30 April 2016

Festival Musim Bunga Sakura (Cherry Blossom) dan Percutian Musim Bunga di Korea Selatan


Musim bunga di Korea adalah musim yang ditunggu-tunggu. Suhu dan cuacanya yang nyaman ditambah pula dengan pemandangan bunga sakura yang memenuhi sepanjang jalan raya, taman-taman dan setiap pelusuk negara korea. Waktu keluarnya bunga Sakura adalah sekitar 2 minggu sahaja sebelum bunga gugur.



Pemandangan Cherry Blossom Sekitar Ulsan

Setiap tahun akan diadakan festival cherry blossom di setiap bandar-bandar di Korea. Tidak ketinggalan di Bandar Ulsan juga. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil di 3 lokasi utama bunga sakura di bandar Ulsan.

1. Daewangam Park






2. Jujeon Beach



3. Gunggeorang Cherry Blossom Festival di Ulsan Downtown

Lokasi Festival ini yang terletak di sepanjang sungai Mugeocheon 무거천, berhampiran dengan bulatan Sinbok 신복로터리.










Pemandangan Cherry Blossom Sekitar Gyeongju

Berikut pula beberapa gambar yang sempat saya rakamkan ketika menyertai acara marathon di Gyeongju. Setiap tahun akan diadakan acara yang popular ini dan ramai warga tempatan dan asing turut menyertai acara 'Gyeongju Cherry Marathon'.











Festival Cherry Blossom di Jinhae

Setiap tahun akan diadakan Festival Cherry Blossom atau Festival Bunga Sakura bermula pada 1 April sehingga 14 april di Jinhae. Terdapat perarakan berpakaian seragam yang turut diadakan di berhampiran lokasi Festival. Ribuan pengunjung tempatan dan asing akan membanjiri kawasan ini dan menikmati keindahan bunga sakura. Turut terdapat pelbagai aneka gerai makanan, pakaian dan cenderamata yang turut dibuka sepanjang hampir 2 km.


Cara-cara untuk ke Jinhae dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan

Jinhae terletak di daerah Changwon iaitu sekitar 40km ke barat dari Gimhae International Airport, Busan. Cara yang paling mudah untuk ke Jinhae ialah menggunakan bas express,
  1. Dari balai ketibaan, keluar di pintu keluar exit 3 dan jalan ke arah kanan, menuju stesen LRT.
  2. Beli tiket ke Sasang. Di sasang keluar exit 2. Jika menggunakan escalator, setelah turun terus menghala ke arah belakang. Jika menggunkan lift, jalan terus ke hadapan.
  3. Jalan sejauh 350 meter sehingga sampai ke Seobu Express Bus Terminal부산서부시외버스터미널
  4. Beli tiket ke Jinhae. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Bus akan berhenti di Jinhae Express Bus Terminal. Lokasi festival hanya 600 meter dari station bas.
Jinhae Gunhangje Cherry Blossom Festival 진해군항제
Coordinate Google maps: 35.153907, 128.659359

Lokasi berlangsung Festival Cherry Blossom. Sumber Google Maps



Kepada rakyat malaysia yang ingin menikmati pemandangan cantik musim bunga sakura dicadangkan untuk melancong ke korea bermula 1hb ke 14hb April di sekitar Busan dan 10hb ke 20hb April di sekitar Seoul. Waktu ini adalah waktu kemuncak bunga Sakura. Pastikan anda menempah tiket flight lebih awal untuk mengelakkan kehabisan tiket atau harga tiket yang terlalu mahal. Diharap post ini bermanfaat. Sekian.

0 comments:

Post a Comment

Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help people in budget travelling to South Korea, Japan and other Asian Country with some of his experience.