28 February 2016

Belajar Tulisan Korea (Hangeul) Dalam Masa 3 Hari - Hari 1


Pada post kali ini saya akan berkongsi tentang bagaimana mempelajari bahasa Korea dengan cara paling singkat. Tulisan korea agak mudah dipelajari dalam masa yang singkat berbanding tulisan Jepun dan Cina. Ini kerana huruf yang digunakan dalam tulisan korea (Hangeul) cuma 27 huruf sahaja.

Menulis dan membaca adalah mudah. Berbeza dengan bertutur dan memahami bahasa korea yang agak sukar dan memerlukan masa yang lama. Walaubagaimanapun, tujuan mempelajari tulisan korea adalah untuk membantu anda ketika mana tidak terdapat tulisan english dalam situasi seperti:
  • Dapat menggunakan Apps Google Translate 
  • Memudahkan anda untuk membaca tulisan menu di restoran-restoran
  • Memudahkan anda untuk membaca signboard
  • Memudahkan anda membaca tulisan korea ketika menggunakan Maps dalam bahasa korea seperi Naver Maps
Untuk memulakan post ini, saya akan mengenalkan anda dengan tulisan Konsonant hangeul. Lihat huruf-huruf Konsonant dibawah dan cuba untuk menulisnya sendiri.

Huruf Konsonant Hangeul

- B (cara sebutan: Bola)
- J (cara sebutan: Jambu)
- D (cara sebutan: Dodol )
- K atau G (cara sebutan: Kebab atau Gemuk)
- S (cara sebutan: Saya atau Shikin)
- M (cara sebutan: Makan)
- N (cara sebutan: Naga)
- NG atau tiada bunyi (cara sebutan: abaNG.Note:Jika terdapat dipermulaan maka tidak dibunyikan )
- R atau L (bunyi: Raga atau Lapar)
- H (cara sebutan: Harga)
- K (cara sebutan: Ketawa)
- T (cara sebutan: Taman)
- CH (cara sebutan: CHinese)
- P (cara sebutan: Padang)

Konsonan kembar
ㅃ - BB (cara sebutan: Buku)
ㅉ - JJ (cara sebutan: Jual)
ㄸ - DD (cara sebutan: Dadu)
ㄲ - KK (cara sebutan: Kebab)
ㅆ - SS (cara sebutan: Saya)

Untuk hari pertama, cuba untuk mengenali dan hafal karakter-karakter ini. Mari cuba kenali karakter konsonant dalam beberapa perkataan dibawah. Perhatikan beberapa huruf konsonant sahaja. Abaikan huruf-huruf lain selain huruf yang saya senaraikan di atas ini.

안녕하세요 - An-nyeong-ha-se-yo

Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan diatas ialah: ㅇ,ㄴ,ㄴ,ㅇ,ㅎ,ㅅ,ㅇ

Perhatikan gambar diatas untuk kenal pasti huruf konsonant

감사합니다 - Kam-sa-hab-ni-da

Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan diatas ialah: ㄱ,ㅁ,ㅅ,ㅎ,ㅂ,ㄴ,ㄷ


반감습니다 - Ban-gab-seub-ni-da

Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan diatas ialah: ㅂ,ㄴ,ㄱ,ㅂ,ㅅ,ㅂ,ㄴ,ㄷ

부산 - Bu-san

Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan diatas ialah: ㅂ,ㅅ,ㄴ
Diatas adalah beberapa contoh konsonan yang digunakan dalam tulisan korea dan bagaimana mengenalpasti huruf tersebut didalam satu perkataan. Untuk hari pertama, cuba ingat huruf konsonan sebanyak 13 huruf kesemuanya.

Untuk post seterusnya saya akan mengenalkan huruf-huruf vowel pula. Ini boleh dipelajari pada hari ke-2 atau selepas anda mahir mengenal huruf-huruf konsonan.

Jika anda sudah bersedia, mari ke pembelajaran seterusnya iaitu mengenal huruf vokal.

27 February 2016

Percutian di Jepun: Melancong Bandar Osaka, Kobe dan Ikoma Selama 6 Hari 5 Malam dengan Budget RM1500

Salam Sejahtera dan Annyeonghaseyo,

Kali ini post saya tidak berkaitan dengan negara Korea tetapi mengenai lawatan saya ke bandar Osaka, Jepun pada musim summer 2015. Ini merupakan kali ke-2 saya ke Jepun. Kali pertama saya ke Yokohama namun itupun atas urusan kerja dan bukan bercuti. Oleh kerana Jepun terletak hanya bersebelahan dengan Korea, saya mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti musim summer saya untuk melancong ke Negara Jepun. Osaka merupakan bandar ke-2 terbesar di Jepun selepas Tokyo.



Summary dari percutian ini:
  • 4 orang traveller iaitu saya, isteri, ibu mertua dan anak perempuan berumur 1 tahun. Anak saya menggunakan baby carrier dan stroller ketika di osaka.
  • Kos RM 1500 tidak termasuk tiket penerbangan. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Gimhae Busan, Korea ke Osaka menggunakan penerbangan 'Peach Flight'.
  • Melancong ke 22 Destinasi di sekitar Osaka, Kobe dan Ikoma.
  • Menggunakan subway, train dan bas sepenuhnya ketika lawatan 
  • Kos makan setiap hari 2000 Yen seorang untuk makan malam sahaja, untuk makan tengahari kami bawa bekal
  • Kami tinggal di apartment yang di tempah melalui web Airbnb. 
  • Menggunakan 2 pass lawatan untuk menjimatkan kos. Jimat sekitar 18% dari kos sebenar jika tidak menggunakan Pass. 
Persedian sebelum ke Osaka

Saya melakukan research melalui laman-laman web dan bacaan blog dari beberapa rakyat Malaysia yang telah pun bercuti ke Osaka supaya saya lebih bersedia dan percutian saya lebih lancar. Berikut ialah beberapa persediaan yang saya lakukan;

  • Study maps Osaka dan Maps subway dan Metro. Terdapat banyak jenis Train di Osaka antaranya Subway, Hankai, Hankyu, Hanshin, JR, Keihan, Nankai, Semboku, Monorail dan Kintetsu. Namun, trip saya hanya menggunakan JR, Kintetsu dan subway sahaja. Download Apps train di Osaka jika anda menggunakan smartphone.
  • Plan tempat menarik untuk dilawati selama 6 hari berserta kos-kos yang terlibat
  • Booking flight dan tempat tinggal. Pastikan tempat tinggal berhampiran dengan station subway atau metro.
  • Untuk menjimatkan kos, beli pass lawatan yang boleh menjimatkan kos. Anda boleh lihat pass lawatan yang saya beli ketika melancong di Osaka 
  • Beli Prepaid LTE Simkad (untuk data internet sahaja) untuke kegunaan internet semasa di Osaka. Data ini penting untuk saya menggunakan Google Maps dan juga Apps di Jepun. Data simkad ini boleh dibeli semasa di dalam flight atau semasa di Kansai Airport. Sebagai alternatif, terdapat banyak syarikat penyewaan simkad di Osaka yang boleh didapati di Kansai Aiport.


Kintetsu Train

Makanan 
Osaka lebih mesra muslim berbanding di Korea. Di Kansai International Airport terdapat surau dan beberapa restoran halal dan Pork-free. Terdapat juga beberapa masjid dan surau di sekitar bandar Osaka dan juga restoran Halal yang saya akan kongsikan pada bahagian seterusnya.


Onigiri yang boleh didapatkan di 7 Eleven dan Convenient Store

Di Osaka saya telah awal-awal lagi siapkan mindset untuk kurangkan makan di restoran. Untuk lunch kami akan masak sendiri dan bawa bekalan. Kami cuma makan malam seperti sushi dan seafood sahaja. Di setiap convenient store seperti 7eleven, kami akan beli makanan tambahan. Biasanya kami akan beli nasi pulut tuna atau sotong (dipanggil onigiri). Harganya sekitar 100 Yen sahaja. Drinking water di Osaka cuma 100 Yen untuk satu botol besar 2 Liter. Oleh kerana lawatan kami pada musim panas, sememangnya air sangat diperlukan supaya kesihatan kami tidak terjejas.

Hotel/Guesthouse
Untuk penempatan, bagi anda yang masih bujang atau travel bersendirian, mencari guesthouse atau hostel sangat mudah dan menjimatkan. Di sini banyak tempat tinggal jenis capsule. Kos hanya sekitar 2000 Yen 1 malam. Harga hotel akan menjadi mahal menjelang peak season atau ketika festival tertentu. Saya menggunakan website dibawah ini untuk menempah hotel atau guesthouse:

  1. Booking.com
  2. Agoda.com
  3. Airbnb
Kami memilih untuk menetap di sebuah guesthouse di Ikoma, bersebelahan station keretapi jenis Kintetsu, iaitu station 'Ikoma'. Tempah menggunakan laman web Airbnb


 Osaka Kaiyukan Pass

Osaka Amazing Pass

Pass Lawatan di Osaka
Tidak mudah untuk membuat keputusan pass lawatan apa yang sesuai untuk dibeli melainkan anda telah merancang destinasi yang ingin dilawati. Jika tidak, anda akan rugi kerana kos Pass lawatan tidaklah murah jika anda hanya pergi ke beberapa destinasi sahaja. Untuk Pass lawatan saya, saya membuat keputusan untuk membeli Osaka Amazing Pass (1 day 2300yen, 2 days 3000yen) untuk digunakan pada hari ke-2 dan ke-3. Pass ini membolehkan anda menggunakan kemudahan subway kemana sahaja anda mahu untuk melawat tempat-tempat menarik di Osaka. Pas ini sah untuk 2 hari berturut-turut sahaja.

Satu lagi pass yang saya gunakan ialah Osaka Kaiyukan Pass (1 day 2400yen) - digunakan pada hari ke-5. Pass ini membolehkan anda untuk masuk ke Osaka Kaiyukan Aquarium dan juga menggunakan kemudahan Subway kemana sahaja yang anda mahu untuk melawat tempat-tempat menarik di osaka pada hari yang sama.

Aturcara Perjalanan

Perjalanan saya bermula dari Gimhae International Airport di Korea ke Osaka Kansai International Airport. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Perjalanan dari Malaysia ke Osaka mengambil masa sekitar 6 jam perjalanan.



Penerbangan Peach Flight dari Korea ke Jepun

Osaka Kansai Airport merupakan Lapangan Terbang utama Osaka. Lapangan terbang ini terletak agak jauh dari Bandar Osaka. Apa yang menarik lapangan terbang ini terletak di tengah-tengah laut dan disambungkan dengan jamtatan panjang dan juga keretapi.


Jalan raya dan landasan keretapi yang menyambungkan Lapangan Terbang Osaka Kansai Aiport dan daratan

Dari Airport ke Bandar Osaka, terdapat 2 jenis perkhidmatan keretapi iaitu JR Line dan Nankai Line. Saya memilih JR kerana lokasi penginapan saya berdekatan dengan station JR iaitu station Tsuruhashi. Harga tiket JR ialah 970 Yen ke Tsuruhashi. Lihat maps keretapi di Osaka seperti di bawah.

Berikut ialah itinerary lawatan saya selama 6 hari 5 malam di bandar Osaka, Kobe dan Ikoma. Walaupun tidak semua tempat yang saya rancang dapat dikunjungi, namun begitu saya rasa sungguh berpuas hati untuk trip pertama kali saya ke Osaka.




Hari pertama

Bertolak dari Busan Airport dan tiba di Terminal 2 Kansai Airport. Untuk menaiki train JR saya perlu ke Terminal 1. Bas disediakan percuma untuk ke Terminal 1. Untuk membeli tiket Osaka Amazing Pass anda perlu ke kaunter Tourist Information Center dan bawa bersama passport. Osaka Kaiyukan Pass boleh dibeli di Subway Namba Station Information Center. 


Kaunter Tourist Information Center di Terminal 2 
untuk membeli Osaka Amazing Pass

Seterusnya saya ke kedai Convenient store berdekatan untuk menebus data Simkad yang dibeli ketika di dalam flight. Untuk hari pertama, tiada aktiviti pada memandangkan ketika kami tiba di Apartment hari sudah agak lewat. Kami cuma berehat dan bersedia untuk aktiviti pada seterusnya.


Prepaid LTE Sim mobile Data yang digunakan semasa berada di Osaka


Hari ke-2

Menggunakan Osaka Amazing Pass melawat ke tempat berikut:

1. Tsutenkaku Tower

Tsutenkaku Tower ialah observation tower untuk melihat bandar sekitar. Sepanjang perjalanan ke Tower terdapat banyak kedai-kedai jualan cenderahati dan makanan.



Pemandangan dari Observation deck




2. Tennoji Park


Tennoji Park terletak bersebelahan dengan Tsukenkaku Tower. Kami hanya berjalan kaki untuk ke sini sambil melalukan banyak kedai-kedai. Di Tennoji Park terdapat Tennoji Zoo. Kami tidak masuk ke Zoo sebaliknya hanya berehat sebentar di Tennoji Park untuk berehat seketika. Kemudian kami ke destinasi seterusnya.







Pemandangan sekitar Tennoji Park

Pintu masuk ke Tennoji Zoo


3. Hep-Five Ferris Wheel







Menggunakan Google Maps untuk melihat arah ke Hep5 Ferris Wheel

Apa yang menarik Hep 5 Ferris Wheel terletak di atas bangunan shopping mall. Ianya seakan-akan Ferris Wheel di Bandar Ulsan, Korea iaitu di Lotte Young Plaza. Setelah selesai menikmati pemandangan dari atas Hep5 Ferris Wheel, kami berhenti untuk menunaikan solat di dalam bangunan ini dan ke destinasi seterusnya.


4. Umeda Sky Floating Garden


untuk ke Umeda Sky Floating Garden kami hanya berjalan kaki. Jaraknya agak jauh sekitar hampir 500 meter. Jalan ke sini agak tricky sedikit kerana anda perlu melalui terowong bawah tanah.

















Ber-selfie dibawah Sky Floating Garden



5. Osaka Castle Museum


Untuk ke Osaka Castle kami berjalan kaki agak jauh sekitar 800 meter dari stesen subway. Namun, kami cekalkan hati juga kerana exited untuk melihat Osaka Castle.













6. Hard Rock Cafe Osaka


Kami singgah sebentar di Hard Rock Osaka untuk membeli T-shirt dan cenderamata yang lain. Ia terletak cuma 3 minit berjalan kaki dari station subway Honmachi (Chuo Line).





7. Dotonbori River Cruise 


Hari semakin gelap. Dari Osaka Castle kami ke Dotonbori untuk menikmati pemandangan malam sepanjang sungai Dotonbori dengan menaiki cruise. Sambil menunggu giliran kami tiba, kami menikamati Sushi di Daikaisuisan Sushi terlebih dahulu. Di sini diberikan diskaun 10% bagi pemegang Osaka Amazing Pass. Sushi disini sangat sedap dan total kos makan malam kami pada malam ini ialah 2000 Yen untuk 3 orang :) Dotonbori terkenal sebagai food street, dimana terdapat pelbagai jenis makanan Jepun di sepanjang jalan di sini. Ia bersebelahan dengan Shinsaibashi Street.








 Dotonbori River Cruise

Hari ke-3

Ini ialah hari terakhir untuk menggunakan Osaka Amazing Pass. Jadi kami akan menggunakan semaksimum mungkin agar trip kami menjadi lebih berbaloi. Kami keluar agak awal pada hari ini walaupun penat semalam masih belum hilang.

1. Capten Line Cruise


Untuk hari ini semua destinasi kami adalah sekitar Osaka Bay Area. Aktiviti pertama ialah menaiki Cruise Capt. Line untuk ke Universal City.



















2. Universal Studio dan Takoyaki Museum


Universal Studio Osaka terletak di Universal City. Kami tidak bercadang untuk masuk ke Universal Studio kerana masa dan keadaan tidak mengizinkan. Cuma bergambar sahaja di hadapan Universal Studio. Di sini kami ke Takoyaki Museum untuk menikmati Takoyaki dan juga Hard Rock Cafe.



















3. Cruise Ship Santa Maria

Dari Universal City kembali semula ke Osaka Bay area dengan menaiki Capt. Line. Kemudian menaiki Cruise Santa Maria untuk menikmati pemandangan laut dan pelabuhan sepanjang Osaka Bay. Apa yang menarik design kapal ini seperti kapal lanun.






















4. Tempozan Ferris Wheel

Terletak bersebelahan dengan Osaka Kaiyukan Aquarium. Merupakan antara Ferris Wheel yang terbesar di dunia. Jika berkeberanian lebih boleh request untuk duduk di dalam kabin yang berlantai lutsinar.









5. Government Perfectural Building 

Destinasi seterusnya iala Goverment perfectural building. Untuk sampai ke sini perlu menaiki subway yang akan melalui bawah dasar laut. Kami tidak ketinggalan menyaksikan sunset dan pemandangan cantik sekitar Osaka Bay Area.










Hari ke-4

Kami menggunakan train JR dan pergi ke bandar bersebelahan iaitu bandar Kobe. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari bandar Osaka.


Kami tidak menggunakan JR Wess Pass memandangkan kosnya yang mahal. JR West Pass untuk 1 hari ialah 2300 Yen. Tiket pergi dan balik menggunakan harga biasa lebih murah dari menggunakan JR West Pass. Sekiranya anda ingin menggunakan JR West Pass untuk menjimatkan kos pastikan harga tiket JR anda melebihi harga pass. Sebagai contoh, anda dari Kansai Airport dan ingin ke Kobe dan Kyoto pada hari yang sama.

Di stesen JR kobe kami berjalan kaki sejauh 700m untuk ke stesen bas Kobe City Loop. Ia terletak bersebelahan dengab bangunan 'MOSAIC'.


Kobe Station JR Line


Tambang KOBE CITY TOUR bas adalah 550 yen untuk 1 day pass. Bas boleh digunakan secara unlimited. Bas ini sentiasa berjalan mengikut route dan berhenti setiap 30 minit di stesen. Jadi pastikan anda plan waktu lawatan untuk bas seterusnya.


Bas Kobe City Loop 

Di Jepun, menaiki bas adalah dari pintu belakang dan keluar di pintu hadapan. Terbalik jika anda berada di Korea

Menggunakan bas Kobe City Loop kami melawat tempat-tempat berikut:

1. Masjid kobe

Pada hari ini ialah hari Jumaat. Saya berkesempatan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kobe dengan berkhutbahkan khutbah dalam bahasa Jepun. Selesai solat jumaat kami ke destinasi seterusnya iaitu Kitano Ijinkan.







2. Kitano Ijinkan


Terletak tidak jauh dari Masjid Kobe. Lorong ini kelihatan seolah-olah berada di Eropah walaupun sebenarnya anda berada di Asia. Senibina bangunan-bangunan di sini memang menarik.





3. Nunobiki herbs garden 


Menggunakan Bas City Loop kami ke Nunobiki Herbs Garden. Taman Herba atau Taman bunga ini terletak di atas puncak gunung. Para pelancong perlu menaiki cable car ke puncak bukit dan kemudian menuruni bukit sambil melalui taman-taman bunga dan herba. Harga tiket cable car ialah 1400 Yen setiap orang (kecuali kanak-kanak).


Di puncak gunung anda akan menikmati pemandangan indah bandar Kobe. Di sini terdapat juga museum Perfume dimana perfume-perfume berjenama dari seluruh dunia dipamerkan. Kami tidak ketinggalan membeli cenderamata di sini iaitu madu lebah asli yang mana madunya berasal dari bunga-bunga Nunobiki Herbs Garden.










Membeli cenderamata dari Nunobiki Herbs Garden




Museum yang mempamerkan pelbagai jenis Perfume




4. Kobe Motomachi

Kami ke destinasi seterusnya menggunakan Bas City Loop. Ini adalah destinasi terakhir kami menggunakan City Loop. Motomachi adalah shopping street. Di sini kami membeli beberapa cenderamata untuk keluarga di Malaysia antaranya jam tangan G-Shock.


Untuk membeli 1 day pass Bas Kobe City Loop, pastikan destinasi anda sekurang-kurangnya 3 destinasi. Jika kurang, cukup sekadar pay-per-ride.








5. Kobe Port Tower

Dari Kobe Motomachi kami berjalan ke arah kobe port tower melalui kedai-kedai shopping duty free. Berjalan ke Kobe Port Tower mengambil masa sekitar 10 minit. Di sini anda akan menikmati pemandangan Kobe Port Town.


Berjalan kaki dari Kobe Motomachi ke Kobe Port Tower





6. MOSAIC.

Di bangunan MOSAIC, saya singgah di Loteria terletak di pintu masuk bangunan. Singgah sebentar untuk menikmati burger loteria (shrimp burger, hanya ini sahaja yg boleh di makan bagi yg beragama islam).









Saya meluangkan baki masa yang tinggal untuk bersiar-siar dalam bangunan ini kerana dibahagian belakang terdapat ferris wheel dan kids museum. Terdapat kedai kebab turkey halal dan kami makan malam di sini sahaja.

Bangunan Mosaic bersambung dengan bangunan sebelahnya, bangunan Umie. Di sini saya singgah di kedai 'tokyo glasses' untuk membeli cermin mata ibu mertua saya. Harga berpatutan dan kualitinya bagus. Sementara menunggu cermin mata selesai kami bersiar-siar di dalam bangunan ini. Setelah selesai, dari bangunan Umie kami ke stesen JR kobe untuk pulang semula ke Osaka.





Masa untuk pulang setelah keletihan perjalanan dari Osaka ke Kobe



Hari ke-lima


1. Osaka Kaiyukan Akuarium

Pada hari ini, kami menggunakan Osaka Kaiyukan Pass ke Osaka Kaiyukan Akuarium. Aquarium setinggi beberapa tingkat ini memang besar dan pelbagai hidupan laut boleh disaksikan. Hampir separuh hari kami menghabiskan masa di sini.














Seterusnya saya menggunakan subway ke Namba untuk sesi shopping souvenir. Kaiyukan Pass membolehkan kami menggunakan subway unlimited untuk satu hari sahaja.

2. Namba

Namba shopping street terdapat banyak kedai-kedai second hand berjenama mewah seperti LV dan lain-lain. Walaupun ianya barang secondhand, tetapi kebanyakannya masih kelihatan baru dan baik. Tengok harganya pun saya tak mampu nak beli. Jadi kami hanya window shopping sahajalah. 

Saya singgah di kedai salah sebuah kedai 100 yen yang ada disini untuk membeli sedikit buah tangan. Tips untuk anda, untuk cenderamata dari Jepun beli sahajalah di kedai 100 yen. Anda boleh beli seperti kedai ini anda yang punya.

Setelah selesai, dari Namba saya menggunakan subway ke stesen Tsuruhashi. Di stesen Tsuruhashi kami bertukar ke keretapi Kintetsu untuk ke Ikoma. Terdapat beberapa jenis Kintetsu iaitu biasa, semi-express dan express. Ketiga-tiga ini bezanya ialah bilangan stop stesen sahaja. Ketiga-tiga jenis ini akan berhenti di Ikoma. Kami menunggu Kintetsu Express untuk menjimatkan masa.


3. Ikoma Amusement Park

Ikoma adalah sebuah bandar kecil yang terletak bersebelahan bandar Osaka. Hanya kereta api kintetsu sahaja yang akan lalu di sini. Perjalanan hanya 20 minit sahaja dari Tsuruhashi menggunakan Kintetsu Express. Untuk semi-express dan biasa mengambil masa sekitar 30 ke 40 minit.

Dari stesen ikoma, kami berjalan kaki 100 meter untuk ke ikoma cable car (Torimae Station). Jika di Malaysia, keretapi ini sama seperti di bukit bendera, Pulau Pinang. Keretapi akan berhenti dipertengahan gunung iaitu di station Hozanji. Anda perlu turun dan bertukar ke keretapi sambungan untuk ke stesen terakhir iaitu Ikoma Sanjo. Harga tiket ialah 700 yen untuk perjalanan 2 hala. 




















Apabila sampai di Stesen terakhir, kami berada pada 642 meter dari paras laut. Di puncak gunung ikoma terdapat taman tema kanak-kanak, dikenali sebagai ikoma Sky Land Amusement Park. Taman tema ini dipenuhi dengan rides kanak-kanak. Saya meluangkan masa selama 1 jam melayan kerenah anak saya yang tidak mahu berhenti bermain di sini. Di penghujung taman, terdapat observatory area untuk menikmati pemandangan indah bandar Osaka dan Nara pada waktu malam. Cable car terakhir adalah pada pukul 10 malam. Dari kintetsu stesen ikoma, saya pulang semula ke hostel.










Bersebelahan stesen ikoma, terdapat sebuah supermarket yang besar dikenali sebagai 'Kintetsu Department Store' sebagai trademark untuk Bandar Ikoma yang dimonopoli oleh syarikat Kintetsu. Berhadapan dengan pasaraya ini, terdapat juga kedai 100 Yen. 




Hari ke-Enam

1. Rinku Town

Hari ini ialah hari terakhir kami di Osaka. Tiket penerbangan pada pukul 5.45 petang dan ada banyak masa sementara menunggu waktu penerbangan. Dari hostel kami menggunakan JR ke stesen Rinku Town. Stesen ini bersebelahan stesen Kansai Airport sahaja. Kami meluangkan masa di Rinku Premium Outlet. Di stesen Rinku Town terdapat tempat untuk menyimpan luggage. Kosnya cuma 500 Yen setiap luggage. Bersebelahan rinku premium outlet  terdapat ferris wheel dan Rinku Park, taman yang terdapat kolam buatan manusia.








Di kansai airport kami keletihan dan berehat sebentar untuk menunaikan solat di surau Kansai International Airport yang terletak di tingkat-3. Sebelum pulang kami sempat menikmati sushi sepuas-puasnya di salah satu restoran sushi di dalam airport.

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang lawatan saya dan keluarga ke bandar Osaka. Berikut saya senaraikan Kos-kos yang terlibat sepanjang lawatan 6 hari 5 malam. Kos ini adalah kos untuk setiap seorang dan tidak termasuk kos flight.

1. Pass lawatan
  • Osaka Amazing Pass 3000 Yen
  • Osaka Kaiyukan Pass 2400 Yen
2. Apartment (kos dibahagi 3 orang. Harga penginapan ialah 6000 Yen satu malam)
  • 2000 Yen x 5 malam = 10,000 Yen
3. Makanan
  • 2000 Yen x 6 hari = 12,000 Yen
4. Simkad Data
  • 2 Gb LTE Data 3000 Yen
5. Pengangkutan Selain pass lawatan
  • Kobe City Loop Bus 560 Yen
  • Ikoma Cable Car 700 Yen
  • Kintetsu Express 560 Yen
  • JR Train total (pergi dan balik airport, Kobe) 4000 Yen
  • Nunobiki Cable Car 1400 Yen
6. Kos-kos Access ke tempat menarik
  • Percuma dengan menggunakan Osaka Amazing Pass
7. Cenderamata dan lain-lain
  • Kedai 100 Yen untuk 15 barang, total 1500 Yen
  • Takoyaki, air minuman dan lain-lain. Total 3000 Yen
Jumlah keseluruhan kos lawatan ialah 42,120 Yen setiap seorang. Ketika post ini ditulis, nilai conversion rate untuk 1 Yen ialah RM 0.0369. Untuk mata wang RM jumlahnya ialah RM 1554.23.

Walaubagaimanapun, duit kos makan kami mempunyai lebihan sebanyak 1000 Yen setiap seorang. Jadi kami telah jimat RM 110. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Moga bermanfaat kepada rakan-rakan lain. Saya dalam proses merancang percutian backpack ke seluruh bandar-bandar utama di Korea Selatan pada musim summer 2016. Nantikan post seterusnya dan terus subscribe blog ini.


Selamat mencuba !!!
dan
Arigato Gozaimas