15 May 2016

Menikmati Masakan Snow Crab di Yeongdeok Snow Crab Village dan Melancong ke Tempat-Tempat Menarik Sekitar Yeongdeok Korea Selatan



Snow Crab atau Daege 대게, Ketam yang popular di Korea terutamanya ketika musim sejuk. Yeongdeok merupakan antara tempat tarikan pelancong kerana terdapat perkampungan kecil yang dinamakan Yeongdeok Daege Maeul 영덕대게마을 (Yeongdeok Snow Crab Village) dimana Daege dinaikkan di salah satu pelabukan di kampung ini iaitu perlabuhan Gang Gu Hang 강구항. Yeongdeok terletak 150 Km dari Gimhae International Airport, Busan dan 360 Km dari Incheon International Airport, Incheon.

Google Maps Coordinate: 36.360600, 129.382164


Dikatakan harga Snow crab dan King crab di sini murah berbanding harga di bandar. Kebiasaanya, ketam hidup akan di letakkan di akuarium dihadapan kedai-kedai dan selepas aktiviti berunding harga selesai ketam akan dihidang dengan masakan yang dikehendaki. Kebiasaanya ketam dihidangkan secara Steam sahaja untuk mengekalkan rasa 'fresh' ketam tersebut.


Harga Daege sekitar 20,000 ke 40,000 KRW seekor dan King Crab (Russian) 90,000 ke 200,000 KRW seekor. Semakin baik Gred semakin sedap dan manis rasanya, harganya pun boleh tahan. Sebagai menu tambahan anda boleh tambah masakan lain yang berasaskan ketam seperti Ketam Ramyeon 대게라면 atau DaegeTang (sup ketam) 대게탕.




Pemandangan pekampungan Yeongdeok memang cantik dan tenang kerana jauh dari kesibukan bandar. Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga bercuti. Sambil-sambil ke sini makan ketam, beberapa tempat menarik juga boleh dikunjungi seperti list dibawah.

1. Yeondeok Renewable Energy Exibition Museum 영덕신재생에너지전시관

Google Maps Coordinate: 36.422844, 129.419807
Pameran Sains tentang teknologi-teknologi mesra alam sekitar dan dapat menggantikan sumber minyak dan gas.






2. Marine Environment Museum 영덕해양환경체험관

Google Maps Coordinate: 36.417012, 129.430567
Museum yang mempamerkan teknologi Marin yang digunakan di Korea dan negara luar. Korea terkenal dengan ilmu pengetahuan Marin yang hebat tidak hairan Korea merupakan negara pengeluar kapal dan teknologi kejuruteraan marin terbesar dunia.



3. Yeondeok Haemaji Park 영덕해맞이공원

Google Maps Coordinate: 36.426777, 129.434546
Antara tempar popular dikalangan masyarakat Korea untuk menyaksikan Matahari terbit. Tempat ini dipenuhi orang ramai pada setiap malam tahun baru untuk menyaksikan matahari terbit pada 1 Januari setiap tahun.


4. Deok Cheon Beach 덕천해수욕장

Google Maps Coordinate: 36.567595, 129.422997
Pantai cantik di sekitar Yeongdeok. Di pantai ini terdapat anak muara sungai kecil yang permukaan airnya beku ketika musim sejuk.




5. Gangguhang Port 강구항 dan Snowcrab Village 대게마을

Google Maps Coordinate: 36.359129, 129.390046
Tempat menikmati kesemua jenis makanan yang dimasak berasaskan Snowcrab. Juga boleh menikmati susasana sepanjang pelabuhan dengan mengunjungi pasar-pasar basah di sini. Kesemua ikan dan hidupan laut segar dijual dengan harga murah.



12 May 2016

Destinasi Pelancongan Menarik Ketika Musim Luruh di Bandar Daegu dikenali dengan The Colourful Daegu


Bandar Daegu adalah salah satu bandar besar di Korea Selatan. Bandar Daegu boleh diakses menggunakan KTX dari Seoul atau Busan di stesen perhentian Dongdaegu. Bandar ini kelihatan cantik pada musim luruh sesuai dengan temanya "The Colourful Daegu". Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Bandar Daegu.

1. Herb Hillz/Hill Crest (힐크레스트)
Alamat: 1003, Gachang-ro, Gachang-myeon, Dalseong-gun, Daegu. 대구광역시 달성군 가창면 가창로 1003 (가창면)
GPS Coordinate: 35.794634, 128.627689

Herb Hillz atau nama lainya Hill Crest adalah pusat rekreasi keluarga yang didalamnya terdapat taman bunga, taman rekreasi, hiburan kanak-kanak, lokasi penggambaran, persembahan dan juga mini zoo. Tiket masuk dikenakan sebanyak 9,000 KRW bagi dewasa dan 7,000 KRW bagi kanak-kanak untuk pakej Garden, Zoo Zoo Land dan Red Maple Road.








2. Daegu Otgol Village (대구 옻골마을)
Alamat: 195-5, Otgol-ro, Dong-gu, Daegu. 대구 동구 옻골로 195-5 (둔산동)
GPS Coordinate: 35.907985, 128.686877

Daegu Otgol Village terletak 8 km dari Dongdaegu KTX station. Otgol Village ialah Hanok Village iaitu rumah kampung tradisional korea yang dikelilingi gunung-ganang dan pemandangan cantik oleh daun-daun yang berwarna warni ketika musim luruh. Turut kelihatan buah-buahan musim luruh di sekitar kampung ini.





Buah persimmon yang membuah lebat pada musim luruh di sekitar Otgol Village

Itu sahaja untuk post kali ini. Post seterusnya saya akan berkongsi pengalaman trip 1 hari jimat melancong ke Bandar Daegu dengan menggunakan subway.

7 May 2016

5 Tips Menarik Yang Perlu Anda Tahu Untuk Melancong ke Pulau Nami Seoul



Nami island 나미섬 (Namiseom)adalah salah satu destinasi yang 'mesti pergi' apabila mengunjungi Korea. Terkenal dengan lokasi penggambaran filem Winter Sonata, Pulau nami amat popular dikalangan pelancong asing terutamanya Malaysia. Pulau Nami terletak 70km ke timur dari bandar Seoul dan bolek di akses menggunakan train dan bas. Berikut saya kongsikan beberapa tips yang membantu mengenai Nami Island

1. Waktu Sesuai

Waktu yang paling sesuai untuk mengunjungi Nami Island ialah pada musim luruh dan Salji. Selain dari musim ini, pemandangan Pulau nami sama sahaja tidak ubah seperti ladang getah jika di Malaysia. Beberapa rungutan saya dengar dari rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa tiada apa yang menarik di Nami island. Ada yang mengatakan "indah khabar dari rupa". Saya setuju dengan pendapat itu, jika anda pergi bukan pada waktu yang sesuai. Untuk pemandangan cantik di Nami Island, dicadangkan untuk pergi sekitar pertengahan October sehingga pertengahan November untuk musim luruh manakala Pertengahan Januari sehingga awal Februari untuk musim Salji. Beberapa gambar sempat saya rakamkan ketika berada di Nami Island.

Nami Island di awal musim Luruh



Nami island di pertengahan musim luruh






Nami island di penghujung musim luruh




2. Mesra Muslim

Tidak perlu risau ketika mengunjungi Nami Island kerana di sini terdapat Surau dan Restoran Halal yang terletak di tingkat bawah surau sahaja. Lokasi surau dan restoran ini terletak di bahagian tengah Nami Island (Love Village).



3. Spot menarik yang 'mesti pergi' di Nami Island
  • Winter Sonata First Kiss
  • Central Korean Pine Tree Lane
  • Ginkgo Tree Lane
  • Metasequoia Tree Lane
  • Cherry Tree Lane (Musim bunga sakura sahaja, iaitu dari awal sehingga pertengahan April)
Untuk menjimatkan masa, fokus hanya tempat-tempat yang disenaraikan diatas sahaja.

Winter Sonata First Kiss

4. Kemudahan di Nami Island
  • Nami Island Ferry : 4000 KRW
  • Zig Wire flying folk: 38,000 KRW. Pengalaman menaiki zig wire ke nami island, untuk pulang perlu menggunakan ferry
  • Hotel Jeonggwanru. Terletak di kawasan tengah nami island iaitu di Love Village
  • Tempat penyewaan basikal di nami island.

Rate Hotel 
  • Suite, 4 orang sekitar 120,000 KRW - 140,000 KRW
  • Bungalow, 10 orang sekitar 240,000 KRW
  • Bungalow, 14 orang sekitar 300,000 KRW
Harga diatas cuma anggaran sahaja, harga akan berubah mengikut musim. Untuk membuat tempahan, kunjungi lawan web dengan klik sini.

5. Lokasi pelancongan yang berhampiran

Petite France cuma terletak beberapa Kilometer dari Nami Island. Jika anda telah sampai di Nami island, ambil peluang untuk mengunjungi Petite France juga. Petite france adalah sebuah lokasi yang mempamerkan senibina masyarakat Perancis. Tidak lupa juga "The Garden of Morning Calm" yang terletak 24 km dari Nami Island.