24 August 2016

Ulsan Bridge Observatory Telah Dibuka. Lokasi Cantik Pemandangan Jambatan Ulsan Korea Selatan


Ulsan Bridge Observatory 울산대교전망대 (Ulsan Daegyo Jeonmangdae) di Donggu telah dibuka kepada umum! Ulsan Bridge Observatory terletak di atas sebuah bukit di Donggu, Ulsan. Namun begitu tidak semua kenderaan boleh akses sehingga ke sini, kecuali jika penumpang adalah orang kurang upaya dan para ibu mengandung. Ini kerana jumlah ruang parking yang terhad. Melainkan datang dengan menggunakan teksi.



Untuk ke sini saya perlu berjalan kaki sekitar 200 meter dari kawasan tempat letak kereta terdekat. Lebih kurang gambar di atas inilah suasana laluan pejalan kaki untuk ke Ulsan observatory.  Lihat apa yang menarik di sini.


1. Observatory Tower






2. Exibition Room - Muzium Jambatan Ulsan





3. Cafe The View




Google Maps Address: Ulsan Bridge Observatory, 산410 Bangeo-dong, Dong-gu, Ulsan
Coordinate: 35.501566, 129.405999
Teksi: 울산대교전망대 (Ulsan Daegyo Jeonmangdae) Tambang teksi dari Taehwagang Station KRW 10,000

Jika anda datang ke Ulsan, singgahlah di Ulsan Bridge Observatory jika ada kelapangan. Dicadangkan untuk menaiki teksi untuk kesini supaya akses ke observatory mudah tanpa perlu berjalan kaki. Lihat tempat-tempat menarik lain di sekitar Bandar Ulsan, Korea.

21 August 2016

Melancong ke Bandar Ulsan di Ganjeolgot, Lokasi Popular Melihat Matahari Terbit Pada Pagi Tahun Baru


Ganjeolgot 간절곶 terletak berhampiran dengan Bandar Ulsan, sekitar 25km dari Downtown dan bersebelahan dengan pantai popular Jinha Beach. Ganjeolgot adalah antara salah satu daripada lokasi popular untuk menyaksikan matahri terbit dimana setiap malam tahun baru, ramai masyarakat korea akan ke sini untuk menyaksikan matahari terbit pada pagi tahun baru tersebut. Mengikut adat resam masyarakat Korea, mereka akan berdoa dan meminta apa sahaja hajat mereka kepada matahari ketika ianya mulai terbit.

Perkara ini adalah sangat bertentangan dengan Islam yang melarang sebarang bentuk penyembahan kepada selain tuhan yang maha agung, Allah s.w.t. kerana Matahari bukanlah tuhan sebaliknya merupakan makhluk ciptaan tuhan;

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam." (Al-Quran, Al-A’raaf : 54)

Maklumat mengenai Ganjeolgot 간절곶:-
  • Google Maps Address: Sunrise Ganjeolgot, 39-2 Ganjeolgot 1-gil, Ulju-gun, Ulsan
  • Coordinate: 35.358975, 129.360581
  • Bas: No 715. Tambang KRW 1300. Naik di hadapan Taehwagang Station atau Lotte Department Store Samsandong. Bas akan berhenti di station Ganjeolgot. Perjalanan mengambil masa 2 jam kerana route bas yang agak jauh
  • Teksi: Tambang KRW 25,000. Perjalanan mengambil masa 46 minit.

Beberapa gambar yang sempat diambil di sekitar Ganjeolgot.








Ganjeolgot juga merupakan salah satu lokasi untuk bermain "Pokemon" selain daripada Sokcho. Kelihatan orang ramai sedang sibuk menangkap Pokemon masing-masing.




Harap-harap mereka ini tidak terlalu leka sehingga mengabaikan keselamatan ketika bermain Pokemon. Jom lihat pantai Jinha Beach yang terletak berhampiran dengan Ganjeolgot.


19 August 2016

Pantai Cantik Jinha Beach di Ulsan Korea Selatan Lokasi Menarik Musim Panas


Salah satu daripada pantai-pantai yang popular di Ulsan ialah Jinha Beach 진하해수욕장. Pantai ini dipenuhi orang ramai ketika musim panas. Pantainya yang cantik dan pemandangannya yang indah, juga terletak berhampiran tempat melihat matahari terbit Sunrise Park Ganjeolgot.


Apa yang menarik pantai di Jinha Beach agak landai dan sesuai untuk aktiviti mandi-manda berbanding pantai-pantai lain yang ada di Ulsan. Kelihatan aktiviti lebih menarik dan meriah di sekitar pantai Jinha. Sesuai untuk aktiviti camping, barbecue, memancing, bermain jet ski, Banana boat dan bersantai dibawah khemah-khemah khas yang disediakan disepanjang pantai.

 Aimar Daniel sedang menikmati udara nyaman pantai Jinha


Info tentang Jinha Beach, Ulsan;-

  • Google maps address: Ulsan, Ulju-gun, Seosaeng-myeon, Jinhahaebyeon-gil, 진하해수욕장
  • Coordinate: 35.383955, 129.345932
  • Bas: No 715. Tambang KRW 1300. Naik di hadapan Taehwagang Station atau Lotte Department Store Samsandong. Bas akan berhenti di station Jinha Beach (Jinha Haesu Yokjang). Perjalanan mengambil masa 1 jam 50 minit kerana route bas yang agak jauh
  • Teksi: Tambang KRW 20,000. Perjalanan mengambil masa 45 minit.

Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help people in budget travelling to South Korea, Japan and other Asian Country with some of his experience.