31 March 2016

Tips Jimat Melancong Ke Seoul Korea Selatan Menggunakan Subway dan Pengangkutan Awam


Seoul adalah ibu negara bagi Korea Selatan. Seoul amat popular dikalangan rakyat malaysia tambahan pula AirAsia menawarkan perjalan terus dari Kuala Lumpur ke Incheon hampir setiap hari pada harga serendah RM 600 untuk 2 hala (jika promosi). Saya tidak akan bercerita panjang mengenai bandar Seoul kerana anda boleh 'Google' untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bandar Seoul.

Apa yang saya nak kongsikan pada post ini bagaimana cara untuk menjimatkan kos melancong di Seoul hanya dengan menggunakan pengangkutan awam Subway dan Teksi. Dibawah ini merupakan salah satu itinerary daripada 6 lawatan saya bercuti di Seoul.

Hari Pertama

Ketibaan di Incheon International Airport, Incheon dan menggunakan Express train ke Seoul Station untuk ke guesthouse (Town Guesthouse 4) yang terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Seoul Station. Meronda-ronda sekitar Seoul Station dan makan malam di salah sebuah kedai makanan Jepun dan Korea yang terletak di dalam bangunan utama Seoul Station

1. Seoul Station
Incheon Airport station to Seoul station (Airport Railroad line) KRW 4,200





Hari Ke-2

1. Myeongdong
Seoul station to Myeongdong (Subway line 4, exit 8) KRW 1,250
2. Namdaemun Market
Myeongdeong to Hoehyeon (subway line 4, exit 5)
KRW 1,250
3. DongDaemun & Cheonggyecheon Stream

Gwanghwamun (subway line 5, exit 5) KRW 1,250
Dari exit 5 jalan terus 50 meter ke hadapan

Balik ke Seoul station KRW 1,250







Hari ke-3

1. Namsan Tower
Seoul station to Hoehyeon station (subway line 4, exit 1) KRW 1,250
Gunakan teksi ke Namsan Cable Car Station KRW 4,000
Cable car (2 way) KRW 9,000
2. Namsan Hanok village
Dari Namsan Cable Car station gunakan taxi ke Namsangol Hanok Village KRW 4,500
Untuk balik, jalan kaki ke arah subway Chungmuro station
Chungmuro station to Seoul station (subway line 4) KRW 1,250










Hari ke-4

1. Nami island 
Seoul station to Yongsan station (subway line 1) KRW 1,250
Transfer: Yongsan station to Sangbong station (Gyeongui-Jungang line)
Transfer: Sangbong station to Gapyeong station (Gyeongchun line) KRW 2,350
Gunakan Shuttle bas ke Nami island  KRW 1,250
2. Sindang Rapukki
Gunakan Shuttle bus ke Gapyeong station KRW 1,250
Gapyeong station to Sangbong station (Gyeongui-Jungang line)
Transfer: Sangbong station to Taereung station (subway line 7)
Transfer: Taereung station to Sindang station (subway line 6, exit 8) KRW 2,250
3. Balik ke Seoul station
Sindang station to Dongdaemun history and culture park station (subway line 2)
Transfer: Dongdaemun history and culture park station to Seoul station
(subway line 4)
KRW 1,250









Hari ke-5
1. Everland KRW 34,000
Seoul station to Suwon station (subway line 1)
Transfer: Suwon station to Giheung station (bundang line)
Transfer: Giheung station to Jeondae/Everland station (Yongin Everland line, exit 2 atau 3) KRW 2,450

Balik ikut laluan yang sama
KRW 2,450







Hari ke-6
1. Itaewon
Seoul station to Samgakji station (subway line 4)
Transfer: Samgakji station to Itaewon station (subway line 6, exit 3) KRW 1,250
2. Hangang Park
Itaewon station to Gongdeok (subway line 6)
Transfer: Gongdeok station to Yeouinaru station (subway line 5, exit 3) KRW 1,250
Balik ke seoul station KRW 1,250










Hari ke-7
1. Kyeongbokgung
Seoul station to Jongno 3(sam)-ga station (subway line 1)
Transfer: Jongno 3(sam)-ga station to Gyeongbokgung station (subway line 3, exit 5) KRW 1,250
2. Gwanghwamun
Jalan Kaki dari Gyeongbokgung ke arah Statue King Sejong dan General Yi Shunshi, Teruskan berjalan ke arah subway Gwanghwamun station
3. Insadong
Gwanghwamun station to Jongno 3(sam)-ga station (subway line 5)
Transfer: Jongno 3(sam)-ga station to anguk station (subway line 3,
exit 5 atau 6)
KRW 1,250

Balik ke Seoul station
KRW 1,250









Hari ke-8

1. Incheon International Airport
Seoul station to Incheon Internation airport (Airport Railroad line) KRW 4,200
Jumlah keseluruhan kos pengangkutan KRW 89,400

Jumlah Perbelanjaan


Berikut adalah ringkasan jumlah keseluruhan perbelanjaan di Seoul:

Guesthouse (KRW 20,000 x 7) KRW 140,000
Pengangkutan dan tiket masuk ke Everland KRW 89,400
Makan (KRW 12,000 x 7 hari) KRW 84,000
Lain-lain KRW 30,000
Jumlah  KRW 343,400
Pertukaran matawang pada hari trip (KRW 1000 = MYR 3.20) MYR 1,099
Kos Penerbangan Air Asia Economy Class (KL-Incheon) MYR 899
Jumlah keseluruhan Trip MYR 1,998





Untuk kos makan saya limitkan 1 kali untuk sehari, iaitu sama ada lunch atau dinner. Selainnya kami masak sendiri dan bawa bekal kerana guest house menyediakan perkakas lengkap seperti dapur, peti ais dan mesin basuh. Kos makan di korea agak mahal sekitar KRW 6,000 ke KRW 12,000. Oleh kerana saya boleh membaca tulisan hangeul, bolehlah sedikit sebanyak skill ini digunakan untuk mencari tempat makan yang sesuai dan berpatutan. Untuk tiket flight, booking dibuat semasa Air asia membuat promosi. Perjalanan 1 hala sekitar RM 347 sahaja.

Sekian perkongsian saya. Selamat mencuba dan berjimat ketika melancong ke Seoul, Korea. Share maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.

13 March 2016

Tips Percutian Melancong Ke Bandar Gyeongju Korea Selatan

Gyeongju adalah bandar yng dipenuhi sejarah utama Korea Selatan. Bandar ini terletak bersebelahan bandar Ulsan dan Daegu. Jika di Malaysia bandar Gyeongju seperti bandar Melaka. Bandar Gyeongju dikelilingi gunung-ganang. Ini menyebabkan suhu dan persekitarannya berbeza dengan bandar ulsan walaupun ianya terletak hanya bersebelahan.

Bandar Gyeongju terkenal dengan permandangan menarik ketika musim bunga dan musim luruh. Kemudahan Public transport di sini ialah Bas dan Teksi. Berikut saya kongsikan beberapa tempat menarik yang telah saya kunjungi di Bandar Gyeongju.

1. Bulguksa temple 불국사

Antara Temple Buddha yang terkenal di Korea Selatan ialah Bulguksa Temple. Anda boleh mengetahui tentang agama Buddha versi Korea (apa yang saya tahu ianya berbeza sedikit dengan Buddhism di Malaysia, itupun jika saya tidak silap lah). Ketika kami di Bulguksa, terdapat perkhidmatan jurubahasa dan penterjemah yang akan menerangkan setiap bahagian temple ini dalam bahasa inggeris. Harga perkhidmatan jurubahasa cuma 5,000 KRW.








2. Daereungwon Cheonmachong Tomb 대릉원천마총

Museum kecil yang mempamerkan bagaimana raja-raja dahulu dikebumikan. Mereka ditanam bersama harta-harta dan perhiasan mereka. Kubur mereka kelihatan sebuah bukit yang besar setinggi 5 meter.





3. Seokguram Grotto 석굴암

Teknologi zaman pra-sejarah korea mempamerkan temple yang dibina dengan kejuruteraan yang hebat. Statue-statue didalamnya dibina bilik khas untuk menjaga kelembapan udara supaya struktur utama Seokguram Grotto tidak runtuh. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah ke sana kerana hanya melihat replika Seokguram Grotto di Silla Arts and Science Museum sahaja.



4. Cheomseongdae Observatory 첨성대

Struktur susunan batu bata yang membentuk sebuah menara. Menara ini digunakan generasi Silla untuk mengkaji dan melihat bintang dan kajian astronomi. Struktur replika Cheomseongdae juga terdapat di Silla Arts and Science Museum.



5. Toy Village 토이빌리지

Pameran binatang ternakan dan eksotik sepertik ikan, ular, biawak, arnab, kura-kura dan banyak lagi. Sesuai untuk kanak-kanak dan peminat binatang ternakan dan eksotik.

Address:
경상북도 경주시 보문로 391
391 Bomun-ro Gyeongju Gyeongsangbukdo
Google maps coordinate: 35.847184, 129.282963
Phone: 054-772-9000






6. Silla Arts and Science Museum 신라역사과학관

Museum yang mempamerkan sejarah Dynasti pemerintahan empayar Silla. Bagaimana mereka meranang dan menguruskan bandar mereka yang boleh dikagumi. Terdapat replika Seokguram Grotto dan Cheomseongdae observatory tower.



7. Gyeongju World Amusement Park 경주월드 어뮤즈먼트

Theme park yang terletak bersebelahan Bomun Lake. Merupakan theme park kedua terbesar di Korea Selatan selepas Everland. Bersebelahan theme park ini terdapat taman tema air. Taman tema air dibuka pada musim summer sahaja. Walaupun sudah hampir 3 kali saya ke Gyeongju, namun saya masih belum berkesempatan untuk ke Gyeongju World Amusement Park kerana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Harga tiket masuk ialah 37,000 KRW untuk dewasa dan 29,000 KRW untuk kanak-kanak.



Pemandangan Gyeongju World dari Blue Lagoon Hotel, Gyeongju.

8. Beomun lake 보문호

Sebuah tasik yang besar dan dikelilingi oleh hotel-hotel penginapan dan juga golf course. Nikmati pemandangan indah tasik Bomun ketika musim bunga sakura dan musim luruh.

Bomun Lake ketika musim bunga sakura


9. Gyeongju Birdpark 경주버드파크

Taman burung dan binatang-binatang ternakan. Terdapat juga mini zoo didalam taman burung ini. Bersebelahan Gyeongju Birdpark terdapat taman Botani yang mempamerkan pelbagai tumbuh-tumbuhan dari seluruh dunia. Pelawat diberi pengalaman bermain dengan burung-burung di dalam taman ini.





Taman botani bersebelahan Taman Burung Gyeongju




10. Teddy Bear Museum 테디베어박물관

Museum dipenuhi Teddy bear berpakaian dengan pelbagai pakaian yang mempamerkan budaya masyarakat korea dan masyarakat asing.








Cara-cara untuk ke bandar Gyeongju dari Gimhae International Airport, Busan

Tambang: 9,000 KRW
Tempoh perjalanan: 2 jam 30 minit



  1. Station bas berhampiran dengan balai ketibaan Gate 3 di bus stop no 1 seperti gambar di atas. 
  2. Berhenti di stesen ke-2 yang bernama Gyeongju 경주
  3. Apabila tiba di Gyeonju teksi ke destinasi hotel atau motel anda.
  4. Untuk kembali semula ke Gimhae International Airport Busan guna bas dari stesen ini juga
Setakat ini perkongsian saya mengenai bandar Gyeongju. Selamat bercuti ke Gyeongju, Bandar bersejarah Korea Selatan.

Author

My photo
Saiful Izwan. 29 years old, married. Passionate in travelling. Happy to help and encourage people to do self-budget-travelling to South Korea, Japan and other Asian country.