19 September 2016

Destinasi Pelancongan di Bandar Tongyeong Korea Selatan



Jika melancong ke Korea, salah satu destinasi menarik adalah di Bandar Tongyeong. Lihat beberapa destinasi menarik di bandar Tongyeong yang sempat kami lawati untuk trip 1 hari.

1. Hanryeosudo Cable Car 한려수도 조망케이블카

Alamat:
경상남도 통영시 발개로 205 도남동 349-1
349-1, Donam-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do, South Korea
Google Maps: 34.826430, 128.425273
GPS kereta: 1544-3303

Cable car mengambil masa 15 minit untuk ke puncak bukit. Tambang dewasa ialah KRW 10,000 dan kanak-kanak KRW 6,500. Di observation deck dapat menyaksikan pemandangan bandar dan pelabuhan Tongyeong serta turut kelihatan pergunungan Geoje 거제 







2. Gang-gu-an Port Cultural Centre 강구안거북선문화마당

Alamat:
55 Jungang-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do, South Korea
Google Maps: 34.843526, 128.423997
GPS kereta: 055-650-3956

Terdapat beberapa biji kapal cantik dari senibina dynasti Joseon, replika mini kapal perang General Yi Sun Sin yang menewaskan tentera jepun suatu ketika dahulu. Replika yang sama kami lihat ketika melawat busan tower di ruangan kedai cenderamata, dari situ kami dengar serba sedikit sejarah tentang General Yi Sun Sin dari salah seorang rakan kami. Jika ke Gwanghwamun, Seoul anda boleh melihat patung General Yi Sun Sin dan King Sejong yang dibina di Jalan utama di sana.





14 September 2016

Destinasi Pelancongan Menarik Yang Mesti Pergi di Bandar Yeosu Korea Selatan



Pernahkah anda mendengar nama Yeosu? Kali pertama bercuti ke Yeosu, saya tertarik dengan keindahan bandar ini. Terletak di sebelah Barat Selatan Korea, perjalanan dari Busan mengambil masa sekitar 3 jam. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika di Yeosu.

1. Yeosu Expo park 여수엑스포공원

Address:
전라남도 여수시 수정동
Sujeong-dong, Yeosu-si, Jeollanam-do
Google Maps: 34.749775, 127.748204
GPS kereta: 061-660-5800 

Apa yang menarik di sini:
  • Taman hiburan kanak-kanak
  • Museum Teddy Bear
  • Observation building
  • Taman bunga
  • Aqua Planet - Akuarium
  • Persembahan musikal instrument











2. Dolsan park 돌산공원

Address:
전라남도 여수시 돌산읍 우두리 산 1
Jeollanam-do, Yeosu-si, Dolsan-eup, uduri san 1
Google Maps: 34.730147, 127.740353

Terletak di atas bukit dan tempat strategik melihat pemandangan bandar Yeosu dan Jambatan Dolsan yang berwarna warni dengan lampu pada waktu malam.



3. Yeosu Marine Cable Car 여수해상케이블카

Address:
전라남도 여수시 돌산읍 돌산로 3600-1 
Jeollanam-do, Yeosu-si, Dolsan-eup, Dolsan-ro, 3600-1
Google Maps: 34.730428, 127.741679
GPS kereta: 061-664-7301 

Terletak bersebelahan Dolsan park. Cable car bermula dari terminal Dolsan Park ke terminal Jasan Park. Cable car menyeberangi laut sambil membawa anda menikmati pemandangan indah pelabuhan, kapal cruise dan jambatan Geobukseon. Di Jasan Park anda dapat menyaksikan pemandangan Expo park dari atas bukit dan Pulau Odongdo. Terdapat 2 jenis kabin cable car iaitu Standard Cabin berharga KRW 13,000 dan Crystal Cabin KRW 20,000 untuk 2 hala. Crystal Cabin lantai kabin lutsinar dan lebih menyeronokkan.







Pemandangan Expo Park dari atas bukit Jasan Park

4. Yeosu Marine Park 여수해양공원

Address:
전라남도 여수시 중앙동 246-1
Jeollanam-do, Yeosu-si, Jungang-dong, 246-1
Google Maps: 34.736991, 127.741921
GPS kereta: 061-666-6232 

Lokasi yang strategik menikmati pemandangan waktu malam di Yeosu. Taman ini terletak di antara 2 buah jambatan iaitu jambatan Dolsan dan jambatan Geobukseon. Terdapat banyak kedai-kedai kopi di sekitar dan tempat ini menjadi lokasi bagi kaki pancing.

Geobukseon Bridge

Dolsan Bridge
Kemeriahan waktu malam di Yeosu Marine Park

5. Odongdo island 오동도

Address:
전라남도 여수시 수정동 산1-11
1-11, Sujeong-dong, Yeosu-si, Jeollanam-do
Google Maps: 34.744557, 127.764034
GPS kereta: 061-659-1819 

Terletak bersebelahan dengan Yeosu Expo Park. Pulau ini boleh diakses dengan berjalan kaki dari Yeosu Expo Park. Terdapat juga perkhidmatan kereta api mini untuk ke pulau ini. Pulau ini bersambung dengan daratan melalui jalan tambak.

Pemandangan Pulau Odongdo dari Jasan Park

Pemandangan Pulau Odongdo dari Expo Park

Yeosu dari Busan Menggunakan Bas
  1. Subway station Sasang 사상 (Line no 2, hijau) exit 3 atau 5.
  2. Jalan ke arah Seobu Intercity Bus Terminal 서부시외버스터미널 
  3. Tiket bas ke Yeosu Bus Terminal 여수종합버스터미널

Taman Tema E-World Daegu Korea Selatan

Taman tema E-word 이월드 antara tempat yang mesti pergi apabila melancong di bandar Daegu Korea Selatan. Di taman tema ini juga terdapat menara Tower 83 iaitu Menara Daegu untuk menikmati pemandangan keseluruhan bandar Daegu. Dari Ulsan kami menggunakan KTX ke Daegu dan perjalanan mengambil masa 25 minit.


Alamat
대구광역시 달서구 두류공원로 200
200, Duryugongwon-ro, Dalseo-gu, Daegu
Google maps coordinate: 35.853329, 128.563907
Phone: 0507-1431-0001


Cara-cara ke E-world Themepark Daegu menggunakan Subway
  • Dari KTX station Dongdaegu, tukar ke Subway Dongdaegu 동대구역
  • Turun di station Banwoldang 반월당역, tukar subway dari line 1 (Line merah) ke line 2 (line hijau)
  • Turun di station Duryu 두류역. Keluar exit 15 dan bejalan 200 meter ke Daegu E-World Theme park
Taman tema ini tidak sesak seperti di taman tema lain yang pernah saya pergi. Beberapa gambar ketika di E-World Themepark Daegu.














Mini Zoo untuk kanak-kanak juga terdapat di sini. Kawasan E-world ini berbukit dan agak letih sedikit turun dan naik bukit ditambah lagi diwaktu tengah hari yang agak panas pada musim summer. Namun begitu penat tidak terasa kerana seronok melihat karenah anak kecik kami yang leka bermain ketika di sini.





Untuk ride kanak-kanak anda boleh pilih untuk beli 1 day pass atau pay per ride. Tiket pay per ride untuk 1 tiket berharga KRW 3,000 minimum.







Tidak lupa terdapat juga swimming pool untuk kanak-kanak. Swimming pool ini dibuka pada musim summer sahaja.


Pada waktu malam taman tema ini dikatakan cantik dengan pemandangan lampu yang berwarna warni. Walaubagaimanapun saya tidak sempat berpengalaman merasai susana waktu malam di sini memandangkan kami perlu pulang ke Ulsan di lewat petang. Harga tiket akses pada waktu malam juga berbeza dengan harga tiket biasa.


Jika bercadang hendak ke sini, plan waktu dan musim yang sesuai. Saya sertakan pamplet untuk rujukan anda pemandangan dan festival di sini pada musim yang berbeza.



Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help people in budget travelling to South Korea, Japan and other Asian Country with some of his experience.