26 October 2016

Melancong ke Suncheon International Wetland Center dan Suncheon Bay Korea Selatan


Jika ke bahagian barat selatan korea jangan lupa untuk singgah ke Suncheon. Suncheon terletak berhampiran dengan bandar Yeosu dan 185 km dari Busan. Suncheon merupakan bandar kecil yang terancang berasaskan pertanian dan perindustrian. Bandar ini kelihatan seperti bandar yang baru dibina. Salah satu tempat yang mesti pergi apabila berada di Suncheon ialah Suncheon International Wetland Center 순천만국제습지센터.

Address:
전라남도 순천시 국가정원1호길47순천만국제습지센터
66, Namseungnyong-ro, Suncheon-si, Jeollanam-do, South Korea
Google maps ccordinate: 34.928775, 127.496244
Car GPS: 1577-2013

Dari Gimhae International Airport Busan,
  1. Keluar dari balai ketibaan di pintu no 3.
  2. Berhampiran, Tunggu bas di station no 1 seperti gambar di bawah. Naik bas yang bertulis "Gwangju" 광주. Tiket berharga KRW 13,000. Perjalanan mengambil masa 2jam 30 minit. Waktu operasi bas hanya pada pukul 10:00 am, 17:00 pm dan 19:30 pm sahaja.

Perjalanan Bas: Gimhae Airport - Dong Gwangyang - Gwangyang - Suncheon - Gwangju


Suncheon International Wetland Center merupakan taman rekreasi yang cantik dan besar. Tiket masuk berharga 7,000 KRW. Mempunyai 2 pintu utama, pintu timur dan barat. Di pintu timur terdapat taman bunga, taman tasik dan sky cube station. Skycube merupakan keretapi berbentuk cube yg bergerak di atas landasan sepanjang 7 km dari station Wetland Center hingga ke Suncheon bay 순천만. Apa yang menarik ialah landasan kereta cube ini bergerak di sepanjang sawah padi sehingga ke Suncheon Bay. Station skycube tutup pukul 6 petang.











Di pintu barat terdapat taman tasik utama, taman-taman bunga dan taman replika rekaan mengikut tema dari pelbagai negara. Berhampiran dengan tasik terdapat perkhidmatan 'mini train' untuk sesiapa yang ingin mengelilingi keseluruhan taman tanpa berjalan kaki. Station train ini terletak bersebelahan tasik utama Suncheon.












Kedua-dua bahagian taman, timur dan barat disambungkan dengan sebuah jambatan seni, iaitu di sepanjang jambatan ini dipamerkan hasil lukisan seni pelajar-pelajar sekolah di Korea.






Suncheon International Wetland Center tutup pada pukul 8 malam. Waktu yang perlu diperuntukkan di taman ini adalah 1 hari. Kami ke taman ini agak lewat sedikit dan tidak sempat untuk menghabiskan lawatan diseluruh taman ini. Kami masuk di pintu barat dan keluar di pintu timur. Agak jauh untuk berjalan kaki semula ke pintu masuk barat iaitu sekitar 1.3 km. Antara gambar yang sempat kami rakam sewaktu berjalan kaki semula ke pintu barat dari pintu timur mengikut jalan luar taman.




Setelah kepenatan seharian berjalan di taman ini kami menjamu selera Godeungeo Gui 고등어구이atau ikan panggang di kedai sekitar bandar Suncheon. Harga begitu memuaskan iaitu 14,000 KRW untuk keseluruhan hidangan. Selamat mencuba dan selamat bercuti ke Suncheon, Korea Selatan.

Klik sini untuk melihat penginapan di Suncheon dan untuk mencari Perkhidmatan Kereta Sewa di Korea, klik sini


Plan nak bercuti ke Korea? 
Dapatkan ebook percuma Tips-tips Persiapan untuk bercuti ke Korea.

Follow Blog ini untuk kekal update dengan Post Terbaru Destinasi Pelancongan menarik di Korea Selatan.

1 October 2016

Destinasi Pelancongan Menarik di Sekitar Bandar Daejeon Korea Selatan


Daejeon merupakan antara salah satu bandar terbesar di Korea Selatan. Di bandar ini terdapat kemudahan subway. Berikut adalah beberapa destinasi menarik di sekitar Bandar Daejeon untuk tempoh lawatan 2 hari.

1. Daejeon Science Expo Park 대전엑스포과학공원

Address:
대전광역시 유성구 대덕대로 480
480 Daedeok-daero, Yuseong-gu, Daejeon
Google Maps coordinate: 36.377248, 127.386067
Car GPS: 042-250-1115

Apa yang menarik:
  • Hanbit Tower
  • Taman mainan kanak-kanak
  • Museum Korea Utara 
  • Pertunjukan air pancut (malam sahaja)




2. PPuri Park 뿌리공원

Address:
대전광역시 중구 뿌리공원로 79
PPuri Gongwon, Jung-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.284581, 127.387517
Car GPS: 042-581-4445

Merupakan taman yang mempamerkan batu hiasan yang mempunyai maklumat nama keluarga (family name) rakyat korea. Di Korea banyak nama-nama keluarga yang popular seperti Kang, Kim, Park, Jo,Choi dan sebagainya. Nama-nama ini mempunyai latar belakang dan sejarahnya tersendiri. Maklumat mengenai nama-nama ini ditulis pada batu-batu hiasan di taman PPuri Park untuk bacaan. Namun begitu semua maklumat di taman ini berbahasa Korea. Harga tiket masuk ke taman ini adalah KRW 2,000 bagi dewasa dan KRW 1,000 bagi kanak-kanak.












3. Daejeon O-World Theme Park 대전 오월드

Address: 
대전광역시 중구 사정동
70 Sajeonggongwon-ro, Jung-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.288627, 127.398118
Car GPS: 042-580-4820

Jika di bandar Daegu ada taman tema E-World, di bandar Daejeon ada taman tema O-World. Seakan-akan sama cuma konsep sahaja yang berbeza. Taman tema ini terletak berhampiran PPuri Park. Tiket masuk ke taman ini adalah KRW 29,000 bagi dewasa dan KRW 20,000 bagi kanak-kanak.



4. Restoran "Lispstick Haemul Ttukbaegi" 립스틱해물뚝배기

Address
서구둔산대로117번길 95 리더스타운 B동101호
306 Mannyeon-dong, Seo-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.369603, 127.381488
Car GPS: 042-483-8877

Terletak bertentangan dengan Daejeon Expo Park. Kami ke sini untuk makan tengahari. Menu sangat memuaskan dengan harga berpatutan. Jika berkesempatan ke sini, pilih menu Ttukbaegi Haemultang 뚝배기해물탕 dengan harga KRW 10,000 sahaja.





Dah bersedia untuk bercuti di bandar Daejeon? Apa lagi, book hotel anda sekarang.

Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help people in budget travelling to South Korea, Japan and other Asian Country with some of his experience.