1 October 2016

Destinasi Pelancongan Menarik di Sekitar Bandar Daejeon Korea Selatan


Daejeon merupakan antara salah satu bandar terbesar di Korea Selatan. Di bandar ini terdapat kemudahan subway. Berikut adalah beberapa destinasi menarik di sekitar Bandar Daejeon untuk tempoh lawatan 2 hari.

1. Daejeon Science Expo Park 대전엑스포과학공원

Address:
대전광역시 유성구 대덕대로 480
480 Daedeok-daero, Yuseong-gu, Daejeon
Google Maps coordinate: 36.377248, 127.386067
Car GPS: 042-250-1115

Apa yang menarik:
  • Hanbit Tower
  • Taman mainan kanak-kanak
  • Museum Korea Utara 
  • Pertunjukan air pancut (malam sahaja)




2. PPuri Park 뿌리공원

Address:
대전광역시 중구 뿌리공원로 79
PPuri Gongwon, Jung-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.284581, 127.387517
Car GPS: 042-581-4445

Merupakan taman yang mempamerkan batu hiasan yang mempunyai maklumat nama keluarga (family name) rakyat korea. Di Korea banyak nama-nama keluarga yang popular seperti Kang, Kim, Park, Jo,Choi dan sebagainya. Nama-nama ini mempunyai latar belakang dan sejarahnya tersendiri. Maklumat mengenai nama-nama ini ditulis pada batu-batu hiasan di taman PPuri Park untuk bacaan. Namun begitu semua maklumat di taman ini berbahasa Korea. Harga tiket masuk ke taman ini adalah KRW 2,000 bagi dewasa dan KRW 1,000 bagi kanak-kanak.












3. Daejeon O-World Theme Park 대전 오월드

Address: 
대전광역시 중구 사정동
70 Sajeonggongwon-ro, Jung-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.288627, 127.398118
Car GPS: 042-580-4820

Jika di bandar Daegu ada taman tema E-World, di bandar Daejeon ada taman tema O-World. Seakan-akan sama cuma konsep sahaja yang berbeza. Taman tema ini terletak berhampiran PPuri Park. Tiket masuk ke taman ini adalah KRW 29,000 bagi dewasa dan KRW 20,000 bagi kanak-kanak.



4. Restoran "Lispstick Haemul Ttukbaegi" 립스틱해물뚝배기

Address
서구둔산대로117번길 95 리더스타운 B동101호
306 Mannyeon-dong, Seo-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.369603, 127.381488
Car GPS: 042-483-8877

Terletak bertentangan dengan Daejeon Expo Park. Kami ke sini untuk makan tengahari. Menu sangat memuaskan dengan harga berpatutan. Jika berkesempatan ke sini, pilih menu Ttukbaegi Haemultang 뚝배기해물탕 dengan harga KRW 10,000 sahaja.





Dah bersedia untuk bercuti di bandar Daejeon? Apa lagi, book hotel anda sekarang.

0 comments:

Post a Comment