Everland merupakan themepark yang terbesar di Korea. kerana faktor saiznya dan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit, untuk menghabiskan lawatan ke seluruh taman tema ini memerlukan semangat yang kental. Kebiasaanya seseorang akan kecewa kerana tidak sempat menghabiskan lawatan dalam masa 1 hari kerana kegagalan untuk merancang awal sebelum datang. Jadi saya kongsikan sedikit agar pembaca lebih bersedia sebelum ke Everland.
Jika ke Everland jangan lepaskan peluang untuk menaiki Roller Coaster popular T-Express. Roller coaster unik dengan landasan yang panjang dan diperbuat dari kayu sahaja. Rasa tidak lengkap sekiranya tidak menaiki Roller Coaster ini jika anda ke Everland. Namun, disebabkan terlalu ramai orang yang ingin menaikinya menyebabkan anda perlu beratur panjang untuk menunggu giliran. Tempoh menunggu boleh mencapai sehingga 3 jam lamanya!
Sebelum ke Everland, study sedikit kedudukan T-express. Apabila masuk di pintu utama Everland, terus menuju ke T-Express. Abaikan permainan lain terlebih dahulu. Situasi normal apabila seseorang masuk ke Everland, pasti dia akan melalui T-Express pada bahagian akhir lawatannya. Strategi yang baik ialah pilih jalan secara terbalik (reverse course).
2. Musolla / Muslim Prayer Room
Di Everland terdapat bilik solat yang terletak hanya berhampiran dengan T-Express. Terima Kasih kepada pihak Everland yang memudahkan umat Islam menunaikan solat sambil berhibur di sini. Jadi tidak perlu pening kepala kerana tempat solat telah pun disediakan.
3. Weather Forecast
Yang ini paling penting. Pastikan anda mengkaji weather forecast beberapa hari sebelum ke Everland terlebih dahulu. Jika hari yang anda plan untuk ke Everland akan hujan, tukar plan pergi ke hari lain. Banyak permainan tidak beroperasi jika hari hujan atas faktor keselamatan. Rugi sahaja jika bayaran tiket yang agak mahal tetapi tidak puas kerana tidak dapat enjoy semua rides.
4. Elakkan pada Hujung Minggu
Jika boleh, plan ke Everland pada hari bekerja iaitu hari Isnin hingga Jumaat. Pastikan anda keluar dari hotel se-awal yang mungkin dan pulang se-lewat yang mungkin untuk pastikan bayaran harga tiket masuk berbaloi.
5. Potongan Harga bagi pelancong asing
Pelancong asing akan diberi diskaun yang agak tinggi untuk tiket masuk ke Everland. Pastikan anda bawa passport bersama untuk dapatkan diskaun tersebut di kaunter bayaran tiket.
Lawatan kami yang lepas adalah pada pertengahan musim luruh tahun 2015. Pada waktu ini cuaca dan suhu agak bagus iaitu sekitar 10C ke 18C dan tempoh siang agak pendek kerana hari mula gelap pada pukul 5.30 petang. kelebihan pada waktu ini ialah anda akan sempat merasai pengalaman pertunjukan lampu di sebelah malam lebih awal.
Selamat bercuti ke Everland, Korea.
Jika ada tips tambahan lain yang ingin dikongsikan,
jangan lupa isikannya diruangan komen dibawah.
jangan lupa isikannya diruangan komen dibawah.
Dapatkan Kad bantuan perjalanan travel secara sendiri ke bandar Seoul di www.Naracards.com