Tips melancong ke Seoul: Aktiviti Menarik untuk kanak-kanak dan Aktiviti Malam di Seoul

Kalau korang nak cari aktiviti indoor menarik untuk anak-anak di Seoul, atau korang tak dapat nak buat aktiviti outdoor kerana hari hujan, korang boleh ke Seoul Children Grand Park 어린이대공원.

1. Seoul Children Museum 서울상상나라

Address: 
서울특별시 광진구 능동로 216
216 Neungdong-ro, Neung-dong, Gwangjin-gu, Seoul, South Korea
Google maps coordinate: 37.550395, 127.077481
Phone: 02-6450 9500


Seoul Children Grand Park ni sangat besar. Kami tak sempat pusing semua sebab fokus kami nak bawak si comel pergi bermain-main dalam museum ni supaya dapatlah kami rehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Harga tiket masuk 4,000 KRW je. Ada beberapa tingkat dan setiap tingkat mempunyai tema permainan kanak-kanak yang berbeza mengikut umur. Hari siang kami habis di sini melayan si comel yang tak tentu hala dan tak keruan sebab tak tahu nak pilih mainan yang mana :)

Si kakak sibuk bermain si adik pulak sibuk tidur.











Children museum terletak di pintu masuk Seoul Children Grand Park. Kami sempat pusing-pusing sekejap sementara nak tunggu hari gelap. Ada macam-macam di Seoul Children Grand Park. Waktu kami pergi tu ada macam konsert tarian. Di taman ni ada  pertunjukan air berirama, taman permainan kanak-kanak, taman rekreasi dan juga mini Zoo. Kami lepak sini sampai masuk magrib, senang nak teruskan perjalanan sebab ada pondok cantik untuk kami solat jamak di sini.



2. Banpo Bridge Moonlight Rainbow Fountain 반포대교달빛무지개분수

Address:
서울특별시 서초구 반포동
Banpo 2-dong, Seocho-gu, Seoul,
Google maps coordinate: 37.515567, 126.996059
Phone: 02-3780 0578



Lepas dah selesai di Seoul Children Grand Park destinasi seterusnya adalah Banpo Bridge. Kalau korang nak tau kat sini korang boleh lepak kat bawah jambatan Banpo ni sambil menyaksikan pertunjukan air berirama dan berwarna warni merentasi sungai Han (Han-gang). Tempat ni memang popular di kalangan Tourist. Waktu kami pergi ni ada ramai orang Korea yang tengah picnic kat tepi sungai dan atas padang rumput yang ada kat sini. Kami pun join lepak sekali, bentang tikar dan relaks-relaks sekejap.

3. Some Sevit (Hangang Floating Island) 세빛섬


Next, bersebelahan dengan banpo bridge kami jalan kaki singgah sebentar di Some Sevit (Sebitchseom, mengikut ejaan bahasa korea) atau lebih popular dengan nama Hangang Floating Island. Kat sini ala-ala 3 pulau kecil yang bersambung dengan bridge. Ade kafe, kedai makan, bar dan art gallery. Boleh nampak Seoul tower dari sini.

Address:
서울특별시 서초구 올림픽대로 683.
683 Olympic-daero, Seocho-gu, Seoul
Google maps coordinate: 37.512353, 126.995921
Phone: 1566-3433








Itu sahaja perkongsian kami pada kali ini. Jika korang ke Seoul, jangan lepaskan peluang untuk ke tempat-tempat ini. Korang boleh download sampel itinerary Seoul dibawah ini untuk dijadikan sebagai panduan.


Kalau korang baru pertama kali ke Korea, korang boleh dapatkan Naracards mini pocket guide dari Naracards.com. Kad informasi ini sangat membantu korang melancong ke tempat-tempat menarik di Seoul, Busan dan Jeju tanpa menggunakan travel agen. Layari www.Naracards.com untuk maklumat lanjut



2 comments:

Yan Kirana Patcharapha - said...

Hi sy nk iernary osaka..tks..

Mohd Saiful Izwan said...

Boleh email saya, nanti saya bagi

Post a Comment