24 January 2016

Melancong Ke Tempat-Tempat Menarik di Busan Korea Dengan Menggunakan Subway


Ketika menetap di Korea, saya meluangkan masa hujung minggu dengan mengeksplorasi tempat-tempat menarik di Bandar Busan dengan menggunakan subway. Post ini akan mengenalkan anda tempat-tempat menarik yang boleh dilawati menggunakan subway di Bandar Busan.
Preview itinerary Busan 4 hari 3 malam

Sebelum itu, itinerary diatas adalah contoh itinerary yang boleh digunakan ketika melancong ke bandar Busan. Itineray ini untuk trip 4 hari 3 malam di Bandar Busan, Korea. Sila klik pada image untuk download preview itinerary.


Bagi pengguna iPhone dan Android, terdapat applikasi handphone Subway Station di Korea. Applikasi ini boleh digunakan di bandar-bandar yang menyediakan kemudahan Subway seperti Busan, Seoul, Daejon, Daegu dan Gwangju. Anda boleh download Apps ini sebelum datang ke Korea.



Subway Line 1 (Berwarna Oren)

1. Nampo Station 남포역


Tempat yang boleh dilawati:
  • GwangBok Fashion Street 광복동패션거리: keluar di Exit 7 atau exit 5(elevator) atau exit 3 atau exit 1
  • Yongdusan Park & Busan Tower 용두산공원: Elevator untuk naik ke Yongdusan Park berada di tengah-tengah GwangBok Fashion Street. 
  • Jagalchi Market 자갈치시장: Berjalan kaki dari Nampo-Dong ke arah selatan (menghala laut). Juga boleh menaiki subway sehingga ke station Jagalchi dan turun di exit 8 atau exit 10. Station Jagalchi terletak 1 station selepas Nampo Station.


Aktiviti kegemaran hujung minggu pada musim winter 
iaitu menikmati Odeng오뎅 dan Tteokbokki떡볶이 di Nampodong ;)

2. Toseong Station 토성역

Gamcheon Cultural Village 감천문화마을:
  • Keluar exit 8 jalan terus kehadapatan sejauh 100 meter.
  • Anda boleh lihat stesen bas di seberang jalan. lihat gambar di bawah untuk kepastian
  • Naik bas bernombor: 2 atau 1-1 atau 2-2 Tambang bas sekitar 1,200 KRW
Menggunakan teksi dari subway Toseong Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 감천문화마을 = Gam Cheon Mun Hwa Ma Eul. Tambang teksi sekitar 3,000 KRW

Station bas untuk ke Gamcheon Cultural Village

Bangunan bertentangan dengan station bas

Kembali  ke station subway:
  • Gunakan bas yang sama yang digunakan untuk ke Gamcheon Cultrural village. Iaitu bas bernombor 2 atau 1-1 atau 2-2.
Menggunakan teksi dari Gamcheon Cultural Village ke subway Toseong Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 토성역 = Toseong Yeok. Tambang teksi sekitar 3,000 KRW.

3. Beomosa Station 범어사역

Beomosa Temple범어사:
  • Keluar exit 5 atau 7. Keluar sahaja dari tangga terus jalan ke arah belakang sehingga jumpa lorong kecil. 
  • Jalan terus sepanjang lorong kecil sekitar 150 meter sehingga stesen bas Samsin 삼신교통 di sebelah kiri anda.
  • Ambil bas bernombor 90. Harga tiket ialah 1,200 KRW. Masa perjalanan ialah 20 minit ke Beomosa Temple.
  • Bas akan berhenti di hadapan Beomosa Temple.
Menggunakan teksi dari subway Beomosa Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 범어사입구 = Beomosa ibgu. Tambang teksi sekitar 4,000 KRW.

Kembali ke Station Subway:
  • Naik bas di station yang anda turun tadi. Bas yang sama bernombor 90. Tambang bas 1,200 KRW turun di station yang ke-4 (station terakhir).
  • Turun dari bas, jalan kaki ke hadapan mengikut arah laluan bas sehingga anda jumpa roundabout, dan ambil kanan (roundabout pukul-tiga) jalan kehadapan sehingga jumpa station subway. Jumlah perjalanan sejauh 600 meter dan mengambil masa 10 minit.
Menggunakan teksi dari Beomosa Temple ke Beomosa Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 범어사역 = Beomosa Yeok. Tambang teksi sekitar 4,000 KRW.
Sekitar Beomosa Temple ketika musim Autumn

Antara salah satu pintu masuk ke Beomosa Temple


Subway Line 2 (Berwarna Hijau)

1. GyeongSeong University Bukyeong University Station 경성대부경대역

Tempat yang boleh dilawati:

Oryukdo Skywalk 오륙도 스카이워크
  • Keluar di Exit 2 dan jalan terus 100 meter ke hadapan sehingga sampai di bus station
  • Naik bas bernombor 131. Masa perjalanan ialah 25 minit (turun di station yang ke-14) dan tambang bas ialah 1,200 KRW. 
  • Setelah sampai berjalan sejauh 275 meter untuk sampai ke Oryukdo Skywalk
Menggunakan teksi dari Gyeongseong University Bukyeong University Station ke Oryukdo Skywalk. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 오륙도 스카이워크 = Oryukdo Sky Walk. Tambang teksi sekitar 6,500 ke 8,000 KRW.

Kembali ke Station Subway:
  • Untuk kembali ke stesen subway, pergi ke station bus tempat anda turun tadi dan ambil bas nombor 131 atau 27. Turun di station yang ke-12 iaitu di pintu hadapan universiti.
  • Jalan kaki 250 meter untuk ke station subway.
Menggunakan teksi dari Oryukdo Skywalk ke Subway GyeongSeong University. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 경성대부경대역 = Kyung Sung Dae Pukyong Dae Yeok. Tambang teksi sekitar 6,500 ke 8,000 KRW.

Igidae Park 이기대 도시자연공원
  • Untuk ke Igidae Park agak jauh berjalan dari station bas ke pintu masuk. Saya cadangkan untuk menggunakan teksi untuk ke sini.
  • Tunjuk kepada pemandu teksi 이기대 도시자연공원 = Igidae Dosi Jayeon Gong Won. Tambang teksi sekitar 4,500 ke 5,000 KRW.
  • Untuk kembali ke station subway Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 경성대부경대역 = Kyung Sung Dae Pukyong Dae Yeok


Selfie yang berbackground Gwangan Bridge di Gwanganli Beach

2. Gwangan Station 광안역

Gwanganli Beach 광안리해수욕장
  • Keluar Exit 5. Jalan menghala ke Pantai sejauh 800 meter. Saya cadangkan untuk menaiki teksi ke pantai kerana jaraknya agak jauh. Tambang sekitar 3,000 KRW.

Bersantai bersama keluarga di Dongbaek Park pada musim summer


3. Dongbaek Station 동백역

Dongbaek Park 동백공원 dan Nurimaru Apec House 누리마루 APEC 하우스
  • Keluar di Exit 1 atau Exit 3. 
  • Ambil teksi ke Dongbaek Park kerana ia terletak 1 Km dari subway station. Tunjuk kepada pemandu teksi 동백공원 = Dong Baek Gong Won. Tambang teksi cuma 2,800 KRW.
  • Nurimaru Apec House terletak bersebelahan dengan Dongbaek Park.
  • Untuk kembali ke subway station. Tunjuk kepada pemandu teksi 동백역= Dong Baek Yeok.


Gambar yang sempat diambil ketika menghadiri seminar di sebuah hotel di Haeundae :)

4. Haeundae Station 해운대역

Haeundae Beach 해운대해수육장 dan Busan Aquarium 부산아쿠아리움
  • Keluar di Exit 5 atau Exit 3. Jalan terus kehadapan sehingga sampai ke pantai. Anda akan sampai di Haeundae Beach.
  • Busan Aquarium terletak di kawasan berhampiran sahaja.
5. Seomyeon Station 서면역

Seomyeon First Street 서면1번가
  • Jika anda menggunakan Subway Line 1 keluar di Exit 3, dan jika menggunakan subway Line 2 keluar di exit 5.
  • Jalan kehadapan sekitar 350 meter dan anda telah sampai ke Seomyeon Art Street.

6. Centum City Station 센텀시티역

Shinsegae Centum City 신세계 센텀시티
  • Keluar di Exit 10 atau Exit 12 dan Shinsegae Centum City bersebelahan sahaja.
Bergambar sebelum menjamu selera di Sikdang 120 식당120 Buffet Restaurant di 
Busan Cinema. Makanan seafood di sini memang terbaik.


Melawat Tempat-Tempat Menarik di Busan Menggunakan Bas Busan City Tour

Salam Sejahtera, Anyeonghaseyo.

Post kali ini saya akan kongsikan bagaimana melawat bandar busan menggunakan Busan City Tour Bus. Menggunakan Busan City Tour adalah yang paling mudah untuk bercuti di bandar Busan. Namun begitu, kosnya agak mahal sedikit berbanding kos jika anda menggunakan perkhidmatan Subway.

Beomosa Temple

Kebab kegemaran di Nampodong

Shopping ikan segar dan fresh di Jagalchi Market

Busan City Tour

Tiket Bas Busan City Tour hanya boleh dibeli di Busan Station. Dari Gimhae International Airport terdapat 2 cara untuk ke Busan Station iaitu dengan menggunakan Bas dan juga Subway. Harga tiket 1-day pass Busan City Tour Bus ialah 15,000 KRW bagi dewasa dan 8,000 KRW bagi kanak-kanak. Perkhidmatan ini tidak dibuka pada setiap hari Isnin.


Bas City Tour akan bergerak pada route yang sama dan kekerapan bas adalah setiap 30 minit. Bas akan mula bergerak bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar 6.30 petang di stesen terakhir Busan Station. Berikut ialah route perjalanan bas Busan City Tour.



Jenis bas mengikut Warna:

Line Merah: Bas 2 tingkat, merangkumi 14 stesen
Line Hijau: bas 1 tingkat, merangkumi 3 stesen
Line Biru: Bas 1 tingkat, merangkumi 8 stesen

Dengan bayaran 1 day pass iaitu 15,000 KRW, Kesemua bas ini boleh dinaiki dan stesen pertukaran adalah seperti berikut:
  1. Yonghoman Cruise Terminal: Line Merah ke Line Hijau
  2. Haeundae Beach: Line Merah ke Line Biru
  3. Busan Mueseum Art/BEXCO: Line Merah ke Line Biru
Jom lihat tempat-tempat menarik mengikut station yang boleh di lawati di Bandar Busan. 

Busan City Tour Line Merah

Station 1: Busan Station

Station 2: UN Memorial Cemetry
Tanah perkuburan antara yang terunik di dunia, dan tempat persemadian lebih daripada 2,300 askar PBB terkorban semasa Perang Korea.

Station 3: Busan Museum
Museum mempamerkan sejarah bandar Busan dari zaman prasejarah sehingga zaman Dinasti Chosun (Dewan 1) dan dari zaman penjajahan Jepun sehingga Perang Korea (Dewan 2). Jika anda berminat mengetahui tentang sejarah Korea, ini adalah tempat yang sesuai.

Station 4: Yonghoman Terminal (Station pertukaran ke Line Hijau)
Untuk ke Oryudo island anda perlu turun di station ini dan bertukar ke line hijau.

Station 5: Gwangalli Beach
Antara salah satu pantai yang popular di Busan. Nikmati permandangan cantik jambatan 2 tingkat Gwangan Bridge dari pantai ini. Gwangan Bridge kelihatan cantik terutamanya pada waktu malam dengan dihiasi lampu warna-warni di sepanjang jambatan Gwangan.

Station 6: ARIPNA

Station 7: Marin City

Station 8: Dongbaek Island
Pemandangan Urban bandar Busan boleh dilihat dari Pulau Dongbaek. Antara best spot yang sering saya kunjungi kerana mengikuti rakan saya yang merupakan seorang Photographer yang mengasah skill denagan menangkap gambar pemandangan indah Busan dari Dongbaek Island.

Station 9: Haeundae Beach (Station pertukaran ke Line Biru)
Pantai paling popular di Busan bagi rakyat Korea dan Antarabangsa. Haeundae beach adalah salah satu tempat yang paling kerap dilawati di Korea sekitar 500,000 ke 600,000 pelancong ketika musim panas berkelah disepanjang pantai ini. Sea Life Busan Aquarium terletak berhampiran Pantai Haeundae. Tiket Busan Aquarium ialah 25,000 KRW bagi dewasa dan 19,000 KRW bagi kanak-kanak.

Station 10: Centum City
Shinsegae Centum telah didaftarkan di dalam Guinness Book of Records sebagai megamall terbesar di dunia. Merupakan syurga dunia bagi wanita untuk aktiviti kegemaran mereka bershopping. Menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi seperti ski ice, pusat latihan driving range, panggung wayang dan Spa. Terdapat juga butik-butik mewah bagi peminat barangan berjenama.

Station 11: Busan Cinema Center
Busan Cinema Center adalah tempat rasmi Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF), satu daripada festival filem yang paling popular di Asia. Di sini anda boleh menonton persembahan mengikut jadual yang ditetapkan. Tiket ialah 7000 KRW.

Station 12: Museum of Art/BEXCO (Station pertukaran ke Line Biru)
BEXCO adalah bangunan khas untuk pusat pameran dan konvensyen antarabangsa berlangsung. Saiz dewan pameran adalah seluas tiga padang bola sepak yang digabungkan. Terdiri daripada dewan pelbagai guna dan dewan pameran luar. BEXCO direka khas sebagai pusat konvensyen dan pameran antarabangsa, mesyuarat , konsert, dan acara sukan. Saya pernah menghadiri konvensyen antarabangsa di sini iaitu konvensyen Marine Industry dan Oil and Gas.

Station 13: Peace Park

Station 14: Gwangbok-Ro
Gukje market popular sebagai tempat shopping bagi pelancong antarabangsa. Antara yang dijual di sini ialah kimchi, kraftangan tradisional, dan barang-barang tempatan. Anda juga boleh mencari barang-barang watak selebriti Korea di Arirang Street. Pekerja di kedai-kedai Arirang Street kebanyakannya mampu bercakap bahasa asing, menjadikannya lebih mudah untuk pelancong antarabangsa untuk membeli-belah di sini.

Busan City Tour Line Biru

Station 1: Haeundae Beach (Station pertukaran ke Line Merah)

Station 2: Dalmaji-Gil Road
Salah satu destinasi yang saya gemari pada hujung minggu. Tempat ini juga sangat popular bagi remaja korea yang sedang bercinta, mereka akan membawa pasangan untuk dating di sini terutamanya pada musim bunga sakura.

Station 3: Songjeong Beach
Sonjeong Beach antara pantai yang popular bagi aktiviti berkelah dan mandi-manda kerana pantainya yang cetek. Aktiviti memancing juga amat popular di sini. Anda boleh menikmati pemandangan perlabuhan yang terdapat berhampiran dengan pantai ini. Songiljeong pavilion popular untuk aktiviti melihat matahari terbit pada setiap tahun baru.

Station 4: Haedong Yonggungsa Temple
Tidak seperti Beomosa Temple yang terletak di atas gunung, Yonggungsa Temple dibina diatas batu-bata bersebelahan laut. 

Station 5: Eastern Busan Tourist Complex

Station 6: Busan National Science Museum
Museum Sains yang besar ini ala-ala Pusat Sains Negara jika di Malaysia. Jika anda berminat dengan bidang Sains, bolehlah melawat museum ini. 

Station 7: Seongjeong Station

Station 8: Busan Museum of Art/BEXCO (Station pertukaran ke Line Merah)

Busan City Tour Line Hijau

Station 1: Yonghoman Terminal (Station pertukaran ke Line Merah)

Station 2: Oryukdo Island
Oryukdo ialah kepulauan batu yang berjumlah 5 pulau kesemuanya. Bergantung pada pasang surut air, kadang-kadang kelihatan pulau yang ke enam jika air terlalu surut. Untuk melihat permandangan menarik di Oryukdo island dengan lebih dekat anda perlu menaiki ferry. Tambang ferry ialah 9,900 KRW bagi dewasa dan 6,600 KRW bagi kanak-kanak. Kekerapan ferry adalah setiap 1 jam.

Trip perjalanan ferry mengambil masa 1 jam 10 minit dan route seperti berikut:

Haeundae Mipo Dock → Dongbaekdo Island → Yacht Race Reserve → Yongho-dong Cliff → Oryukdo Island

Station 3: Hwangryeong Mountain
Merupakan gunung yang disediakan track pejalan kaki hingga ke puncak. Di puncak anda boleh nikmati pemandangan cantik bandar busan. Kawasan ini popular untuk aktiviti riadah dan juga pasangan muda berdating. Jika anda suka aktiviti sihat, dicadangkan untuk pergi ke sini.

Sekian sahaja perkongsian tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dengan menggunakan Busan City Tour bus pada harga 15,000 KRW sahaja. Mudah dan efficient untuk melawat kebanyakan tempat-tempat menarik di bandar Busan.

Tips Berjimat: Jika anda bercadang untuk lebih jimat anda boleh pergi ke sebahagian tempat-tempat ini menggunakan subway. Tiket subway untuk 1 perjalanan ialah 1,450 KRW. Untuk melancong ke bandar Busan menggunakan Subway, sila lihat link ini: Melancong di Busan Menggunakan Subway

Semoga post ini bermanfaat dan membantu anda untuk melancong ke Busan, Korea. Sila kongsikan post ini kepada rakan-rakan lain yang ingin bercuti ke Bandar Busan Korea. Download preview itinerary 4 hari 3 malam melancong ke bandar Busan di bawah ini.

Semoga berjaya dan Sukohaseyo!

21 January 2016

Tempat-Tempat Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Bandar Ulsan Korea Selatan



Ulsan adalah antara bandar besar di Korea Selatan. Bandar Ulsan terletak bersebelahan bandar Busan, Gyeongju dan Daegu. Bandar Ulsan merupakan bandar industri yang terletaknya syarikat-syarikat gergasi seperti SK Oil, Hyundai Motor, Hyundai Heavy Industry dan Hyundai Mipo Offshore yard. Syarikat Hyundai Heavy Industry merupakan syarikat pembinaan kapal yang terbesar di dunia begitu juga Hyundai Motor yang merupakan pusat industri kereta terbesar di dunia.


Saya lebih mudah untuk berkongsi tentang bandar Ulsan kerana saya menetap di sini hampir 2 tahun di Dong-gu. Walaupun tempat tinggal saya terletak agak jauh iaitu sekitar 10km dari downtown tetapi itu tidak menjadi masalah kerana di Dong-gu sendiri segala kemudahan sudah mencukupi seperti pasaraya besar, panggung wayang, department store dan sebagainya.


Pada pertengahan tahun 2015 sebuah jambatan utama iaitu Jambatan Ulsan 울산대교 (Ulsan Daegyo) yang menyambungkan Dong-gu dan Downtown telah siap dibina. Jambatan ini dapat menjimatkan masa sekitar 30 minit perjalanan dari Dong-gu ke Haeundae, Busan.


Bandar Ulsan tidak popular dikalangan pelancong asing. Kebanyakan syarikat pelancongan tidak menyediakan pakej lawatan ke bandar Ulsan. Bandar Ulsan adalah bandar industri dan terletak 85 km dari Gimhae International Airport Busan dan perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Hanya sebahagian rakyat luar yang terlibat dengan syarikat-syarikat industri perkapalan dan minyak dan gas akan menetap di sini.



Kemudahan awam utama di Ulsan adalah bas dan teksi. Di bandar ini tidak mempunyai kemudahan subway. Perkhidmatan bas di sini sangat efficient dengan harga yang berpatutan iaitu 1200 KRW 'flat rate' tidak kira sejauh mana stesen perhentian. Bas di sini hanya mempamerkan nombor bas seperti gambar dibawah. Setiap nombor bas berbeza mengikut haluan yang berbeza.

Tips menaiki bas di Korea pastikan naik di pintu hadapan dan keluar di pintu belakang. Bebeza jika di Jepun. 
PENGINAPAN DI ULSAN



Dong-gu Area

1. Hyundai Hotel. Rate 1 malam ialah 250,000 KRW
2. Goodmorning Hotel. Rate 1 malam ialah 160,000 KRW
3. Motel-motel di sekitar ilsan Beach. Rate 1 malam sekitar 40,000 ke 80,000 KRW

Downtown Area

1. Lotte Hotel Ulsan. Rate 1 malam ialah 200,000 KRW
2. Shilla Stay Ulsan. Rate 1 malam ialah 100,000 KRW
3. Motel-motel di sekitar Taehwagang train Station 태화강역. Rate 1 malam sekitar 40,000 ke 80,000 KRW

Antara tempat-tempat menarik dan tarikan pelancongan di Bandar Ulsan ialah:

1. Daewangam Park

Coordinate: 35.49260, 129.4393
Bus No: 101, 102, 103, 104, 111, 112, 123, 127, 401 (Pilih salah satu bas yang disenaraikan)
Stop Station: Daewangam Gongwon ipgu 대왕암공원입구


Daewangam adalah tempat sightseeing yang sangat popular di Ulsan. Kebanyakan masa saya diluangkan di sini besama keluarga pada hujung minggu. Daewangam merupakan kumpulan pulau batu di laut yang disambungi dengan jambatan kecil untuk kemudahan pejalan kaki bersiar-siar. Di sini anda boleh menikmati pemandangan indah Daewangam. Banyak kapal-kapal dapat dilihat dari sini dan ia terletak bersebelahan ilsan beach dan Shipyard terbesar dunia Hyundai Heavy Industry.






2. Taehwagang Grand Park 태화강대공원
  • Coordinate: 35.547906, 129.295815
  • Bus No: 103, 104, 114, 123, 133, 203, 233, 317, 327, 357, 402, 413, 421, 422, 426, 433, 441, 442, 708, 718, 728, 802, 807, 817 
  • Stop Station: Taehwaru 태화루 atau Dongkang Pyeongwon Ap 동강병원앞

Taman bunga berhampiran sungai Taehwa iaitu sungai utama bandar Ulsan. Di taman bunga ini banyak bunga-bunga ditanam mengikut musim. Apa yang menarik di taman ini juga terdapat taman pokok buluh yang hidup sepanjang 4 musim.







3. Ulsan Grand Park 울산대공원
  • Coordinate: 35.528763, 129.284138
  • Bus No:  East Gate: 205, 225, 405, 415, 453, 504, 507, 527, 705, 715, 744. Untuk ke South Gate: 106, 456 
  • Stop Station: East Gate: Ulsan Daegongwon Dong Mun Ap 울산대공원동문앞 atau untuk ke South Gate: Ulsan Daegongwon Nam Mun 울산대공원남문

Ulsan Grand park merupakan salah satu lokasi kegemaran saya dan keluarga. Taman ini sangat besar dan mempunyai 4 pintu utama. Terdapat perkhidmatan bas mini yang disediakan di dalam taman ini untuk mengelilingi seluruhan taman. Pada musim panas setiap tahun akan diadakan Festival Bunga Ros (20 hingga 29 May). Tedapat pelbagai jenis bunga ros dari pelbagai warna dan negara yang ditanam ketika festival berlangsung.

Taman ini juga terdapat mini Zoo, taman rama-rama, taman permainan kanak-kanak, taman tema air mini dan juga taman rekreasi sesuai untuk aktiviti kekeluargaan dan kanak-kanak.








4. Ulsan Whale Museum 장생포고래박물관
  • Coordinate: 35.502799, 129.380814
  • Bus No: 246, 256, 406 
  • Stop Station: Jangsaengpo Gorae Pakmulgwan 장생포고래박물관

Ulsan Whale Museum ialah Museum ikan paus terletak berhampiran Jambatan Ulsan. Sebelum wujudnya industri Ulsan hanyalah sebuah perkampungan nelayan dan aktiviti utama mereka ialah menangkap ikan paus. Sekarang aktiviti menangkap ikan paus diharamkan oleh kerajaan Korea kerana ikan paus adalah salah satu haiwan yang terancam yang dipelihara di Korea. Museum ini mempamerkan spesis-spesis ikan paus dan bagaimana kaedah mereka memproses daging dan minyak ikan paus. Harga Tiket museum ialah 2,000 KRW untuk dewasa dan 1,000 KRW untuk kanak-kanak. Terdapat juga akuarium untuk melihat ikan lumba-lumba disini.







5. Seongnamdong Youth Street 성남동젊음의거리
  • Alamat: 35.553997, 129.320508
  • Bas No: 104, 106, 203, 205, 206, 216, 225, 226, 233, 256, 402, 412, 421, 441, 732, 827
  • Stop Station: Seongnamdong 성남동 atau Seongnam Plaza 성남프라자앞

Terletak berhampiran dengan Taehwagang Grand Park, Seongnamdong merupakan shopping street di Ulsan. Kepada sesiapa yang minat shopping boleh cuba untuk ke sini. Di sini terdapat banyak barangan pakaian yang mengikut trend masyarakat korea pada masa kini. Dan ramai golongan muda yang gemar untuk shopping di sini.





6. Jujeon Pebble Beach 주전해수육장
  • Coordinate: 35.566984, 129.454462
  • Bus No: 121 atau 411
  • Stop Station: Jujeon Haesu Yukjang 주전해수육장

Di Jujeon anda boleh saksikan pemandangan indah pebble beach iaitu pantai yang dipenuhi dengan batu-batu kerikil. Di sepanjang pantai ini terdapat banyak coffee shop untuk anda bersantai sambil menikmati pemandangan. Jujeon beach terkenal sebagai tempat berkelah atau perkhemahan pada musim panas. Terdapat sebatang anak sungai jernih yang mengalir ke pantai sesuai dijadikan tempat perkhemahan dan aktiviti kekeluargaan.







7. Munsu Worldcup Stadium 문수월드컵경기장
  • Coordinate: 35.535260, 129.258184 (44, Munsu-ro, Nam-gu, Ulsan)
  • Bus No: 104,114, 405, 406, 407, 411, 413, 421, 422, 426, 433, 441, 482
  • Stop Station: Munsu Gyeong-Gijang 문수경기장

Stadium Munsu merupakan stadium perlawanan worldcup pada tahun 2002 ketika Korea menjadi tuan rumah. Di sini terdapat beberapa pameran menarik antaranya bekas tapak kaki pemain, bola yang ditandatangani pemain dan juga jenis-jenis bola worldcup yang digunakan pada piala worldcup yang musim lepas. Stadium ini adalah 'HOME' bagi pasukan Ulsan Hyundai FC. Berhampiran dengan stadium ini terdapat taman tasik untuk aktiviti rekreasi.









8. Ulsan Museum 울산박물관
  • Coordinate: 35.527311, 129.308729 (277, Duwang-ro, Nam-gu, Ulsan)
  • Bus No: 205, 225, 405, 453, 504, 507, 527, 705, 715, 744
  • Stop Station: Sin-il Junghakgyo Ap 신일중학교앞

Museum ini baru dibina dan percuma untuk sesiapa sahaja. Museum ini mempamerkan sejarah bagaimana bandar Ulsan dimajukan dari sebuah perkampungan nelayan ke bandar industri besar dan bertaraf dunia. Turut dipamerkan replika kapal dan pusat pemprosesan minyak oleh SK oil. Di bahagian luar museum terdapat taman rekreasi yang boleh bersantai bersama keluarga.

Gambar sekitar luar Ulsan Museum. Memandangkan tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar di dalam Museum, maka saya tidak ada gambar untuk ditunjukkan. 





9. Ulsan Bridge Observation Tower 울산대교전망대
  • Coordinate: 35.502487, 129.405681
  • Bus No: 101
  • Stop Station: Mipo Haeyang Gaebal Ap 미포해양개발앞

Observation tower ini akan siap dibina pada April 2016 dan terletak di atas bukit. Anda boleh menikmati pemandangan bandar Dong-gu yang dimonopoli oleh Hyundai Heavy Industri, Hyundai Mipo dan Hyundai Motor. Boleh juga menyaksikan jambatan ulsan yang tersergam indah. Semasa post ini ditulis, Observation tower masih lagi didalam pembinaan.

10. Ilsan Beach 일산해수욕장
  • Coordinate: 35.496092, 129.430685 (Ilsan-dong, Dong-gu, Ulsan)
  • Bus No: 101, 102, 103, 104, 108, 111, 112, 122, 123, 124, 127, 132, 133, 401, 431
  • Stop Station: ilsan Haesu Yukjang 일산해수욕장

Bersebelahan dengan Daewangam, anda boleh menikmati pemandangan cantik di sepanjang pantai Ilsan. Terdapat banyak coffee shop dan kedai seafood disepanjang pantai.  Pantai Ilsan merupakan tempat perkelahan popular dan dipenuhi orang ramai pada musim panas.




11. Lotte Young Plaza 롯데백화점울산점
  • Coordinate: 35.538671, 129.339284 (1480-1 Samsan-dong, Nam-gu, Ulsan)
  • Bus No: 124, 246, 407, 507, 702, 713, 715, 724, 744
  • Stop Station: Gosok Bus Terminal Ap 고속버스터미널앞

Lotte Young Plaza terletak di SamSanDong. Ia merupakan shopping Mall yang dibahagian atasnya terdapat Ferris Wheel. Anda boleh mencubanya untuk melihat pemandangan bandar Ulsan. Bukan itu sahaja, terdapat juga taman hiburan kanak-kanan berhampiran Ferris Wheel tersebut.





Jika anda pelancong yang melancong ke Korea dan inginkan kelainan daripada trip-trip yang biasa, saya cadangkan untuk melancong ke bandar Ulsan. Sekian sahaja perkongsian saya mengenai bandar Ulsan, Untuk mengetahui bagaimana untuk ke bandar Ulsan dari Bandar Busan atau Bandar Seoul, sila refer ke link ini:

Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang ingin ke bandar Ulsan Korea. Sukohaseyo!