waktu tersebut musim winter. Jika korang nak datang ke sini pastikan dari bulan April hingga October.



Kami bersantai dan berkelah di tepi sungai sambil melihat pemandangan cantik Banpo Bridge pada waktu malam. Apa yang best pertunjukan air ini bergerak mengikut musik yang dimainkan.





Dari sini kami berjalan 100 meter ke Sebitchseom atau lebih dikenali sebagai "Hangang Floating Island". Apa yang ada di Sebitchseom selain bangunan berbentuk 3 pulau bersambung dihiasi dengan lampu yang bertukar warna warni adalah kawasan ini terdapat bangun ekspo, restoran dan cafe. Waktu pun dah agak lewat dan anak-anak kami sudah keletihan, kami berangkat ke motel kami yang terletak di Pyeongchang. Di Pyeongchang kami bermalam di Pheonix Motel.

Kos-kos terlibat untuk hari ini

Isi minyak - 27,000 KRW 
Toll - 9,500 KRW
Children's museum - 8,000 KRW
Souvenir - 20,000 KRW
Makan Tengahari (namdaemun) - 16,000 KRW
Kebab Itaewon - 14,000 KRW
Pheonix Motel - 17,500 KRW
(tebus point Agoda dapat harga murah untuk Pheonix Motel. Harga Asal 50,000 KRW)

Total - 112,000 KRW

Hari 9


Pheonix motel terletak bersebelahan dengan Pheonix Ski Park, iaitu destinasi popular ketika musim winter. Di musim panas, ski park ini berfungsi sebagai padang golf sahaja.

Pheonix Ski Park

Gambar Pheonix Motel

Hari ini agak menyedihkan. Kami terpaksa cancel perjalanan kami ke Gangneung atas sebab kesihatan. Tujuan utama kami bermalam di Pyeongchang kerana jarak perjalanan dari Seoul ke Gangneung terlalu jauh dan Pyeongchang terletak di pertengahan. Mengikut plan asal pagi ini adalah ke Jeongdeong Pogu, kemudian ke Samcheok Ocean Railbike. Dan dari sini kami akan ikut jalan sepanjang pantai dan pulang ke Ulsan semula. Oleh sebab masalah kesihatan, kami tidak meneruskan itinerary dan pulang semula ke Ulsan.

Kos-kos terlibat untuk hari ini

Isi minyak - 40,000 KRW 
Toll - 7,000 KRW
Makan Tengahari (R&R) - 14,000 KRW

Total - 61,000 KRW


Kos Keseluruhan Trip 

Hari 1 - 135,900 
Hari 2 - 140,500
Hari 3 - 85,400
Hari 4 - 111,100
Hari 5 - 117,900
Hari 6 - 101,300
Hari 7 - 110,700
Hari 8 - 112,000
Hari 9 - 61,000

Jumlah kos keseluruhan trip ini adalah KRW 975,800

Untuk trip ini, banyak kos dibelanjakan untuk makan kerana sepanjang trip kami hanya makan di luar. Tambahan pula penginapan kami pilih tidak ada dapur. Korang boleh kurangkan lagi kos trip seperti ini jika masak sendiri atau bawa bekal ketika trip. Jika RM 100 sehari, boleh jimat sehingga RM 900 untuk kos makan sahaja!

Itu sahaja perkongsian kami kali ini. Jika anda rasakan post ini sangat membantu, sila share dengan kawan-kawan yang plan nak backpack ke Korea juga ye.

Link yang berkaitan:-



2 comments:

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said...

Lamanya terperangkap dalam jem sampai 5 jam, haru juga tuh

Mohd Saiful Izwan said...

Bukan 5 jam, 5 km punya range traffic jem hehe

Post a Comment