26 February 2017

Trip 1 hari di Seoul: Aktiviti Menarik untuk kanak-kanak di Children Grand Park dan Suasana Cantik Waktu Malam di Banpo Bridge dan Hangang Floating Island (sebitchseom) di Seoul Korea

Berikut adalah itinerary 1 hari ketika kami di Seoul. Salah satu destinasi menarik yang boleh dikunjungi ketika di Seoul ialah Seoul Children Grand Park 어린이대공원 .Untuk trip kali ini kami beri peluang kepada anak kecil kami untuk berseronok pula di Seoul Children Grand Park.

1. Seoul Children Museum 서울상상나라

Address: 
서울특별시 광진구 능동로 216
216 Neungdong-ro, Neung-dong, Gwangjin-gu, Seoul, South Korea
Google maps coordinate: 37.550395, 127.077481
Phone: 02-6450 9500


Seoul Children Grand Park sangat besar dan lua. Di pintu masuk utama taman ini terdapat Seoul Children's Museum 서울상상나라. Harga tiket masuk ialah 4000 KRW. Museum ini terdiri daripada beberapa tingkat dan setiap tingkat mempunyai tema permainan kanak-kanak yang berbeza mengikut peringkat umur. Kami menghabiskan masa separuh hari melayan si kecil di sini.











Selain itu, terdapat macam-macam lagi di Seoul Children Grand Park antaranya pertunjukan air pancut berirama, taman permainan kanak-kanak, taman rekreasi dan juga Zoo. Taman ini sangat besar dan kami tidak sempat untuk habiskan keseluruhannya.



2. Banpo Bridge Moonlight Rainbow Fountain 반포대교달빛무지개분수

Address:
서울특별시 서초구 반포동
Banpo 2-dong, Seocho-gu, Seoul,
Google maps coordinate: 37.515567, 126.996059
Phone: 02-3780 0578



Destinasi seterusnya kami ke Banpo Bridge untuk melihat aktiviti dan suasa waktu malam di kawasan ini. Jambatan banpo merupakan antara jambatan utama yang popular kerana di sepanjang jambatan ini terdapat pertunjukan air pancut berlampu warna-warni yang mengikut alunan irama muzik. Tapak rekreasi turut disediakan untuk orang ramai berkelah di sebelah hangang river sambil menyaksikan pertunjukan air pancut. Suasana ini hanya boleh dilihat pada musim panas.

3. Some Sevit (Hangang Floating Island) 세빛섬


Bersebelahan dengan banpo bridge, kami singgah sebentar di Some Sevit (atau Sebitchseom, mengikut ejaan bahasa korea). Some Sevit merupakan 3 pulau kecil yang bersambung dan dikenali juga sebagai Hangang Floating Island. Di sini terdapat kafe, kedai makan, bar dan art gallery. Sebitchseom merupakan lokasi strategik untuk menikmati pemandangan cantik waktu malam di Hangang river. N Seoul tower turut kelihatan dari sini.

Address:
서울특별시 서초구 올림픽대로 683.
683 Olympic-daero, Seocho-gu, Seoul
Google maps coordinate: 37.512353, 126.995921
Phone: 1566-3433







Subscribe blog jimatmelancong.com dan dapatkan ebook dan itinerary-itinerary percutian kami secara percuma. Ekslusif untuk subscriber Jimat melancong sahaja. Untuk subscribe, klik sini.

Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help people in budget travelling to South Korea, Japan and other Asian Country with some of his experience.