Tips Melancong ke Korea Suncheon International Wetland Center


Jika korang berpeluang ke bahagian barat selatan korea jangan lupa untuk singgah ke Suncheon. Suncheon terletak berhampiran dengan bandar Yeosu dan 185 km dari Busan. Suncheon merupakan bandar kecil yang terancang dan bandar berasaskan pertanian dan perindustrian. Bandar ini kelihatan seperti bandar yang baru dibina. Salah satu tempat yang mesti pergi adalah Suncheon International Wetland Center 순천만국제습지센터.

Address:
전라남도 순천시 국가정원1호길47순천만국제습지센터
66, Namseungnyong-ro, Suncheon-si, Jeollanam-do, South Korea
Google maps ccordinate: 34.928775, 127.496244
Car GPS: 1577-2013

Cara ke sini dari Gimhae International Airport Busan,
  1. Keluar dari balai ketibaan di pintu no 3.
  2. Berhampiran, Tunggu bas di station no 1 seperti gambar di bawah. Naik bas yang bertulis "Gwangju" 광주. Tiket berharga KRW 13,000. Perjalanan mengambil masa 2jam 30 minit. Waktu operasi bas hanya pada pukul 10:00 am, 17:00 pm dan 19:30 pm sahaja.

Perjalanan Bas: Gimhae Airport - Dong Gwangyang - Gwangyang - Suncheon - Gwangju


Suncheon International Wetland Center merupakan taman rekreasi yang sangat cantik. Tiket masuk 7,000 KRW untuk dewasa. Ada 2 pintu utama iaitu pintu timur dan barat. Di pintu timur ada taman bunga, taman tasik dan sky cube station (mini train). Skycube merupakan keretapi berbentuk cube dan bergerak sepanjang 7 km dari station Wetland Center hingga ke Suncheon bay 순천만. Apa yang menarik kereta cube ini bergerak melalui sawah padi sehingga ke Suncheon Bay. Station skycube tutup pada pukul 6 petang.











Di pintu barat pula terdapat taman tasik utama, taman bunga dan taman replika rekaan. Taman ini berdasarkan tema dari pelbagai negara. Korang boleh gunakan 'mini train' untuk mengelilingi keseluruhan taman ini kalau penat berjalan kaki. Station train ini terletak bersebelahan tasik utama Suncheon di pintu sebelah timur.












Kedua-dua bahagian timur dan barat dipisahkan dengan sungai dan disambungkan dengan sebuah jambatan seni. Jambatan seni ini mempamerkan hasil lukisan-lukisan seni semua pelajar dari semua sekolah yang ada di Korea. Menarik kan?






Suncheon International Wetland Center tutup pada pukul 8 malam. Korang perlu luangkan 1 hari penuh kalau nak puas hati keliling taman ini. Kami ke sini agak lewat dan tak sempat untuk menghabiskan pusing seluruh taman.

Bermula di pintu barat kami ikut laluan yang disediakan dan keluar di pintu timur. Agak jauh juga nak berjalan kaki semula ke pintu masuk barat, lebih kurang 1.3 km. Penat dibuatnya.




Setelah kepenatan seharian berjalan di taman ini kami singgah makan di kedai ikan bakar Godeungeo Gui 고등어구이 di bandar Suncheon. Harga berpatutan 14,000 KRW untuk semua hidangan. Selamat mencuba dan selamat bercuti ke Suncheon, Korea Selatan.

Klik sini untuk melihat penginapan di Suncheon dan untuk mencari Perkhidmatan Kereta Sewa di Korea, klik sini


Setakat ini sahaja perkongsian kami. Jangan lupa untuk like dan share FB page jimatmelancong.

Kalau korang nak travel ke Korea secara sendiri tanpa travel agen ke Seoul, Busan atau Jeju, korang boleh menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Korang boleh menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

0 comments:

Post a comment