7 April 2017

Cara-Cara Tempah Tiket Keratapi Laju KTX Secara Online Dari Malaysia Sebelum Bercuti Ke Korea


Bagi anda yang gemar melawat antara bandar, seperti Seoul dan Busan, perkhidmatan keretapi laju KTX adalah salah satu jalan penyelesaian. SEOUL - BUSAN hanya mengambil masa selama 2 jam 30 minit menggunakan KTX. Sesetengah traveller mereka beli tiket flight 1 hala ke incheon, kemudian tiket flight balik pula berlepas dari Busan. Ini merupakan idea yang menarik.

Tidak kira apa pun plan anda, bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan keretapi laju KTX, Kami kongsikan bagaimana cara-cara untuk menempah tiket keretapi KTX secara online.

1. Pergi ke laman web tempahan KTX. Klik sini


2. Pilih tarikh, bandar berlepas dan ketibaan di bahagian "Departure/Arrival" dan jumlah passenger. Klik "INQUIRY"


3. Page seterusnya akan mempamerkan masa dan jenis train yang ada. Klik pada simbol seperti dalam bulatan pada gambar diatas untuk dapatkan maklumat harga tiket. Selepas anda klik akan keluar pop-up window seperti gambar dibawah. Anda boleh lihat 3 jenis harga tiket yang berbeza iaitu 1st class, Standard class dan Standing.




4. Bila dah buat keputusan nak beli tiket jenis apa, klik "CLOSE" pada gambar diatas dan klik "Select" seperti bulatan merah dalam gambar dibawah ini.



5. Seterusnya masukkan detail maklumat diri passenger dan klik "NEXT"



6. Lihat semula ringkasan tempahan anda. Semak tarikh dan masa. Jika semuanya telah pasti, masukkan detail credit card dan booking anda selesai.




Itu sahaja. Mudah kan?

Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help and encourage people to do self-budget-travelling to South Korea, Japan and other Asian country.